AISYA pergi ke butiknya menaiki kereta adiknya, Faris. Sudah lama rasanya dia tidak berada di butik miliknya. Rasa rindu bau butiknya. Masuk sahaja dia ke dalam butik, dia disambut baik oleh pekerjanya. Zara pula lambat masuk kerana ada hal.
Pukul 11 pagi barulah Zara muncul di butik.
Tiba sahaja di butik, Zara terus masuk ke dalam bilik sahabat baiknya, Aisya.
"Bebb!" jerit Zara penuh kegembiraan.
"Zara!" Aisya juga turut menjerit kegembiraan melihat Zara. Hampir 2 bulan mereka tidak bertemu. Rasa rindu itu sudah pasti ada.
Mereka berpelukan.
"Rindu lah." ujar Aisya sebaik sahaja melepaskan pelukannya.
"Sama lah." balas Zara penuh senyuman.
Aisya mengangguk.
Zara pun duduk di kerusi hadapan Aisya.
"How's your life selepas bergelar isteri orang?" soal Zara.
"Macam tu je la." jawab Aisya.
"Seriously? Tak kan tak ada apa-apa perubahan?" soal Zara lagi.
"Macam biasalah kena masak, cuci baju, kemas rumah."
"Yang itu aku tahulah. Maksud aku, kau dengan Ilhan macam mana?"
"Okay je."
"Okay je?" soal Zara tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Aisya.
"Ye... Aku dengan dia okay je. Kami dalam fasa berkawan, nak kenal diri masing-masing dulu." terang Aisya.
Zara mengangguk.
"Ilhan layan kau baik kan?" tanya Zara.
"Alhamdulillah."
"Alhamdulillah. I'm happy for you."
"Kalau ada apa-apa, kau beritahu kau tau. Jangan rahsiakan apa-apa. Ingat. Tak ada rahsia antara kita."
"Baik boss!" ujar Aisya dengan bersemangat.
Zara ketawa. Lalu dia pun pamit dirinya keluar untuk membuat kerja.
'Maafkan aku, Zara.' desis Aisya dihatinya. Buat masa sekarang, dia tidak mahu bercerita tentang masalah rumahtangganya kepada Zara. Belum tiba masanya lagi. Malas mahu memikirkan masalahnya dan Ilhan, lalu Aisya pun meneruskan kerjanya.. Work work work.
❤❤❤
Sudah hampir seminggu Aisya berada di kampung. Selama di kampung, Aisya tidak pernah menghubungi suaminya, Ilhan. Ilhan pula ada menghantar pesanan bertanya khabar kepada Aisya tetapi Aisya hanya memberikan 'tanda biru' a.k.a. bluetick sahaja. Melihat ketidaksungguhan isterinya, Ilhan pun sudah give up untuk menghantar pesanan mahupun membuat panggilan kepada isterinya. Dia dapat simpulkan bahawa Aisya masih memarahi dirinya.
Pada hari Sabtu, Aisya pergi ke rumah opahnya, Nek Mah.
"Buat susah je Aisya bawa makanan ni untuk opah." ujar Nek Mah.
"Tak susah lah opah. Lagipun Aisya bukan buat apa pun. Ada masa free, Aisya masak lah. Aisya nak lah bagi opah, dan maksu sekeluarga rasa masakan Aisya." balas Aisya pula.
Maksu dan Nekmah tersenyum. Mereka pun menikmati makanan yang dimasak oleh Aisya.
"Sedap kak Aisya masak." puji Laila.
"Alhamdulillah." balas Aisya dengan senyuman.
"Kalau macam ni lah, boleh gemuk An kalau hari-hari makan masakan Aisya." ujar maksunya pula.
Aisya hanya tersipu malu.
"Bolehlah lepas ni Aisya masak untuk opah lagi." kata Nek Mah.
"Boleh je. Opah order je. Nanti Aisya masakkan." balas Aisya memandang opahnya.Mereka disitu hanya ketawa dan meneruskan makan mereka.
❤❤❤
Masuk minggu kedua, Aisya berada di kampungnya. Kerjanya juga sudah hampir siap. Aisya berada di butiknya menyiapkan tempahan. Sekejap sahaja rasanya hari Rabu, lagi beberapa hari lagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur.
"Hi, long time no see." sapa Akram yang baru sahaja masuk ke dalam pejabat Aisya.
Aisya yang sedang membuat kerjanya terus memandang ke arah suara itu. Dia tersenyum lalu berkata...
"Long time sangat." Aisya ketawa.
"Mana kau tahu aku balik sini?" soal Aisya.
"Instinct." jawab Akram tersengih.
Aisya ketawa lagi.
"Ni, kau buat apa datang butik aku ni?"
"Nak jumpa kau lah. Dah lunch kan."
"Lunch?" Aisya melihat jam tangannya. Dia terkejut.
"Ya Allah. Aku tak perasan pun dah masuk lunch." ujar Aisya menepuk dahinya.
Akram pula hanya menggelengkan kepalanya memandang Aisya.
"Kau kalau fokus sangat buat kerja sampai waktu lunch pun kau tak sedar kan." perli Akram.
Aisya tersengih sambil menggaru keningnya yang tidak gatal.
"Kau tak keluar lunch ke?" soal Aisya pula.
"Alang-alang aku dekat sini memang nak ajak kau lunch pun. Nak tak?" ajak Akram.
"Erm...." Aisya seperti berfikir.Satu saat.
Dua saat."Jomlah." ujar Aisya.
Aisya mengemas barangnya dan mereka pun keluar dari bilik pejabat Aisya.
"Kau tunggu sini kejap, aku nak jumpa staf aku." kata Aisya kepada Akram lalu Aisya pun ke pantri. Dia melihat pekerjanya sedang makan.
"Laila." panggil Aisya.
"Ye kak?"
"Akak nak keluar kejap. Nanti kalau ada orang cari akak, Kak Zara ke cari akak, cakap akak keluar lunch dengan Encik Akram." ujar Aisya.
"Ok kak." balas Laila.
Aisya pun keluar lunch dengan Akram.
...
Dari tadi Ilhan cuba menelefon Aisya tetapi tidak diangkat. Tiba-tiba dia rasa rindu pada isterinya. Sudah lama dia tidak mendengar suara isterinya itu. Baikkah dia disana? Sihatkah dia?
Setelah beberapa kali panggilannya tidak dijawab, Ilhan pun menelefon adik saudaranya, Laila. Laila kan bekerja di butik Aisya.
"Assalamualaikum, Laila."
'Waalaikumsalam. Ye, abang An?'
"Kak Aisya ada tak dekat butik sebab abang call dia tak dapat-dapat."
'Kak Aisya keluar.'
"Keluar? Dengan Zara ke?"
'Tak. Kak Aisya keluar dengan kawan dia, Encik Akram.'Ilhan terkejut. Kenapa Aisya tidak memberitahunya bahawa dia keluar dengan Akram. Ilhan menahan amarahnya. Dia sangat terkilan dengan Aisya. Sudah lah selama Aisya berada di kampung, isterinya itu tidak pernah pun menghubunginya. Whatsapp apatah lagi.
"Okay, takpe lah Laila. Abang letak dulu. Terima kasih beritahu abg." ujar Ilhan lalu menamatkan panggilan itu.
...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...