02

3.2K 102 2
                                        

"Ingin saja ku luahkan segalanya,"

"AN, mari makan sama dengan opah ni." Nek Mah memanggil cucunya, Ilhan.

"Baik opah." sahut Ilhan yang baru keluar dari biliknya.

Sampai sahaja di dapur, Ilhan melihat ke arah lauk-pauk yang disediakan oleh opahnya dan berkata...

"Wah, sedapnya lauk harini. Opah masak ke?"

"Tadi anak Mak Cik Yati kamu tu datang hantarkan lauk dekat sini."

"Anak Mak Cik Yati? Siapa tu opah?" soal Ilhan sambil dahinya berkerut.

"Laaa... Kamu tak kenal ke? Yang duduk selang dua rumah dengan kita ni. Anak dia tu satu sekolah dengan kamu tapi dia muda lagi dari kamu. Takkan kamu tak kenal?" terang Nek Mah kepada Ilhan.

"Manalah An kenal. Lagipun An baru je pindah sekolah tu. Kawan sekelas An pun, An tak habis kenal lagi. Ni kan pulak nak kenal dia."

"Ada-ada je la kamu ni. Dah, mari makan. Baca doa." suruh opahnya.

Ilhan membaca doa makan sebelum menikmati makanan yang dihantar oleh 'anak Mak Cik Yati' tadi ke rumahnya.

Beberapa hari kemudian...

Seperti kebiasaannya, pada waktu petang Aisya dan Zara akan lepak bersama. Kadang-kadang buat study group, kadang-kadang berkongsi cerita. Itulah kerja mereka kalau sudah berdua.

"Weh Zara, kau rasa kan Ilhan tahu tak yang aku minat dia?"

"Macam mana dia nak tahu, kalau kau tak bagitahu. Yang tahu kau suka dia, aku je. Takde orang lain." jawab Zara.

"Bukan suka eh tapi minat." bidas Aisya.

"Sama je la tu cik kak oi."

"Entahlah, kadang tu aku rasa macam tak berbaloi pula aku minat dia sebab dia langsung tak tahu. Buatnya dia dah ada girlfriend. Hancur hati aku." Ujar Aisya.

Itu yang paling ditakutinya. Berharap pada yang tidak pernah tahu akan kehadirannya.Harapan itu sakit.

"Dia ada makwe? Kau ni kelakar lah Aisya. Kau tengok lah kat sekolah, dia bergaul dengan budak lelaki je. Tak pernah pula aku nampak dia dengan mana-mana budak perempuan sekolah kita." balas Zara sambil ketawa.

"Mana tahukan makwe dia tu duduk KL ke? Tu pasal dia tak layan budak perempuan dekat sekolah kita ni. Dia kan budak bandar. Kita ni budak kampung je." ujar Aisya dengan nada yang perlahan

"Yang kau risau sangat kenapa?" soal Zara lagi.

"Hish, kau tak paham Zara. Kau takde kat tempat aku." balas Aisya sedikit emosi.

Zara hanya memandang rakan baiknya itu. Apalah yang mengganggu fikiran Aisya sekarang ini. Setelah beberapa minit berdiam, Zara berkata...

"Macam ni la Aisya. Aku cakap ni sebab kau tu kawan aku. Bukan sehari dua je kita kenal tapi dah 8 tahun. Aku nak kau jangan terlalu letakkan harapan dekat Ilhan tu. Kalau betul lah dia tu jodoh kau, dia tetap juga dengan kau akhirnya. Tapi, kalau dia bukan jodoh kau, maknanya ada orang yang lebih baik daripada dia untuk kau. Okay? Sekarang ni kita fokus pada exam kita. Okay beb?!"

"Kau ni, buat ayat sedih pula?"

"Betullah apa yang aku cakap. Tak salah untuk kau minat dia. Tapi, jangan terlalu berharap. Okay?" nasihat Zara lagi sambil mengusap lembut belakang Aisya bagi mengurangkan kekusutan yang melanda rakan baiknya itu.

"Thank you, Zara." ucap Aisya.

Zara membalas dengan senyuman.

Aisya juga mengiakan apa yang diperkatakan oleh Zara. Dia tidak perlu berharap sepenuhnya pada Ilhan. Dia muda lagi. Fokus pada belajar. Tak salah untuk dia minat Ilhan tapi jangan terlalu obses.

Selepas sahaja berjumpa dengan Zara, Aisya pulang ke rumahnya. Dia ternampak Ilhan sedang menolong opahnya menyiram pokok bunga. Aisya pergi ke pangkin rumahnya dan duduk di situ sambil memerhatikan crushnya. Walaupun dari jauh dan rumah mereka selang antara dua buah rumah, dia nampak sangat jelas figura Ilhan sedang menyiram pokok bunga.

'Rajinnya dia. Handsome je tengah siram pokok bunga.' ujar Aisya sambil tersenyum.

Satu.
Dua..
Tiga...

"Baaaaaaaahhhh!!!!"

"Oh mak kau handsome jatuh dari langit!" latah Aisya secara automatik. Aisya bukanlah kaki melatah tetapi kalau dah orang terperanjatkan dia dengan cara seperti itu memang keluar lah latahnya itu.

Faris ketawa terbahak-bahak sampai mengalir air matanya. Kelakar melihat kakaknya terkejut mengalah monkey. Nakal ye Faris ni. Hahaha

"Faris!" jerit Aisya sedikit kuat dengan perasaan geram. Kantoi!

Faris masih lagi ketawa.

"Jahatlah Faris ni. Benci!" kata Aisya lagi.

"Ouh, akak sekodeng cucu Nek Mah ye?" kata Faris masih dengan sisa tawanya.

"Shhh... Perlahan lah sikit suara tu, nanti dia dengar nanti tak pasal-pasal ibu dengan ayah dapat malu." ujar Aisya sambil memerhatikan Ilhan. Sepertinya Ilhan tidak perasan dengan apa yang berlaku. Nasib baik. Fuh! Lega..

"Jadi betullah akak sekodeng dia?" soal Faris.

"Mana ada lah." nafi Aisya.

"Tak mengaku pula." Faris cuba memprovok kakaknya.

"Dah lah, malas akak layan Faris. Baik akak pi makan." bidas Aisya lalu meninggalkan Faris yang masih dengan ketawanya. Ya. Aisya malu! Adiknya sudah tahu. Habislah...

"Tiber je nak pergi makan. Akak, akak... Dah kantoi tu kantoi je lah." ujar Faris masih lagi ketawakan kakaknya.

Dia sebenarnya dah lama syak yang kakaknya itu minat dengan Ilhan. Tapi dia tak nak lah terus buat assumption melulu. Tapi bila dah nampak depan mata ni. Maknanya betullah kakak dia minat dekat cucu Nek Mah tu. Dia pun tidak kisah kakaknya minat siapa pun. Itu hak kakaknya. Janji tak melampaui batas sudahlah. Dia yakin Aisya tidak akan buat kerja gila. Sudah penat kenakan dan ketawakan kakaknya, Faris terus capai basikalnya dan pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibunya.
.............
Nakal ye Faris ni. Hehehe 😁

Done bab2. Jgn lupa vote and comment. Thanks ✨🌌

Hanya Kamu ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang