"ILHAN!" Ilhan memandang ke arah suara yang memanggil namanya.
"Bukk!!"
Seorang lelaki menuju ke arahnya dan terus menumbuk muka Ilhan. Ilhan jatuh terduduk. Dia memegang pipinya yang sakit. Kemudian Ilhan mendongak ke atas untuk mengetahui siapa yang berani memukulnya.
"Akram?" ujar Ilhan. Tidak sangka Akram yang memukulnya.
Akram ketawa sinis.
"Aku fikir kau tak kenal aku? Heh!" kata Akram dengan sinis.
"Kau lah lelaki yang tak boleh move on tu kan? Yang kacau isteri aku tu." balas Ilhan.
"Sekurang-kurangnya aku setia, tak macam kau. Curang belakang isteri!" bentak Akram.
"Kau cakap baik-baik sikit eh! Sebelum muka kau makan penumbuk aku." marah Ilhan sambil berdiri.
"Betul lah kan apa aku cakap. Kau tak cintakan Aisya pun. Kau still lagi cintakan bekas tunang kau tu kan? Siapa yang tak boleh move on sekarang ni? Aku ke kau?" soal Akram tepat memandang Ilhan.
Ilhan berasa maruahnya tercalar dengan kata-kata yang keluar dari Akram.
"Apa lagi Aisya mengadu dekat kau ha?!"
"Kau jangan nak salahkan Aisya. Dia tak ada mengadu apa-apa pun. Bila aku nampak kau dengan bekas tunang kau tu, aku boleh agak lah yang kau memang tak cintakan Aisya."
"Kau siapa nak main agak-agak? Kau tak tahu apa-apa kau tak perlu masuk campur hal rumahtangga aku. Kau tu orang luar! Sedar sikit!" berang Ilhan.
"Orang luar?! Heh! Kalau kau nak tahu, aku ni kawan Aisya, lebih tepat lagi bestfriend dia. Dia sebahagian dalam hidup aku. Gembira dia, gembiralah aku, sedih dia, sedihlah aku. Aku tak akan benarkan sesiapun termasuklah kau sendiri sakitkan hati dia. Kau faham tak?!" ujar Akram menarik kolar baju Ilhan.
Ilhan diam. Dia cuba merungkai tangan Akram dari menarik kolarnya.
"Kau masih sukakan Aisya ke?" soal Ilhan memandang mata Akram. Akram pula melepaskan tangannya dari kolar Ilhan secara perlahan-lahan.
"Ye, aku sukakan dia malah aku cintakan dia. Dia wanita pertama yang buat aku jatuh cinta. Tapi aku terlambat, terlambat nak luahkan semuanya. Dia pilih kau. Tapi kau? Kau tak hargai dia, Ilhan. Kau dengar sini baik-baik, aku warning kau, jangan sesekali kau sakitkan hati Aisya. Kalau kau buat juga, better kau lepaskan je lah dia. Aku boleh jaga dia lebih baik dari kau." luah Akram.
"Jangan mimpi! Aku tak akan lepaskan dia. Aisya isteri aku!"
"Jangan tamak, Ilhan. Aisya kau nak, bekas tunang kau pun kau nak. Buat pilihan sama ada Aisya atau bekas tunang kau tu."
"Pilihan aku tak ada kena mengena dengan kau!"
"Of course berkait dengan aku. Ingat apa yang aku cakap, Ilhan. Kalau tak mampu nak hargai dia, bebaskan dia. Jangan buat dia terluka dan sengsara disebabkan kau. " ujar Akram lalu pergi meninggalkan Ilhan.Ilhan memegang pipinya sakit. Dia mencerna kembali ayat yang keluar dari mulut Akram. Dia menggenggam penumbuknya.
🔥🔥🔥
Ilhan kembali ke rumah. Sepatutnya dia ingin berjumpa dengan Nur untuk berbincang mengenai pertemuan wanita itu dengan Aisya beberapa hari yang lepas. Tetapi lain yang dirancang, lain yang menjadi. Tidak semena-mena dia makan penumbuk Akram. Ilhan pun membatalkan niatnya untuk bertemu dengan Nur.
Sampai sahaja di rumah, Ilhan memasuki rumahnya dan menuju ke ruang tamu. Dia berbaring di atas sofa. Pipinya masih lagi terasa sakit.
Aisya yang baru sahaja sampai di rumah, pelik melihat pintu rumah terbuka. Dia masuk ke dalam rumah. Dia melihat suaminya berada di atas sofa. Malas mahu menegur Ilhan sejak kejadian mereka bergaduh, Aisya terus menuju ke anak tangga untuk ke bilik.
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...