17

2K 60 4
                                    

ILHAN meneliti gambar yang telah diambilnya tengahari tadi. Pada mulanya, dia hanya singgah di pekan untuk membeli barang-barang keperluan dan barang mengajarnya. Pada masa yang sama, dia ternampak orang yang dikenalinya bersama seorang lelaki yang tidak dia kenal di sebuah restoran. Aisya. Dia ternampak Aisya dengan seorang lelaki sedang rancak berbual di restoran tersebut. Nampak mereka seperti sudah lama kenal. Ilhan pun mengambil gambar Aisya bersama lelaki itu.

"Siapa ye lelaki tu? Tak pernah nampak pun dia dengan Aisya sebelum ni. Boyfriend Aisya ke?" Ilhan berkata bersendirian.

Aisya

Assalamualaikum

Waalaikumsalam

Abg ganggu Aisya ke?

Takdelah. Kenapa ye?

Abg nak tanya sesuatu boleh?

Tanyalah...

Tadi abg pergi pekan lepastu abg nampak Aisya dengan sorang lelaki ni. Pakwe Aisya ke tu?

Bila? Aisya tak nampak abg pun.

Mana nak nampak kalau dah rancak berbual dengan lelaki tu.

Ishh abg ni.. Tu kawan Aisya lah. Akram nama dia.

Ye la tu kawan. Entah-entah boifren.

Mana ada la. Aisya dengan dia kawan je. Tak lebih pun dari tu.

So Aisya takde yang special lah ni?

Maksud abg?

Kalau Aisya takde someone special, bolehlah abg kenenkan Aisya dengan kawan abg.

Abg ni merepek je. Tak nak lah Aisya.

Kawan abg tu ok lah. Dia setia. Nama dia Hariz.

Aisya tak berminat.

Why?

Sbb Aisya dah ada someone special.

Siapa? Tadi kata kawan je dengan Akram tu.

Adalah. Rahsia~~

Eleh tak nak bagitahu konon. Takpe takpe. Nanti abg tanya Laila tak pun abg tanya Faris.

Abg jgn macam2 eh. Aisya tak nak kawan abg nanti.

Hahahaha... Abg gurau je lah.

Hmmmm

Alaaa.. Takyah lah merajuk

Aisya hanya memberikan bluetick sahaja. Ilhan mengeluh. 'Merajuk pulak budak kecik ni.'

Di butik pula, Aisya menghempaskan telefonnya di atas meja. Sakit hati membaca whatsapp dari Ilhan. 'Ada ke patut, Ilhan nak kenenkan aku dengan kawan dia. Lepastu nak korek rahsia dekat adik aku. Hish! Geram lah aku.' desis hati Aisya.

💕💕💕

Ilhan mengambil keputusan untuk pergi ke rumah Aisya. Niatnya untuk memujuk Aisya. Dia dapat rasakan bahawa Aisya berkecil hati dengannya. Buktinya, Aisya tidak lagi berhubung dengannya sejak dia memberitahu Aisya tentang dia ternampak Aisya di sebuah restoran dengan seorang lelaki. Sudah 2 minggu dia tidak berjumpa dengan wanita itu.

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now