"Hanya kamu yang pertama,"
"OPAH!!"
Ilhan kini sudah berada di kampung opahnya. Selepas sahaja bersarapan bersama keluarganya pagi tadi, dia terus gerak pulang ke kampung. Perjalanan ke kampung mengambil masa lebih kurang 5 jam.
"Cucu opah." laung Nek Mah sebaik sahaja nampak tubuh cucunya keluar dari kereta. Mereka berpelukan.
"Lama opah tak jumpa."
"Opah ni, baru haritu kita jumpa masa An tunang."
"Lama lah juga tu."
Ilhan ketawa. Rindu benar dia pada opahnya walaupun baru sahaja berjumpa sewaktu dia bertunang.
"Marilah masuk. Panas dekat luar ni. Maksu dah masak lauk sedap-sedap untuk An."
"Jomlah, An pun lapar juga ni."
Mereka pun masuk ke dalam rumah.
🕊🕊🕊
Ilhan, Nek Mah dan Maksu serta suaminya sedang menikmati makanan yang disediakan oleh ibu Laila.
"Sedap Maksu masak." Puji Ilhan. Bertambah-tambah nasi dan lauk dia ambil.
Maksu hanya tersenyum lalu berkata...
"Tambah lah lagi An."
Ilhan mengangguk.
"Mana Laila, Maksu?" tanya Ilhan.
"Laila pergi beli barang dengan Aisya."
"Aisya?" ujar Ilhan mengerutkan dahinya.
"Aisya anak Mak cik Yati. Tak ingat?"
Ilhan menggeleng.
"Aisya tu tinggal selang 2 buah rumah je dengan kita ni. Laila sekarang kerja dekat butik Aisya sementara tunggu dia graduate ni. Harini Aisya ajak Laila temankan dia beli barang tempahan."
Ilhan hanya menganggukkan kepalanya.
"An 3 bulan kat dekat sini?" tanya Paksunya pula.
"Haah Paksu."
"Nanti boleh lah ajak Laila pusing-pusing satu kampung. An mesti dah lupa kan suasana kampung macam mana?"
"Betul juga tu. Banyak dah berubah kat kampung ni."
"Mana taknya, 6 tahun tak balik kampung kan." perli Nek Mah.
Ilhan hanya tersengih mendengar luahan opahnya. Bukan dia tidak mahu pulang ke kampung tetapi masa untuk dia pulang ke kampung agak terhad. Busy.
"Ni, Umi ada kirimkan barang dari KL untuk opah, maksu, paksu dengan Laila. Nanti lepas makan An bagi. Sebelum An lupa, Umi dengan Abah kirim salam dekat semua."
"Waalaikumsalam" jawab Nek Mah dan ibu bapa Laila serentak.
"Nanti lepas makan, An rehat lah dulu. Barang tu malam pun boleh bagi juga." ujar Nek Mah mahu Ilhan berehat. Mesti cucunya penat memandu kesini dari pagi tadi.
Ilhan mengangguk lalu menikmati makanan sehingga habis. Selepas itu, dia pun berehat.
Setelah membeli barang dan makan, Aisya dan Laila pulang ke rumah. Aisya menghantar Laila ke rumahnya.
"Dah sampai." kata Aisya.
"Aik kereta siapa pula tu? Ada orang datang meminang Laila ke?" tambah Aisya lagi bergurau apabila nampak kereta asing dekat halaman rumah Nek Mah.
"Ish akak ni. Bukanlah. Tu kereta abang saudara Laila."
Aisya menganggukkan kepalanya. 'Abang saudara? Ilhan ke? Tak mungkin lah' nafi Aisya di dalam hatinya.
"Okaylah akak. Laila turun dulu. Terima kasih belanja Laila makan."
"Akak sepatutnya cakap terima kasih dekat Laila sebab sudi teman akak beli barang-barang ni."
Laila hanya tersenyum. Baginya, Aisya sangat baik. Tidak berkira walaupun dia hanya pekerja di butik Aisya.
Laila bersalaman dengan Aisya lalu Aisya pun pulang ke rumahnya.
Dari dalam di tingkap rumah Nek Mah, Ilhan sedang meninjau kereta yang masuk ke dalam halaman rumah opahnya. Dia melihat Laila baru sahaja keluar dari kereta tersebut sambil melambaikan tangannya ke arah kereta itu. Selepas itu, dia melihat kereta itu bergerak ke selang 2 buah rumah dengan rumah opahnya. Tidak sempat dia melihat siapa gerangan 'anak Makcik Yati' itu, ada suara menegurnya...
"Abang An!" kata Laila sambil berlari ke arah Ilhan.
"Hey budak!"
"Orang dah besarlah." ujar Laila sambil mengerutkan dahinya.
Ilhan hanya ketawa.
"Laila pergi mana ha? Dah petang baru nak balik."
"Laila pergi beli barang dengan boss Laila la abang An."
"Mana barang-barangnya? Laila tipu kan? Abang bagitahu maksu paksu." gurau Ilhan begitu mahu menakutkan Laila.
"Hish abang An ni. Barang tu dekat boss Laila la. Kalau abang An tak percaya, jom Laila bawakkan abang dekat rumah boss Laila. Rumah dia dekat je sebelah tu." ujar Laila sambil menunjukkan ke arah rumah Aisya.
Lalu Ilhan ketawa. Laila pula pelik secara tiba-tiba abang saudaranya ketawa.
"Abang An gurau je lah. Saja takutkan Laila." kata Ilhan masih dengan sisa tawanya.
Laila pula menepuk bahu Ilhan. Geram dengan sikap Ilhan yang suka bergurau.
"Dah la. Malas Laila layan abang An. Mana Opah, mak dan ayah?"
"Semua ada dekat belakang."
"Okaylah. Laila nak masuk bilik dulu nak solat Asar."
Ilhan hanya menganggukkan kepalanya. Dia kembali termenung melihat suasana petang kampung itu. Baru ingat mahu Laila membawanya pusing satu kampung. Tapi Laila mesti penat baru balik. 'Tak mengapalah, banyak hari lagi aku dekat sini.' desis hati Ilhan lalu beransur ke dapur untuk menolong opah dan ibu bapa saudaranya.
.....
Update 3 bab harini.Btw Sya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua. ✨
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
عاطفيةAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...