05

2.4K 76 0
                                    

"Disaat aku dalam kegelisahan,"

BEBERAPA bulan kemudian, Ilhan telah tamat peperiksaan SPM. Sudah tiba masa untuk dia pulang ke KL semula. Umi dan Abahnya juga pulang ke kampung untuk menjemput Ilhan.

Aisya hanya memandang kepergian Ilhan dan keluarganya dari tingkap rumahnya sahaja. Ibu, ayahnya serta Faris tiada di rumah. Mereka ke kedai makan yang terletak di pekan yang telah diusahakan oleh ibu bapanya 3 tahun yang lepas. Alhamdulillah perniagaan kedai makan mereka semakin maju. Waktu cuti persekolahan yang panjang ini, Aisya dan Faris akan menolong ibu bapanya di kedai makan. Cuma harini Aisya tidak pergi menolong mereka kerana demam. Demam sebab sedih crush pindah KL kot.

'Aku kena lupakan dia. Entah bilalah dia akan balik sini semula. Sampai bila aku nak tunggu dia? Dah lah dia sikit pun tak pandang aku. Kau je melebih-lebih syok kat dia, Aisya. Haihhh.' desis Aisya di dalam hatinya sambil memandang ke arah rumah Nek Mah. Tak dapat pandang cucu Nek Mah lagi. Hmmm

'Aku kena lupakan dia jugak! Ni semua ni cinta monyet je la.. Sekarang ni aku dah tak perlu fikir pasal Ilhan lagi. Cukuplah selama ni aku bertepuk sebelah tangan. Tiba masa untuk aku move on dari dia.' nekad Aisya.

Ya, dia perlu lupakan Ilhan!

🕊🕊🕊

Aisya menjalani kehidupannya seperti biasa. Dia juga sudah menginjak ke tingkatan 4. Dia perlu fokus kepada SPM. Nama 'Ilhan' semakin hilang dari hatinya tetapi dia selalu men'stalk' lelaki itu di dalam instagramnya. Tetapi Ilhan jarang post, Aisya juga jarang bermain handphone kerana fokus pada belajar.

Ilhan juga telah mendapat sambung belajar di UPSI kerana cita-citanya ingin menjadi seorang guru. Dia juga jarang pulang ke kampung opahnya kerana dia belajar di Perak. Dengan keluarganya juga dia jarang bertemu.
.........
Done update. Bab ni Sya memang nak buat pendek pun sbb next bab diorg dah kerja. So kira ini flashback lah. Tq for reading this story. Nah 💕

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang