"Kau hulur tangan kau sambut,"
ILHAN berasa gembira setelah membaca surat yang diterima olehnya sebentar tadi. Ilhan Shah seorang pemuda yang berumur 24 tahun. Telah bekerja menjadi seorang guru yang telah diimpikannya selama ini. Sudah setahun dia bekerja di salah satu sekolah yang berada di Kuala Lumpur itu.
Hari ini dia mendapat surat daripada pengetua sekolah itu bahawa dia perlu menjadi guru ganti selama 3 bulan di sekolah lain. Apa yang menggembirakan adalah dia perlu menjadi guru di sekolah yang pernah dia bersekolah dahulu iaitu sekolah di kampung Opahnya. Ya, sudah lama dia tidak pulang ke kampung untuk menjenguk opahnya. Selepas sahaja habis belajar, dia terus membuat praktikal dan habis sahaja praktikal, Ilhan terus ditawarkan untuk menjadi guru di sekolah itu. Tetapi dia selalu bertanya khabar opahnya melalui telefon.
Ilhan juga telah menjadi tunangan orang dua minggu yang lepas. Nur, wanita yang telah berjaya mencuri hatinya. Mereka saling mencintai. Ilhan dan Nur berkenalan semasa mereka belajar di UPSI. Nur juga merupakan seorang guru. Ilhan jatuh cinta pandang pertama kepada Nur. Sejak itu mereka berkawan dan setelah beberapa tahun berkawan, Ilhan meluahkan perasaannya kepada Nur. Perasaan Ilhan itu juga disambut baik oleh Nur kerana Nur juga mempunyai perasaan yang sama pada Ilhan. Dan akhirnya, mereka meneruskan hubungan mereka itu ke arah pertunangan.
'Kalau aku terima tawaran ni, aku dapat jumpa opah, duduk dengan opah. Tapi aku terpaksa berjauhan dengan Nur. Tiga bulan je kan? Pejam celik pejam celik dah 3 bulan. Aku kena beritahu Nur ni.'
Ilhan terus mengambil telefon bimbitnya dan membuka whatsapp untuk memberitahu Nur.
Nur 💕
Assalamualaikum awak. Saya ada benda nak bincang dengan awak ni.
Waalaikumsalam awak. Kenapa?
Minggu depan saya kena mengajar dekat sekolah lain.
Maksud awak?
Saya kena jadi guru ganti dekat sekolah lain. Tapi sekolah tu dekat kampung opah saya je.
Ouh. Lama ke?
3 bulan je.. ☺
Lamanya macam 3 tahun 😢
Hahahah.. Alaa.. Nanti kita jumpa la waktu hujung minggu.
Hmmm okay.
Tapi sebelum awak pergi tu saya nak jumpa awak dulu.
Ok tunangku sayang 😉
✨
Tersenyum Ilhan dengan keletah Nur. Sikapnya yang manja itu membuat dia semakin sayang pada Nur. Mereka juga akan berkahwin tidak lama lagi. Mereka tidak mahu mengikat tali pertunangan begitu lama. Jadi, mereka membuat keputusan untuk bertunang selama 6 bulan sahaja.
Aisya sangat sibuk dengan tempahannya sekarang ini. Nasib baik lah Husna, Amira dan Laila banyak menolongnya dan Zara.
Laila sudah bekerja dengan Aisya di butik itu sebulan yang lalu. Setelah mendapat keizinan daripada ibu dan ayahnya, Laila terus memberitahu Aisya untuk bekerja di butik itu. Setelah dipertimbangkan, Aisya dan Zara sepakat untuk mengambil Laila bekerja dengan mereka. Walaupun rumah Laila dan Aisya sangat dekat, tetapi Laila tetap ingin pergi kerja menaiki keretanya walaupun Aisya banyak kali menawarkan Laila untuk pergi kerja sekali dengannya. Dia tidak mahu menyusahkan Aisya.
"Kak Aisya."
Aisya memandang ke arah pintu bilik pejabatnya. Laila masuk ke dalam dan menghulurkan secawan air untuk Aisya.
"Ni air ni Laila buatkan. Akak jangan fokus sangat kerja sampai tak makan tak minum."
Aisya tersenyum. Beruntung dia dapat pekerja seperti Husna, Amira dan Laila serta rakan baiknya, Zara. Mereka sangat prihatin terhadapnya kerana mereka tahu kalau Aisya terlalu fokus sangat dengan kerja sampai lupa nak makan dan minum. Sudahlah Aisya ada gastrik. Lagi merisaukan mereka.
"Terima kasih Laila. Buat susah-susah je."
"Takde susah mana pun kak. Akak dari pagi tadi tak keluar bilik. Ni akak mesti tak makan lagi kan?"
Aisya hanya tersengih.
"Hmm.. Dah agak dah. Kejap nanti Laila bawa makanan dekat akak."
"Eh tak payah. Akak kenyang."
"No! Kerja kerja juga makan tak boleh skip. Akak kena makan juga. Pagi tadi opah ada masakkan nasi lemak untuk kita semua. Nanti Laila ambilkan."
"Kalau macam tu, kita semua makan sekali."
"Kami semua dah makan. Tinggal akak je belum makan. Pagi tadi kami dah panggil akak tapi akak tak keluar pun."
"Laa.. Kenapa tak panggil sekali lagi?"
"Laila takut mengganggu akak pula." kata Laila sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Aisya menggeleng kepalanya.
"Kalau macam tu, sebagai denda Laila kena makan dengan akak sekali lagi boleh?"
"Eh, hmmm okay laa.. Untuk akak semua boleh."
Aisya ketawa kecil. Mereka pun pergi ke pantri untuk makan bersama. Bukan mereka berdua sahaja, Husna dan Amira juga turut join mereka sekali makan dengannya 'sekali lagi' sementara tiada pelanggan yang datang. Nek Mah masak nasi lemak banyak dan berselera Aisya makan. Zara pula, selepas makan pagi tadi terus ke meeting dengan client.
Waktu sudah menginjak pukul 4 petang. Berbaki lagi satu jam, AiZa's Boutique akan ditutup. Mereka sedang bertungkus lumus menyiapkan tempahan pelanggan mereka yang perlu disiapkan. Sedang mereka membuat kerja, ada seseorang datang ke butik itu.
'Ting' bunyi pintu butik dibuka.
"Eh, Encik Akram. Nak jumpa kak Aisya ke?"
Lelaki itu mengangguk sambil menghadiahkan senyuman.
AKRAM. Dia merupakan rakan yang sama universiti di tempat Aisya belajar tetapi berlainan kursus. Akram mengambil jurusan kejuruteraan. Dia merupakan lelaki yang telah berjaya rapat dengan Aisya kerana Aisya tidak mudah untuk rapat dengan mana-mana lelaki. Sehingga sekarang mereka masih lagi berkawan.
Tipulah kalau Akram tidak ada menyimpan perasaannya terhadap Aisya, tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak memberitahu Aisya kerana tidak mahu Aisya jauh darinya. Dia juga nampak Aisya lebih selesa berkawan dengannya. Jadi, dia mahu pendam perasaan itu dahulu. Apabila sampai masa nanti, barulah dia akan memberitahu Aisya akan perasaannya. Kalau jodoh takkan kemana kan.
"Kejap ye."
Akram mengangguk lagi.
Amira berjalan ke arah bilik pejabat Aisya.
'Tok tok'
"Kak Aisya, akak busy ke?"
"Kenapa?"
"Encik Akram datang nak jumpa akak."
"Ermm.. Bagi lah dia masuk."
Amira mengangguk dan mempersilakan Akram untuk berjumpa dengan Aisya.
.......
Watak baru, Akram. Agak2 Akram ni baik ke jahat?Nama Akram ni ada dekat prolog. Kalau nak tahu keep reading this story. Tq ✨

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...