06

2.4K 87 0
                                    

"Kau hadir sebagai peneman setia,"

ENAM TAHUN KEMUDIAN...

Aisya Nadhira sudah berumur 22 tahun. Selepas sahaja tamat diploma di Universiti mengambil kursus Fashion Designer, Aisya dan rakan baiknya, Zara membuka satu butik muslimah di bandar yang berdekatan dengan kampungnya. Mereka merupakan rakan kongsi. Baru setahun lebih mereka berjinak-jinak dalam dunia fesyen ini. Walaupun begitu, perniagaan mereka mendapat sambutan yang amat memberangsangkan kerana fesyen baju di butik mereka sangat trendy dengan masa sekarang tetapi masih mengamalkan syariat yang dituntut Islam. Mereka juga mengambil tempahan baju pengantin juga.

Aisya dan Zara juga ingin memperluaskan perniagaan mereka ke negeri-negeri lain seperti membuka cawangan baharu di Kuala Lumpur. Cuma sekarang mereka lebih fokus kepada butik mereka di pekan ini.

Di AiZa's Boutique...

"Husna, mana Kak Aisya?" tanya Zara yang baru sahaja sampai ke butik kepada stafnya.

"Kak Aisya ada meeting dekat KL, Kak Zara."

"Dia jumpa client yang tempah baju tu ye?"

Husna mengangguk.

"Okaylah. Akak masuk office dulu. Nanti kalau apa-apa, bagitahu akak ye?"

"Baik Kak Zara." Balas Husna sambil mengukirkan senyumannya.

AiZa's Boutique mempunyai 2 orang staff di bawah Aisya dan Zara iaitu Husna dan Amira. Walaupun mereka hanya staff, tetapi Aisya dan Zara anggap mereka sebagai keluarga mereka sendiri. Amira pula mengikut Aisya pergi meeting di KL.

Di rumah Nek Mah...

"Laila, kamu dah habis belajar kan?"

"Haah Opah, kenapa?"

"Apa kata dari kamu tak buat apa ni, kamu kerja dengan Kak Aisya kamu tu."

"Kak Aisya tengah cari pekerja ke opah?"

"Kamu tanyalah dia dulu."

"Nanti siapa nak jaga opah?"

"Kamu ni, jangan risau pasal opah. Kamu kerja dari pagi sampai petang je. Pandai-pandailah opah nanti."

"Nanti Laila tanya ibu abah dulu. Kalau diorang izinkan baru Laila tanya Kak Aisya."

"Ha ye lah."
.......

Di AiZa's Boutique.

Aisya baru sahaja pulang ke butiknya dari Kuala Lumpur. Baru sahaja dia ingin merehatkan diri, pintu bilik officenya di ketuk. Terpancul muka Zara di pintu officenya. Aisya hanya mengangkat kening tanda bertanya 'kenapa'. Zara terus masuk kedalam bilik Aisya dan duduk di kerusi di hadapan rakannya itu.

"How your meeting?" tanya Zara melihat Aisya seperti kepenatan.

"Hmm.. Not bad. Biasalah customer always right. Semua nak perfect."

"Okaylah tu. Janji dia percayakan dengan kerja kita."

Aisya mengangguk menandakan benar apa yang dikatakan oleh rakannya itu.

"Ni, aku ada cerita nak bagitahu kau ni."

"Apadia?" tanya Aisya sambil memandang kearah Zara.

"Ilhan." ujar Zara sambil memandang ke arah muka Aisya. Dia ingin melihat reaksi rakannya itu. Sudah lama nama itu tidak keluar dari mulut mereka sejak 'si dia' berpindah ke Kuala Lumpur.

"Ilhan mana pulak ni. Boyfriend baru kau ke?"

Zara mencebik.

"Bukanlah. Ilhan Shah. Ex crush kau."

"Ooo.. Kenapa dengan dia?" tenang Aisya berkata tetapi pelik kenapa Zara membangkitkan nama Ilhan secara tiba-tiba.

"Dia dah nak bertunang."

"So?" reaksi Aisya bersahaja.

"Kau tak kesah ke?"

"Untuk apa? Aku dah lama lupakan dia lah. Biarlah dia nak tunang ke kahwin ke nak ada anak sekalipun. Aku tak nak ambil tahu." balas Aisya tenang untuk meyakinkan rakannya itu bahawa dia benar-benar telah melupakan Ilhan.

"Ye ye la tu dah move on. Tapi masih juga stalk dia kan?" provok Zara pula.

"Eh aku bukan stalk ye. Aku cuma nak tahu perkembangan dia je. Dah la aku malas layan kau. Daripada fikirkan dia, baik aku fikirkan pasal tempahan kita ni. Tapi aku nak rehat jap. Nanti aku gi bilik kau."

"Hmm okaylah. Ni kau dah makan ke? Kau kalau pergi meeting suka skip makan tak pasal-pasal gastrik kau datang."

"Dah, aku dah makan dah."

"Okay, aku keluar dulu. Rehat puas-puas."

Aisya hanya mengangkat tangannya menunjukkan 'OK'. Memang hari ini benar-benar memenatkan. Nasib baik Amira ada menemaninya. Pasal Ilhan tu dia malas ambil tahu biarlah dia.

........
Betul ke Aisya dah move on?

Keep voting and comments. Tq 💕


Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang