Dua tahun kemudian...
Ilhan sedang sibuk memakai pakaian anak sulungnya, Saif Zaydan bin Ilhan Shah. Putera sulungnya bersama isterinya tercinta, Aisya Nadhira.
Selepas bersalin, Aisya telah membuka butik di KL. Impiannya ingin membuka butik di ibu kota itu tercapai jua. Kini perniagaannya sudah berkembang maju.
"Saif, cepat lah pakai baju. Ayah tak mandi lagi ni." rungut Ilhan sambil memujuk anaknya yang leka bermain permainan.
"Nanakk" jawab Saif dengan pelat sambil menggelengkan kepalanya.
"Janganlah degil. Meh sini dekat ayah. Saif nak ayah belikan aiskrim tak?" pujuk Ilhan lagi.
"Nanakkk."
"Haish.. Susah betullah anak aku ni. Ikut perangai siapa lah ni." keluh Ilhan. Sudahlah dia baru pulang dari kerja dan perlu menguruskan anaknya manakala Aisya pula masih berada di butik untuk menyiapkan tempahan.
Saif menghampiri ayahnya setelah melihat Ilhan hanya berdiam. Anak kecil itu memeluk ayahnya.
"Ye sayang?" soal Ilhan apabila anak bujangnya memeluk dirinya. Nak bermanja lah tu.
"Bu bu." balas Saif.
"Ibu balik lambat. Nanti ibu dah balik, kita jumpa ibu ye." Ilhan bercakap dengan anaknya.
Saif hanya tersenyum seperti faham apa yang dikatakan oleh ayahnya. Ilhan pula sambung memakai pakaian utk anaknya apabila melihat mood anak bujangnya agak baik.
Setelah memakai pakaian anaknya, Ilhan pun berlalu ke bilik air untuk membersihkan badannya.
❤❤❤
Aisya tiba di rumah apabila jam menunjukkan 10.30 malam. Ini bukan kali pertama dia pulang lewat malam. Dia rasa bersalah dengan suami dan anaknya. Sejak membuka butik, dia bertambah sibuk.
Aisya masuk ke dalam bilik. Dia melihat Ilhan dan anaknya, Saif sudah terlena. Dia mengukirkan senyuman melihat kedua-duanya. Tanpa berlengah lagi Aisya terus berlalu ke bilik air untuk mandi.
Selepas saja mandi, Aisya turun ke dapur. Dia melihat lauk-pauk di atas meja. Aisya mengambil pinggan dan menjamu makanan tersebut. Aisya berasa sangat bertuah kerana dikurniakan suami yang sentiasa membantunya. Ilhan juga sudah pandai memasak sekarang. Masak yang mudah-mudah saja lah. Sekurang-kurangnya, bila Aisya sibuk, dia boleh mengambil alih tugas untuk memasak.
Sedang Aisya menjamu selera, Ilhan turun ke dapur dan menghampiri isterinya. Dia sedar akan kepulangan isterinya itu.
"Eh abang, kenapa abang bangun?" tegur Aisya.
"Abang nak makan." balas Ilhan lalu mengambil tempat berhadapan dengan isterinya.
"Abang tak makan lagi ke?" soal Aisya sambil menyenduk nasi untuk suaminya.
"Abang makan sikit je tadi. Abg ingat nak makan dengan Aisya." jawab Ilham.
Aisya terkedu. Rasa bersalah menyerbu dirinya.
"Sorry abang. Aisya minta maaf sebab jarang ada masa dengan abang dan anak kita, Saif." ujar Aisya dengan serba salah.
"Takpe, abang faham." balas Ilhan dengan senyuman.
Aisya masih lagi rasa serba salah.
"Maafkan Aisya."
"It's okay lah. Esok Aisya cuti kan?" soal Ilhan.
Aisya mengangguk.
"Esok kita boleh spent time sama-sama. Kerja Aisya macam mana? Settle semua tempahan?" soal Ilhan lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...