21

2.6K 68 1
                                    

"NUR please.. Dengar dulu apa yang saya nak cakap." rayu Ilhan.

Nur hanya menjeling Ilhan.

"Apa yang awak nampak tu tak sama dengan apa yang awak fikirkan. Dia Aisya. Saya kenal dia masa saya mengajar dekat kampung Opah. Dia anak jiran Opah. Kami secara kebetulan jumpa dekat sini sebab dia ada meeting tadi."

"Kebetulan konon." perli Nur sinis.

"Betul. Saya tak tipu. Saya anggap dia hanya sebagai adik sahaja. Tak lebih dari tu pun."

"Kenapa awak tak bagitahu saya? Kan saya dah cakap, antara kita tiada rahsia. Nasib baik saya nampak awak dengan dia tadi. Kalau tak, sampai bila-bila pun saya tak tahu siapa dia." ujar Nur sedikit kecewa.

"Saya minta maaf okay? Lagipun tak penting pun untuk saya bagitahu. Saya kenal dia dekat kampung. Harini secara kebetulan kami terserempak. Awak janganlah macam ni. Tak lama lagi kita nak kahwin tau. Saya tak nak hilang awak, sayang." rayu Ilhan lagi.

"Betul awak hanya anggap dia sebagai adik saja?"

Ilhan angguk bersungguh-sungguh.

"Kalau awak nak tahu, dia lah yang buat baju nikah kita." tambah Ilhan lagi.

Nur terkejut.

"Really?"

Ilhan mengangguk lagi.

"Bawa saya jumpa dia. Saya nak cakap terima kasih dekat dia sebab buat baju nikah untuk kita dengan cantik." ujar Nur teruja.

"Awak dah tak marahkan saya?" tanya Ilhan ingin mendapatkan kepastian.

"Tak dah. Tapi jangan buat lagi. Kalau apa-apa, bagitahu saya. Takdelah saya salah faham macam ni." Nur memberi peringatan.

"I'm promise." balas Ilhan tersenyum.

Nur pun tersenyum.

"Jomlah, saya bawa awak jumpa Aisya." ajak Ilhan.

Mereka pun beredar ke Tealive tadi.

Sampai sahaja di Tealive, kelibat Aisya tidak kelihatan. Ilhan mencari-cari Aisya tetapi hanya ada troli sahaja di meja itu.

"Encik nak ambil troli ni ke?" tanya seorang pekerja wanita.

"Ye saya. Ermm.. Ada nampak tak seorang wanita kat meja ni tadi?" tanya Ilhan.

"Ouh. Cik tu dah balik dah. Dia kata ada urgent."

"Ouh ye ke. Ermm.. Takpelah.. Terima kasih." ujar Ilhan. Dia rasa serba salah pula tinggalkan Aisya berseorangan.

"Kenapa awak? Mana Aisya?" tanya Nur apabila Ilhan keluar dari Tealive bersama troli sahaja.

"Aisya dah balik. Pekerja tu kata dia ada urgent."

"Ouh ye ke. Baru ingat nak jumpa dia."

"Takpe lah. InsyaAllah ada rezeki dapat lah kita jumpa dia." ujar Ilhan.

Nur mengangguk. Mereka pun beredar keluar dari pusat membeli belah tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.

💕💕💕

Aisya pun telah sampai di rumahnya. Perjalanan yang sangat memenatkan ditambah pula dengan kejadian tadi. Aisya lantas membuka applikasi di telefon bimbitnya.

Abang Ilhan

Assalamualaikum abang.

Aisya nak minta maaf pasal tadi. Cakap dengan tunang abang yang Aisya nak minta maaf. Mesti dia dah salah faham. 😔

Sorry juga sebab Aisya balik awal. Terima kasih sbb belanja Aisya tadi.

Kebetulan pada waktu itu Ilhan sedang online lalu Ilhan pun membalas whatsapp yang dihantar oleh Aisya.

Abang yang sepatutnya minta maaf dengan Aisya. Maafkan abang ye. Tapi no worries, tunang abang dah okay dah. Kami tak gaduh pun. Tadi Nur nak jumpa Aisya tau tapi Aisya dah balik.

Ha? Kenapa kak Nur nak jumpa Aisya? Dia nak pukul Aisya ke?

Hahahaha..Bukanlah... Apalah Aisya ni. Dia nak kenal dengan Aisya. Dia nak cakap thanks sbb buat baju nikah yang cantik untuk kami.

Ilhan membalas chat tersebut sambil tertawa.

Ouh ye ke. Hehehe.. Ok la.. Nanti ada rezeki jumpa lah tu. Kirim salam dekat kak Nur.

Okay 👌

Aisya hanya meninggalkan bluetick. Lega hatinya kerana Ilhan dan Nur tidak bergaduh. Aisya meletakkan telefon bimbit disebelahnya kerana mahu tidur sebentar.
_________

PEJAM celik pejam celik lagi 2 minggu Ilhan dan Nur akan berkahwin. Ilhan semakin pelik dengan sikap Nur yang jarang berhubung dengannya. Bila sepatah ditanya, sepatah yang dijawab. Kadang tu tak jawab langsung. Takkanlah Nur masih marah dengan kejadian dia terserempak dengan Aisya beberapa minggu yang lepas. Mustahil kerana mereka tidak bergaduh pun. Hubungan dia dan Nur pun baik-baik sahaja. Cuma seminggu ini, Nur kelihatan acuh tidak acuh dengan perkahwinan mereka.

Ilhan cuba untuk menelefon tunangnya namun tidak dijawab. Ilhan cuba berkali kali tetapi masih sama, Nur tidak mengangkat panggilan tersebut.

"Mana awak ni Nur." ujar Ilhan gelisah.

"Kenapa gelisah semacam je ni Angah?" tanya Ilmie, abangnya.

"Ermm.. Takdelah.."

"Betul ni?"

Ilhan mengangguk.

"Call siapa tu?"

"Nur."

"Ouh patutlah gelisah semacam je. Bakal isteri tak jawab call." perli Ilmie.

"Sibuk lah Along ni." marah Ilhan lalu naik ke biliknya.

Ilmie hanya ketawa. Tetapi melihat wajah kerisauan Ilhan tadi, dia yakin pasti ada sesuatu yang berlaku. 'Ya Allah, permudahkan lah segala urusan adikku. Semoga urusan perkahwinannya berjalan dengan lancar.' doa Ilmie di dalam hatinya.

Pada malam itu, Ilhan mendapat panggilan dari bakal bapa mertuanya iaitu ayah kepada Nur.

'Assalamualaikum An.'

"Waalaikumsalam uncle. Kenapa ye call An?"

'Nur, An... Nur...' suara di hujung telefon itu seakan gelisah.

"Kenapa dengan Nur uncle?" tanya Ilhan gelisah. Dari siang tadi dia sudah berasa tidak sedap hati.

'An datang sini. Kita berbincang. Bawa umi dan abah An sekali.'

"Baiklah." kata Ilhan lalu menamatkan panggilan tersebut.

Ilhan turun ke bawah untuk memanggil orang tuanya.

"Umi, Abah!" panggil Ilhan sambil menuruni tangga.

"Eh, An kenapa ni?" tanya Encik Azli.

"Abah, jom kita ke rumah Nur."

"Kenapa? Apa yang jadi ni?" tanya Puan Aznah pula risau.

"An tak tahu Umi. Tadi ayah Nur call An, dia suruh kita datang rumah dia malam ni juga."

"Okay kalau macam tu baiklah. Aznah dan An pergi siap-siap dulu. An, relax jangan kalut. InsyaAllah takde apa-apa yang jadi." kata Encik Azli ingin menenangkan anaknya itu.

"Ilmie, Sara dan Irma tengokkan rumah." pesan Encik Azli lagi.

Mereka bertiga hanya mengangguk. Tepat tekaan Ilmie siang tadi. Pasti ada yang tidak kena. Dia hanya mampu berdoa yang terbaik buat adiknya, Ilhan.

__________
Apa yang jadi? Jeng jeng jeng... 2 chapter updated. Tq pada yg baca 🌹



Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang