26

2.3K 54 0
                                    

PADA malam itu, Aisya dan ibu bapanya sedang berbincang tentang lamaran dari Ilhan petang tadi.

"Aisya dah buat keputusan?" tanya Puan Yati.

Aisya menggelengkan kepalanya.

"Apa pendapat ibu dan ayah?" soal Aisya kepada mereka.

"Kalau ikutkan ayah, ayah tak nak Aisya terima." jawab Encik Yazid.

"Kenapa?"

"Terang-terang Ilhan tu hanya nak mempergunakan kamu, Aisya. Sebelum kahwin bolehlah janji itu ini. Nanti lepas kahwin, dia biarkan Aisya macam tu je. Ayah tak nak tengok anak ayah dipermainkan." terang Encik Yazid dengan tegas.

Aisya terdiam.

"Apa pendapat ibu pula?" tanya Aisya kepada Ibunya pula.

"Ibu tak ada hak nak tentukan apa-apa keputusan. Ibu tahu Aisya dah cukup besar untuk fikir mana yang baik dan buruk. Ibu tak paksa Aisya untuk terima Ilhan dan Ibu juga tak paksa Aisya untuk menolak. Ini hidup Aisya, Aisya berhak tentukannya. Ibu cuma boleh bagi nasihat dan dorongan pada Aisya. Dan ibu juga akan hormati apa pun keputusan Aisya." jawab Puan Yati dengan lembut.

Aisya tersenyum memandang ibunya.

"Aisya sukakan Ilhan?" tanya Encik Yazid secara tiba-tiba.

Aisya tercengang lalu menunduk.

"Ayah tanya Aisya ni." ujar Encik Yazid lagi.

"Abang Ilhan baik dengan Aisya. Dia tak pernah ambil kesempatan pada Aisya, ayah. Aisya suka pada keperibadian yang ada pada abang Ilhan." jawab Aisya jujur.

"Jadi, Aisya sukakan dia?" tanya Encik Yazid lagi.

Aisya tidak berani untuk menjawab.

"Macam ni lah, kalau ikutkan ayah, memang ayah tak nak terima lamaran tu. Tapi yang nak kahwinnya Aisya, bukan ayah. Kalau betul Aisya sukakan Ilhan dan ikhlas untuk terima lamaran tu tanpa paksaan, ayah hormati keputusan Aisya. Kalau itu yang terbaik untuk Aisya, ayah akan ikutkan. Ayah tahu Ilhan tu lelaki yang baik, cuma ayah tak berapa setuju dengan alasan dia nak memperisterikan kamu. Aisya seorang je anak perempuan yang ayah ada. Berat bagi seorang Ayah untuk lepaskan anak perempuannya. Ayah cuma nak yang terbaik untuk anak ayah. Ayah nak kamu kahwin dengan lelaki yang benar-benar sayang dan cintai kamu, nak." kata Encik Yazid sebak. Puan Yati sudah mengalirkan airmatanya.

Aisya yang sebak mendengar ayat yang keluar dari ayahnya terus meluru ke arah ayahnya dan memeluk ayah dan ibunya sekaligus. Encik Yazid dan Puan Yati membalas pelukan itu dan mengusap bahu anaknya. Faris yang ada disitu hanya memandang mereka bertiga. Faris mengesat airmatanya yang mahu keluar itu.

"Faris pun nak peluk juga." ujar Faris lalu meluru ke arah ibu bapanya dan kakaknya yang sedang berpelukan. Mereka hanya ketawa melihat gelagat Faris. Akhirnya mereka berpelukan. Family's hug.

Setelah beberapa minit berpelukan, Aisya melonggarkan pelukan itu dan bertanya...

"Ayah tak kisah kalau Aisya terima lamaran tu?"

Encik Yazid tersenyum lalu berkata...

"Kalau itu yang terbaik untuk Aisya, Ayah hormati keputusan kamu. Ibu dan ayah akan bagi restu pada kamu berdua."

Encik Yazid memandang wajah isterinya. Puan Yati membalas pandangan suaminya dan mereka berdua tersenyum.

Dari petang tadi Encik Yazid memikirkan tentang lamaran itu. Kata-kata isterinya petang tadi juga bermain di mindanya. Dia terima jika jodoh anaknya sudah sampai. Dia yakin apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dah tiba masanya, untuk Aisya berkahwin. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik buat anaknya itu.

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now