AISYA dan Ilhan sedang bersalaman dengan ibu dan ayah Aisya. Setelah 2 minggu berada di kampung, sudah tiba masanya untuk Aisya pulang ke Kuala Lumpur. Ikutkan hati, dia ingin menetap di kampungnya tetapi memandangkan dia sudah bergelar seorang isteri mahu tidak mahu dia perlu berada di sisi suaminya. Ilhan pula semakin dingin dengan dirinya sejak suaminya itu pulang ke kampung. Sepatah ditanya, sepatah dijawabnya. Aisya berasa pelik dengan sikap suaminya itu. Dia mahu berbaik dengan suaminya itu. Tidak guna juga dia memarahi Ilhan lama-lama.
"Aisya gerak dulu, ibu ayah." pamit Aisya setelah bersalaman dengan ibu bapanya.
Encik Yazid dan Puan Yati mengangguk.
"Nanti dah sampai sana, beritahu kami." kata Encik Yazid kepada Ilhan.
"Baik, ayah." balas Ilhan.
Mereka pun masuk ke dalam kereta. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur hanya suara dari corong radio sahaja kedengaran. Ilhan mahupun Aisya, dua-dua tidak bersuara. Aisya pun mengambil keputusan untuk melelapkan matanya.
💤💤💤
Sesampai sahaja di rumah, Aisya terus kebilik untuk mengemas barang-barangnya. Ilhan pula menuju ke ruang tamu untuk menonton televisyen.
Setelah mengemas apa yang patut, Aisya menuju ke dapur. Semasa melintasi ruang tamu dia terpandangkan Ilhan yang ralit menonton televisyen. Aisya mendekati suaminya.
"Abang."
"Hmmm." sahut Ilhan.
"Abang nak makan apa? Aisya masakkan."
"Abang tak nak makan. Kenyang." ujar Ilhan masih ralit menonton televisyen.
Aisya mengeluh. Dia tidak suka sikap Ilhan seperti ini.
"Abang ni kenapa ek?" soal Aisya sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Ilhan. Dia perlu berbincang dengan suaminya kenapa Ilhan seakan dingin dengan dirinya.
"Kenapa apa?" soal Ilhan kembali.
"Sejak hari Jumaat lagi abang macam dingin je dengan Aisya."
"Mana ada." nafi Ilhan.
Aisya tergelak sinis. Aisya mencapai remote tv lalu menekan butang off.
Ilhan memandang wajah isterinya yang tegang itu. Ilhan meraup mukanya.
"Abang stress." ujar Ilhan.
"Stress sebab apa pula kali ni?"
Ilhan diam.
"Abang kalau marahkan Aisya, beritahu Aisya. Jangan diam je." ujar Aisya pula.
"Kalau abang beritahu, Aisya nak mengaku ke?" soal Ilhan pula dengan wajah yang serius.
Aisya mengerutkan dahinya.
"Apa maksud abang?"
Ilhan mengeluh.
"Aisya keluar dengan Akram kan hari Rabu lepas?"
Aisya terkejut.
"Mana abang tahu?" tanya Aisya.
"Tak boleh ke abang tahu?" tanya Ilhan kepada Aisya pula.
"Abang, takkanlah dengan Akram pun abang cemburu. Kami kawan je." balas Aisya mempertahankan dirinya.
"Abang bukan cemburu. Aisya tu isteri abang, Aisya kena jaga diri Aisya. Maruah abang." kata Ilhan dengan nada sedikit meninggi.
"Aisya keluar dengan dia hanya sebagai kawan. Itu je. Kenapa nak perbesarkan hal ni pula?"
Giliran Ilhan ketawa sinis.
"Abang call Aisya hari Rabu lepas. Tapi Aisya tak angkat pun. Abang call Laila, dan Laila beritahu abang yang Aisya keluar makan dengan Akram."
Aisya mengeluh. Ya, itu silapnya. Dia lupa memberitahu Ilhan. Aisya menepuk dahinya tanda menyesal. Sekarang ini dia tahu sebab apa Ilhan dingin dengannya.
"Abang tahu Aisya marahkan abang tentang abang mimpikan Nur masa dekat rumah umi. Tapi jangan disebabkan itu, Aisya buat abang macam ni. Abang tak minta banyak pun Aisya, kalau Aisya nak keluar dengan dia pun, beritahu abang. Abang ni suami Aisya. Bukannya tunggul!" sambung Ilhan lalu terus menaiki tangga menuju biliknya.
Aisya hanya mengalirkan airmatanya. Dia mengaku itu salahnya. Dia tidak mengambil tahu tentang perasaan suaminya itu. Dia abaikan Ilhan yang hampir setiap hari bertanyakan khabar dirinya sewaktu dia berada di kampung, tetapi dia hanya mengendahkannya.
'Ya Allah, ampuni dosaku ya Allah. Ampuni dosaku pada suamiku.' sesal Aisya di dalam hatinya.
💔💔💔
Malam itu Aisya masih menunggu Ilhan untuk masuk tidur.
"Pukul 11 dah ni, dia tak nak tidur ke?" ujar Aisya sendirian.
Aisya pun menuju ke bilik kerja suaminya. Sampai sahaja di dalam bilik kerja Ilhan, dia melihat suaminya itu sudah tidur di atas meja kerjanya. Aisya mendekati Ilhan.
"Abang." kejut Aisya.
Ilhan mengeliat.
"Kenapa tidur sini? Jom tidur dekat bilik."
Ilhan bangun lalu menuju ke bilik tanpa menghiraukan Aisya.
Aisya mengeluh sambil memandang belakang suaminya.
Sampai sahaja di bilik, Ilhan merebahkan tubuhnya dan tidur membelakangi Aisya.
Aisya hanya memandang Ilhan. Dia tahu suaminya masih marahkan dirinya."Aisya minta maaf, abang." ujar Aisya perlahan memandang belakang suaminya.
Ilhan yg sedang membelakangi Aisya, membuka matanya. Dia dengar apa yang Aisya katakan tadi. Dia tidak marah tetapi dia terkilan dengan isterinya yang tidak memberitahu untuk keluar dengan lelaki lain. Dia sebagai suami, ada hak untuk tahu kemana isterinya pergi, apa yang isterinya buat. Tetapi Aisya seolah-olah membelakanginya. Itu yang membuatkan dia terkilan dengan Aisya dan secara tidak langsung dia bersikap dingin dengan isterinya sejak beberapa hari ini. Malas mahu memikirkan itu, Ilhan kembali melelapkan matanya.
...
Hi, lama tak update. Sorry sangat². Nah 🌹
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomantikAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...