"Agar kau tahu bahawa,"
SEJAK kejadian Aisya kantoi dengan adiknya, Faris, dia kurang bercakap dengan adiknya itu. Takut jika Faris memberitahu ibu dan ayahnya.
Tapi pada keesokan malamnya Faris ada datang ke biliknya untuk meminta maaf sebab dah ketawakan Aisya. Faris juga berjanji tidak akan memberitahu ibu bapa mereka akan hal itu. Bagus Faris ni. Adik yang baik. Disebabkan jarak umur mereka hanya setahun sahaja, membuatkan mereka menjadi rapat. Faris sangat memahami kakaknya begitu juga Aisya. Untung kan Aisya. Kalau adik orang lain ni, mesti dah kecoh satu kampung. Ye tak?
Di rumah Nek Mah...
Pada hari itu bermula cuti pertengahan tahun, jadi keluarga Ilhan pulang ke kampung. Umi dan abahnya serta adik-beradik Ilhan berada di rumah Nek Mah. Suasana di rumah itu sangat meriah.
"Ilhan, macam mana belajar dekat sini?" tanya Encik Azli, abah Ilhan.
"Alhamdulillah, Okay abah."
"Ada orang buli An tak?" soal Uminya pula, Puan Aznah.
"Takde siapa pun nak buli An umi. Orang nak ngurat anak Umi ni adalah." balas Ilhan sambil bergurau.
"Perasan pulak abang Ngah ni." kata adik bongsu Ilhan, Irma.
Mereka hanya ketawa.
Selepas sahaja makan malam, Ilhan sekeluarga duduk di ruang tamu untuk berbual-bual. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan keluarganya. Rasa rindu itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
"An, abah ada benda nak bincang dengan An ni."
"Apa dia bah?"
"Lepas saja An tamat SPM, abah nak bawa An pulang ke rumah kita. An nak tak?"
"Opah macam mana? Takkan opah nak duduk sorang dekat rumah ni?" soal Ilhan. Risau tinggalkan opahnya keseorangan.
"Yang tu An jangan risau, nanti Maksu akan duduk dengan opah dan jaga opah dekat sini." jawab opahnya.
Nek Mah sudah diberitahu akan hal itu oleh dua orang anaknya semasa di telefon. Nek Mah mempunyai dua orang anak sahaja iaitu Encik Azli dan Azmah yang digelar 'Maksu' oleh anak-anak Encik Azli.
"Maksu?"
"Ye, Maksu dan Paksu dapat tukar kerja dekat sini. Jadi, Maksu boleh lah tengok-tengokkan opah. Anak dia Laila pun boleh tengokkan opah kalau Maksu dan Paksu pergi kerja. " ujar Puan Aznah, umi Ilhan.
"Ouh. Opah macam mana?" soal Ilhan lagi.
"Opah okay je. Lagipun lepas SPM nanti mesti An nak sambung belajar kan. Jadi, biarlah Maksu sekeluarga yang jaga opah. Jiran-jiran pun ada boleh tengokkan opah. An jangan risau ye." jawab Opahnya tidak mahu cucunya kerisauan.
"Kalau itu kata opah, baiklah An setuju."
"Nanti ada masa kita balik la ke kampung ni jenguk Opah." ujar umi Ilhan.
"Baiklah Umi, Abah." balas Ilhan sambil menganggukkan kepalanya tanda dia bersetuju dengan rancangan abahnya untuk pindah ke Kuala Lumpur sebaik sahaja dia tamat SPM.
"Ke Angah tak nak tinggalkan kampung ni sebab dah ada kekasih kat sini?" Ilmie mencelah.
Ilmie merupakan abang sulung Ilhan. Manakala Irma merupakan adik mereka yang bongsu.
"Hish Along ni. Merepek je." bidas Ilhan. Mulalah abangnya itu ingin mengenakan dia.
"Ye lah mana tahukan ada ke?"
"Mie macam tak kenal pulak dengan An ni. Pendiam. Mana nak ada makwe." ujar Nek Mah sambil ketawa.
"Hahaha.. Betul juga tu Opah." ujar Ilmie lagi.
"An nak fokus dengan SPM lah. Tak macam Along tu, awek keliling."
"Hish dia kenakan Along pula."
Puan Aznah, Encik Azli dan Nek Mah hanya ketawa sambil menggeleng kepala melihat keletah anak bujang mereka. Bila berjauhan rindu-rinduan, bila dah dekat mula lah gaduh-gaduh manja.
"Adik ada terlepas apa-apa ke ni?" celah Irma yang baru sahaja keluar daripada tandas. Sakit perut katanya.
"Lambat la adik ni. Lama sangat membuang." ujar Ilhan sambil menepuk dahinya.
"Adik sakit perut lah. Apa dia yang korang ketawakan ni?" balas Irma sambil mengusap perutnya.
"Tiada siaran ulangan!" kata Ilhan dan Ilmie serentak.
Apa lagi, makin berkerut lah muka Irma menahan geram dengan perangai abang-abangnya itu.
Akhirnya, semua ketawa dengan kelucuan Irma. Memang meriah rumah Nek Mah pada malam itu dengan keletah cucu-cucunya.
Pada pagi itu, Aisya bersarapan seperti biasa dengan keluarganya. Maklumlah cuti sekolah kan. Cuti-cuti juga, kerja sekolah banyak kena siapkan.
"Ibu, Ayah, Aisya nak minta izin pergi rumah Zara harini boleh?"
"Nak bergosip lah tu."
Aisya menjengilkan matanya ke arah Faris. Tanpa menghiraukan pandangan mata kakaknya, Faris dengan selamba sambung makan. Aisya pula malas bergaduh dengan adiknya lalu berkata...
"Aisya nak buat homework dengan Zara. Boleh tak?"
"Pergilah. Ayah izinkan. Jangan balik lambat pula."
"Baik ayah. Terima kasih."
"Faris pun nak minta izin keluar dengan kawan boleh tak?
"Tak boleh! Faris dah janjikan semalam nak ikut ayah beli barang."
Aisya hanya tersengih memandang adiknya yang sedang memasamkan muka itu.
"Okayy ayah." kata Faris perlahan.
...............
Ilhan nak pindah KL gais. Agak-agak Aisya sedih tak?Tq baca yang baca story ni. Jangan lupa vote and comment. 🎈😁

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...