34

2.7K 76 0
                                    

MALAM itu mereka sekeluarga berkumpul menonton televisyen bersama-sama. Aisya sedang ralit melayan Airis bermain permainannya. Airis pula sangat rapat dengan Aisya sejak pertama kali mereka berjumpa.

"Suka sangat Airis dengan kakngah. Nak melekat je dia." puji Irma.

Mereka di situ hanya ketawa.

"Tengok Aisya layan Airis pun dah ada ciri-ciri nak jadi seorang ibu. Bila lagi angah?" ujar Ilmie lalu mencuit Ilhan disebelahnya. Ilhan menjeling abangnya kerana segan.

"Tak baiklah abang usik angah. Merah dah muka angah tu." kata Sara pula.

Puan Aznah dan Encik Azli hanya tersenyum memandang anak menantunya mengenakan Ilhan.

"Betul kata Ilmie tu An, bila lagi abah dan umi nak timang cucu dari An dan Aisya?" soal Encik Azli.

Aisya sudah terdiam. Dia bermain mata dengan suaminya menyuruh Ilhan menjawab.

"Ke kamu dan Aisya merancang?" soal Puan Aznah pula.

"Eh, tak umi. Kami tak merancang pun. Tak ada rezeki buat kami lagi. InsyaAllah, nanti ada lah tu." kata Ilhan lagi.

Puan Aznah dan Encik Azli mengangguk lalu sambung menonton televisyen. Aisya pula masih bermain dengan Airis.

"Maknah.. Aiyish nak tuu." kata Airis dengan pelat sambil menunjukkan kek coklat yang dibuat olehnya petang tadi. Aisya pun menyuapkan kek itu ke dalam mulut Airis. Ilhan hanya memandang tingkah laku Aisya sambil tersenyum. Dia boleh bayangkan jika mereka sudah ada anak suatu hari nanti. Tiba-tiba ingatannya kembali kepada Nur. Dulu, mereka pun mempunyai impian seperti itu. Kahwin, jadi suami isteri, ada keluarga dan mempunyai anak-anak. Ilhan mengeluh.

"An naik atas dulu. Mengantuk pula." pamit Ilhan lalu menaiki tangga menuju ke biliknya.

Aisya memandang pelik. Tadi suaminya okay sahaja. Tiba-tiba mengantuk pula. Husnuzon saja lah. 'Dia penat kot' bisik hati Aisya.

Pukul 11 malam, barulah Aisya masuk ke dalam biliknya dan Ilhan kerana menonton drama bersama Irma. Dia bukannya kaki drama, tetapi drama yang ditontoninya tadi telah menarik hatinya untuk ditonton.

Sampai sahaja di bilik, Aisya melihat Ilhan sudah pun tidur dengan tangan kanannya di atas dahi. 'Tidur pun handsome.' puji Aisya. Aisya pun membetulkan selimut suaminya lalu dia pun merebahkan dirinya di sebelah Ilhan.

Selepas membaca doa tidur, Aisya pun melelapkan matanya dan tidur....

💤💤💤

Esoknya, Ilhan dan Aisya bersarapan bersama keluarganya. Aisya hanya menguis nasi di atas pinggannya. Dia benar-benar tiada selera. Ilhan disebelahnya juga sama. Dia rasa bersalah tentang kejadian pagi tadi. Namun Ilhan sudah meminta maaf pada Aisya tetapi Aisya seperti tidak melayannya. Dia tahu isterinya masih memarahi dirinya.

*flashback*

Alarm di telefon bimbit sudah berbunyi. Aisya tersedar. Dia mencapai telefon bimbitnya untuk menutup alarm. Walaupun hari ini dia 'bercuti' tetapi dia perlu mengejutkan Ilhan untuk bangun solat Subuh. Dia ingin bangun tetapi dia terasa ada sesuatu di atas perutnya. Bila dia meraba, dia merasa ada tangan yang sedang memeluk dirinya. Dia pandang ke sebelah. Alangkah terkejutnya, Ilhan kini sedang memeluk dirinya. Sukar untuk ditafsir perasaan itu. Adakah Ilhan sedar akan perbuatannya? Bantal peluk yang sepatutnya berada diantara dia dan Ilhan sudah pun jatuh ke bawah katil.

Aisya tersenyum. Kalau boleh, dia ingin tidur semula menikmati detik-detik bahagia ini. Pertama kali Ilhan memeluknya sewaktu tidur. Tetapi memandangkan Ilhan perlu menunaikan kewajipannya, dia perlu bangun juga.

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang