Happy 2k readers! Thank you guys.
✨✨✨
PULANG saja Akram dari rumahnya, Aisya dan Ilhan pun masuk ke dalam rumah.
"Mesra nampak dengan Akram tu?" perli Ilhan. Dia akui bahawa dia cemburu dengan keakraban isterinya bersam Akram. Walaupun mereka sudah berkawan lama, tetapi sebagai suami dia berhak untuk rasa cemburu.
Aisya hanya senyap mendengar perlian suaminya.
"Untunglah Akram." ujar Ilhan lagi mahu menarik perhatian isterinya.
Satu saat.
Dua saat..
Tiga saat...Aisya berpaling memandang wajah suaminya yang cemberut itu. Mahu ketawa pun ada tetapi ditahannya.
"Awak cemburu ke?" soal Aisya. Dia sengaja tidak melayan suaminya.
"Mestilah cemburu. Cemburu tu kan tandanya sayang. Dengan Akram, time tu dia minta maaf, time tu jugalah sayang maafkan dengan dia. Tapi dengan abang? Hmm, sampai bilalah abang nak tunggu sayang maafkan abang." luah Ilhan dengan muka kesian.
"Dah lah Akram tu tumbuk abang. Sakit tahu? Sampai sekarang rasa sakit dia." adu Ilhan pula sambil mengusap pipinya.
Aisya hanya tersengih dengan sikap suaminya.
"Sukalah tu kan Akram tumbuk abang."
"Saya tak cakap pun saya suka. Kenapa awak tak tumbuk je dia tadi? Akram dah balik, baru awak nak mengadu macam-macam." ujar Aisya pula.
"Abang tak nak lah balas balik. Tak baik." balas Ilhan.
"Tahu pun." ujar Aisya.
"Sayang marah abang lagi ke?" Tanya Akram.
Aisya menarik nafasnya apabila mendengar soalan dari suaminya. Sebenarnya dia sudah berlembut hati dengan Ilhan cuma dia perlukan masa sedikit saja lagi.
"Beri saya masa sikit je lagi. Saya harap awak boleh tunggu." jawab Aisya.
Ilhan tersenyum mendengar jawapan isterinya.
"Abang akan tunggu. Jangan lama-lama tau. Abang rindu Aisya yang dulu." bisik Ilhan di telinga isterinya.
Aisya hanya beriak seperti biasa lalu pergi ke dapur.
'Ya Allah, lembutkanlah hati isteriku.' doa Ilhan di dalam hatinya.
✨✨
Dua hari berikutnya...
Hubungan Ilhan dan Aisya sudah semakin pulih. Aisya juga sudah mula gelar Ilhan sebagai 'abang'semula. Tetapi Aisya masih lagi dalam proses untuk memaafkan Ilhan sepenuhnya. Ilhan sangat bersyukur dengan perubahan hubungannya bersama isterinya walaupun tidak sepenuhnya lagi. Dia yakin hubungan mereka akan baik semula.
Aisya berada di dalam bilik manakala Ilhan pula berada di ruang tamu berbual dengan adiknya, Faris. Ibu dan ayahnya sudah masuk tidur kerana seharian berada di restoran.
Sedang Aisya ingin melelapkan matanya, dia terdengar pintu bilik dibuka dari luar. Dia yakin itu suaminya, Ilhan."Sayang." panggil Ilhan setelah memasuki bilik.
Aisya membuka mata dan memandang Ilhan.
Ilhan pula menghulurkan telefon bimbitnya.
Aisya pandang aneh.
"Ni, Nur nak cakap dengan sayang." kata Ilhan.
Mendengar nama itu, Aisya terus bangun dari baringannya lalu bercekak pinggang. Sensitif dia dengan nama 'Nur'.
"Kenapa dia call abang? Malam-malam pula tu. Abang jangan macam-macam eh, Aisya lari lagi nnti." ugut Aisya dengan wajah yang garang.
Ilhan hanya tergelak.
"Aisya serious ni. Jangan main-main eh. Ingat, Aisya belum maafkan abang sepenuhnya." pesan Aisya dengan garang.
"Ok ok sorry. Tapi Nur call abang sebab dia nak cakap dengan sayang." ujar Ilhan dengan nada yang lembut.
"Nak cakap apa lagi? Nak suruh Aisya bagi abang pada dia?" marah Aisya lagi. Dia bimbang Nur mendesak dia untuk kembalikan suaminya. Dia baru sahaja ingin berbaik semula dengan Ilhan.
"Tak, sayang.. Ni, sayang cuba dengar dulu apa yang Nur nak cakap." ujar Ilhan lagi sambil menghulurkan telefonnya. Takut juga dia dengan Aisya yang menggarang secara tiba-tiba.
Aisya pun merampas telefon bimbit Ilhan dari tangan lelaki itu. Aisya menjeling suaminya.
"Hello!" gangster betul Aisya ni.
Ilhan yang tidak mahu menganggu isterinya terus keluar dari bilik. Dia juga terkejut kerana Nur menelefonnya setelah kejadian dia ingin memutuskan segalanya dengan Nur. Apabila ditelefon, Nur meminta maaf dengannya dan dia juga ingin meminta maaf dengan Aisya.
'Aisya..' panggil suara di hujung telefon.
"Hmm.." sahut Aisya nak tak nak.
'Akak nak minta maaf dengan Aisya. Akak tahu akak salah dan akak tak patut suruh Aisya pulangkan Ilhan pada akak. Semua ni salah akak. Akak minta maaf sangat-sangat. Aisya maafkan akak ye. Ilhan tak salah, akak yang beria-ia suruh dia kembali pada akak. Tapi tanpa akak sedar akak dah hancurkan rumahtangga korang berdua. Akak minta maaf. Akak menyesal sangat-sangat.' rintih Nur.
Aisya pula sudah terkedu. Dia fikir Nur ingin bercakap dengannya kerana Nur ingin kembali bersama suaminya. Ternyata dia silap.
'Aisya. Akak betul-betul minta maaf. Akak janji akak tak akan ganggu Ilhan lagi. Lagipun next week akak tak ada dekat Malaysia dah. Bila difikirkan semula,memang jodoh kami tak panjang. Balasan untuk akak sebab dah tinggalkan perkahwinan kitorang. Akak minta maaf, Aisya.' sambung Nur lagi.
"Akak nak pergi mana?" tanya Aisya setelah lama berdiam.
'Akak nak sambung belajar semula dekat luar negara. Itu yang sebaiknya buat akak sekarang ni.'
Aisya hanya mengangguk.
"Kak Nur, Aisya maafkan akak. Semua orang buat silap. Even Aisya pun ada silap Aisya juga." kata Aisya pula.
'Alhamdulillah. Terima kasih Aisya. Lega hati akak dengar Aisya maafkan akak. Selagi Aisya tak maafkan akak, selagi tu akak rasa berdosa sangat.'
"Aisya pun nak minta maaf dengan akak kalau Aisya ada salah atau silap dengan akak."
'Aisya tak ada salah pun. Kalau ada pun, akak dah maafkan dah.'
Aisya senyum. Hatinya benar-benar lega sekarang ini. Lega kerana sudah memaafkan dan dimaafkan.
Mereka pun berbual-bual. Nur juga ada menasihati Aisya untuk berbaik semula dengan Ilhan. Aisya pula hanya mengiakan saja. Dia juga sudah bertekad untuk memaafkan Ilhan sepenuhnya. Dia rasa sangat berdosa dengan Ilhan.
.
Ingatkan nak update malam. Tapi harini rajin pulak so, Sya update la ptg ni hehehe. Korg nak update lagi tak mlm ni? Ke cukup 1 chapter je utk harini?
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...