ILHAN menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia juga sibuk menyediakan persiapan perkahwinan dengannya Nur. Lebih kurang sebulan sahaja lagi mereka akan disatukan. Ahli keluarganya terutama Uminya yang sangat gembira kerana ingin mendapat menantu tidak lama lagi. Ilhan sedang menyiapkan kerja-kerjanya sebelum mengambil cuti untuk berkahwin. Dia perlu menanda buku anak-anak muridnya dan mengajar silibus sebelum bercuti.
Selepas sahaja tamat sesi persekolah pada hari itu, Ilhan tidak terus pulang ke rumah kerana dia perlu membeli barang yang telah dikirimkan oleh Uminya.
Setelah sampai di pusat membeli belah, Ilhan pun ingin membeli barang tetapi sebelum dia masuk, dia ternampak seseorang yang dikenalinya di sebuah cafe. Seseorang yang sudah lama dia tidak berjumpa. Ilhan pun menuju ke arah seseorang itu.
"Aisya!" tegur Ilhan
Aisya memandang ke arah suara itu dan terkejut apa yang dilihatnya. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan Ilhan. Lebih kurang 2 bulan mereka tidak berjumpa dan tidak berhubung.
"Abang An. Duduklah." jemput Aisya yang masih terkejut. Tidak sangka Ilhan masih mengingatnya dan dapat berjumpa dengannya.
Ilhan duduk di kerusi hadapan Aisya lalu berkata...
"Aisya buat apa dekat sini?" tanya Ilhan pula.
"Aisya ada meeting dengan client tadi."
"Sorang je?"
Aisya mengangguk.
"Haah. Pekerja Aisya ada kerja kena buat dekat butik tu, jadi Aisya pergi sorang je lah."
Giliran Ilhan mengangguk pula.
"Abang buat apa dekat sini? Dah makan? Kalau belum order lah."
"Takpe lah. Abang dah makan dekat sekolah tadi. Ni pun, abang singgah sebab nak beli barang yang Umi abang kirimkan."
"Ouh. Barang apa?"
"Barang-barang dapur nak buat kenduri nanti."
Aisyah mengangguk lagi. Ilhan tak lama lagikan mahu melangsungkan perkahwinannya, mesti banyak barang yang perlu dibelinya.
"Abang sorang je ke ni? Tak bawa cik tunang?" tanya Aisya.
"Abang sorang je. Lagipun kan kami tak lama lagi nak kahwin, jadi tak manis lah kalau jumpa selalu." ujar Ilhan sambil tersenyum.
"Ouh." balas Aisya lalu meminum air yang telah dipesannya.
"Ermm Aisya.." Ilhan bersuara.
"Ye?" jawab Aisya.
"Tolong abang boleh?"
"Tolong apa?"
"Teman abang beli barang-barang ni. Aisya tahu kan abang bukannya kenal sangat barang-barang yang Umi abang suruh beli ni." kata Ilhan sambil menujukkan senarai barang yang perlu dibelinya.
Aisya tertawa lalu berkata...
"Boleh je. Ermm jomlah." ajak Aisya.
Aisya bangun dari duduknya untuk membayar makanan yang telah dipesannya.
"Eh, takpe biar abang yang bayar."
"Eh janganlah macam tu abang. Aisya yang makan, jadi Aisya lah yang bayar." bidas Aisya segan.
"Takpe. Abang belanja. Bukan selalu dapat jumpa Aisya."
Aisya seperti berfikir...
"Ermm.. Okaylah.. Terima kasih." kata Aisya lagi sambil senyum. Mahu melarang pun tak boleh. A kata Ilhan, maka A lah.
Ilhan pun pergi membayar makanan tersebut. Setelah membayar, mereka pun masuk ke dalam pasar raya yang ada di dalam pusat membeli belah itu.
Mereka pun berbual-bual sambil memilih barang yang ingin dibeli. Ilhan sedang menolak troli manakala Aisya sedang memilih barang dapur di dalam senarai. Seperti dejavu pula sewaktu dia menemani Ilhan membeli barang yang dikirim oleh Nek Mah semasa di kampung.
Setelah membayar barang-barang yang dibelinya, mereka singgah di Tealive. Ilhan ingin membeli air untuk dirinya dan Aisya. Banyak juga barang yang dibeli oleh Ilhan. Penuh satu troli.
Ilhan menghulurkan air Tealive yang dibelinya kepada Aisya.
"Terima kasih." ucap Aisya.
"Sama-sama. Terima kasih juga sebab dah teman abang beli semua barang ni." ucap Ilhan pula.
Aisya hanya mengangguk.
Mereka pun menikmati minuman sambil berbual-bual.
Tidak lama selepas itu.
"Ilhan!"
Ilhan dan Aisya memandang ke arah suara tersebut.
Alangkah terkejutnya Ilhan apabila melihat tunangnya, Nur berada di situ. Wajah Nur kelihatan tegang. Mana taknya, dia melihat Ilhan dengan seorang wanita sedang berbual-bual. Seperti sudah lama berkenalan. Setahu Nur, Ilhan tidak pernah rapat dengan mana-mana wanita kecuali dirinya dan ahli keluarganya sahaja.
"Nur..." kata Ilhan.
Nur pula dengan hati yang kesal pergi meninggalkan Ilhan dan Aisya.
Ilhan pula mengejar Nur dan meninggalkan Aisya di meja itu. Dia mahu menerangkan kepada Nur. Dia tidak mahu Nur salah faham dengan apa yang dinampak oleh tunangnya itu. Aisya pula menunduk. Dia berasa serba salah. Dia yakin wanita itu tunang kepada Ilhan. Mesti tunang Ilhan sudah salah faham. Aisya gelisah. Dia mahu pergi sahaja dari situ tetapi takkan dia mahu tinggalkan troli yang dipenuhi dengan barang yang dibeli oleh Ilhan begitu sahaja.
Setelah berfikir, Aisya mendapat idea. Lalu dia pergi ke kaunter Tealive tersebut dan berkata...
"Erm awak, saya nak minta tolong boleh?" tanya Aisya kepada seorang pekerja wanita yang berada di situ.
"Ye kenapa?"
"Boleh tak awak tengokkan troli tu. Nanti ada seorang lelaki akan ambil troli tu. Saya nak kena cepat, ada hal urgent. Boleh tak?" tanya Aisya meminta izin.
"Ouh. Boleh saja. Tapi nanti kalau dia tanya pasal cik, saya nak cakap apa?"
"Cakap je saya dah balik."
Pekerja wanita itu mengangguk.
"Ermm.. Okaylah saya pergi dulu. Terima kasih tau." ujar Aisya lagi lalu pergi meninggalkan pusat membeli-belah tersebut. Dia benar-benar rasa bersalah sekarang ini. Dia tidak mahu hubungan Ilhan dan tunangnya retak kerana dia. Lagipun mereka berdua akan berkahwin tidak lama lagi. Dia akan meminta maaf dengan Ilhan nanti. 'Abang, maafkan Aisya.' desis Aisya di dalam hati.
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
Roman d'amourAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...