13

2.1K 61 0
                                    

"Hanya kamu yang setia,"

PADA minggu ini, Ilhan pulang ke rumah keluarganya di Kuala Lumpur. Umi, abah serta adik-beradiknya berkumpul tidak dilupakan juga tunangnya, Nur. Ilmie abang kepada Ilhan sudah berkahwin 4 tahun yang lepas dengan wanita yang dicintainya, Sara. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Airis. Umur Airis baru menginjak 2 tahun. Airis sangat rapat dengan Ilhan. Irma adiknya pula sambung belajar di matrikulasi dalam bidang sains. Mahu jadi doktor katanya. Mereka sedang menikmati makan malam bersama seperti yang diberitahu oleh Ilhan.

"Tambah lah lagi Nur." ujar Pn Aznah kepada bakal menantunya.

Nur hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Sedap umi masak." puji Nur.

"Ni bukan Umi je yang masak. Kak Sara pun ada masak juga." kata Umi Ilhan.

"Umi ni, Sara tolong-tolong sikit je." kata kakak ipar Ilhan tersengih.

"Sedaplah sayang masak." puji Ilmie pula sambil mengenyitkan matanya ke arah Sara. Sara sudah tersipu-sipu.

"Amboi, sweet sangat nampak sampai dah tak pandang kami semua." perli Ilhan.

"Jealous lah tu. Angah kenyitlah mata dekat Nur." kata Ilmie. Giliran Nur pula tersipu-sipu. Umi dan Abah mereka hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu.

"Ngee ngee ngee. Nak ayerrr." Giliran Airis pula merengek.

"Tengok, Airis pun cemburu tengok mama dan papa dia sweet-sweet dekat sini." giliran Irma pula memerli.

Mereka serentak ketawa.

"Dah makan dulu. Nanti kita berbual." ujar Abah Ilhan.

Setelah selesai menikmati makan malam, mereka duduk di ruang tamu untuk berbual-bual. Irma sedang sibuk melayan Airis menonton kartun di youtube manakala Encik Azli, Puan Aznah, Ilmie dan isterinya serta Ilhan dan Nur sedang berbual-bual.

"Jadi, macam mana persiapan kahwin kamu berdua? Dah mula buat?" tanya Puan Aznah.

"Ermm belum lagi Umi. Kami nak buat selepas An habis mengajar dekat kampung tu. Lepastu barulah kami prepare semua." ujar Ilhan bagi menjawab pertanyaan Uminya.

"Sempat ke?"

"InsyaAllah sempat umi. Lepas saja An habis mengajar dekat sana, ada lagi 3 bulan untuk kami uruskan hal perkahwinan kami."

"Kalau kamu cakap macam tu, legalah umi dengar. Kalau kamu perlukan apa-apa bantuan, cakap dengan umi. Nanti umi boleh tolong."

"Okay umi. Nanti lepas An dah balik sini, kita bincang semula ye."

Pn Aznah mengangguk.

"Nur, belah keluarga Nur pula macam mana?"

"Nur ikut Ilhan saja Umi. Kami nak buat persediaan sama-sama. Senang sikit."

Pn Aznah mengangguk lagi.

"Dah tak lama dah anak Abah ni nak kahwin. Mie dah kahwin, An pun dah nak kahwin." ujar En. Azli pula.

"Ok lah tu bang. Sekarang ni dah tiba masanya untuk kita bermain dengan cucu-cucu."

"Betul tu Umi." sokong Ilmie.

"Yang kamu tu bila nak tambah ahli keluarga? Airis tu dah 2 tahun dah. Tak teringin nak ada anak lagi ke?" perli Pn Aznah.

"Umi ni, kami tengah berusaha lah ni. Bukannya buat-buat terus dapat. Kan sayang kan?"

"Ish abang ni. Malu lah kat orang." kata Sara sambil menepuk bahu suaminya. Ilmie memang suka cakap lepas je. Tak tengok kiri kanan. Walaupun perangai suaminya seperti itu, kasih sayang terhadap suaminya tidak pernah berkurang malah semakin bertambah-tambah.

Pn Aznah serta En Azli sudah menggeleng sudah masak dengan perangai Ilmie.

"Mie ni memang macam ni Nur. Tak pandang kiri kanan bila bercakap." sindir Pn Aznah.

Nur hanya tersenyum.

Mereka pun berbual-bual mengenai perkahwinan Ilhan dan Nur.

"Mamaaa... Nak shushuu." ujar Airis tiba-tiba sambil terkedek-kedek menuju ke arah Sara.

"Meh mama buatkan." ujar Sara sambil mendukung anaknya.

"Takpe, sayang pergi buat susu. Abang bawa Airis kat atas." kata Ilmie lalu mengambil anaknya dari isterinya. Sara hanya mengangguk lalu beredar ke dapur untuk membuat susu Airis.

"Umi, Abah, Mie naik atas dulu lah. Nak tidurkan Airis." pamit Ilmie.

"Haa ye lah.. Tengok mata Airis pun dah mengantuk dah tu." ujar Encik Azli.

Ilmie pun berlalu ke tingkat atas menuju ke biliknya.

Nur hanya tersenyum melihat keluarga kecil bakal abang iparnya. Bahagia sangat.

"Best kan tengok diorang? Nanti kita pun akan lalui semua tu." bisik Ilhan di telinga Nur. Nur pula hanya menunduk tersenyum.

"Kenapa tersenyum-senyum dua orang ni?" tanya Irma yang baru sahaja duduk di sofa setelah penat melayan anak buahnya, Airis.

"Adik budak-budak lagi. Ni hal orang yang nak kahwin."

"Eleh.." kata Irma sambil menjeling ke arah Ilhan.

Mereka di situ hanya ketawa.

"Umi, Abah, kalau dah takde apa-apa, Nur nak balik dulu lah."

"Haa ye lah. An hantar Nur betul-betul depan rumah dia. Jangan bawak pergi mana-mana pula. Ingat, kamu tu tengah darah manis."

"Ye umi. An tahu."

Nur pun bersalaman dengan Pn Aznah dan Irma.

"Bye kak. Take care." kata Irma.

"Okay Irma." balas Nur sambil tersenyum.

Setelah menghabiskan cuti, butik AiZara kembali beroperasi. Aisya sedang berada di bilik pejabatnya. Aisya memandang ke arah telefon bimbitnya. Dia mengeluh. Tiada tanda-tanda telefon bimbitnya itu berbunyi. Dia masih mengharapkan seseorang menghubunginya tetapi hampa. Apabila mengingatkan kembali sewaktu mereka berjumpa, Aisya kembali tersenyum. Dia tidak menyangka bahawa dia dapat berbual-bual dengan Ilhan.

"Tersenyum-senyum kawan aku sorang ni?" tegur Zara. Aisya kembali ke dunia realiti. Terkejut dia melihat Zara berada di dalam pejabatnya.

"Err.. Ka..kau buat apa dekat sini? Dah lama dah?" tanya Aisya gugup.

"Dah naik sakit dah tangan aku ketuk pintu bilik kau ni. Aku masuk je tengok kau dah tersenyum-senyum kambing." perli Zara.

"Salah ke aku senyum?"

"Tak salah pun tapi kalau dah senyum sorang-sorang tu aku pelik. Kau sihat tak ni?" gusar Zara risau dengan keadaan Aisya.

Aisya pula hanya ketawa.

"Dah ketawa pula. Makin risau aku dengan kau ni." ujar Zara lagi.

"Aku okay la Zara. Kau ni pun. Haihh.. Aku senyum sebab teringat kisah lama." terang Aisya.

"Kisah lama?"

Aisya mengangguk.

"Kisah yang mana?"

Aisya terfikir-fikir untuk memberitahu kepada Zara atau tidak. 'Ermm.. Bagitahu je lah. Selama ni pun, Zara je yang tahu semua rahsia aku. No more secrets between us.' desis hati Aisya.

"Macam ni....."

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now