27

2.3K 61 0
                                    

KEESOKANNYA, Aisya sudah membuat keputusan. Dia perlu berjumpa dengan Ilhan untuk memberikan keputusannya. Malam tadi juga dia bermimpi akan Ilhan.

Di dalam mimpinya, Ilhan dan dia berada di sebuah tempat yang sangat indah. Mereka sangat bahagia. Aisya tidak tahu apa petanda mimpi itu. Mungkin mainan tidur kerana dia banyak berfikir sebelum tidur malam tadi. Setelah berbual di telefon dengan Zara semalam, Aisya sudah membuat keputusan. Dia juga berdoa agar keputusan ini adalah keputusan yang terbaik bagi semua pihak.

"Ayah, ibu.. Aisya dah buat keputusan." ujar Aisya setelah menghampiri ibu dan ayahnya di ruang tamu.

"Apa keputusan Aisya?" tanya Puan Yati.

"Aisya....terima." jawab Aisya.

Puan Yati tersenyum dengan jawapan dari anaknya. Puan Yati memandang suaminya, Encik Yazid menganggukkan kepalanya.

"Nanti suruh Ilhan jumpa ayah." kata Encik Yazid.

Aisya mengangguk.

"Ayah dan ibu setuju?" tanya Aisya sambil memandang ibu dan ayahnya.

Puan Yati mengangguk tanda setuju. Aisya senyum.

"Ayah?"

Encik Yazid berwajah serius. Aisya takut melihat wajah ayahnya. Adakah ayahnya tidak bersetuju? Aisya menelan air liurnya yang seakan tersekat.

"Ayah..... bukan saja setuju, malah ayah bagi restu pada kamu berdua." ujar Encik Yazid sambil tersenyum. Dia saja mahu menduga anak dan isterinya.

Aisya dan ibunya senyum tanda lega mendengar apa yang dikatakan oleh Encik Yazid.

"Terima kasih ayah, ibu." kata Aisya lalu memeluk ibu dan ayahnya.

Mereka membalas pelukan dari Aisya.

💕💕💕

Aisya kini berada di luar rumah Nek Mah. Dia ingin berjumpa dengan Ilhan. Aisya menunggu Ilhan di pondok kecil di halaman rumah Nek Mah.

Beberapa minit kemudian, Aisya melihat Ilhan baru sahaja keluar dari rumah itu dan menghampirinya. Lalu Ilhan mengambil tempat di sebelah Aisya.

"Laila kata Aisya nak jumpa abang."

Aisya mengangguk.

"Aisya dah buat keputusan tentang semalam."

Ilhan terkejut. Fikirnya Aisya tidak mahu menjumpainya kerana masih memarahinya.

"Ap.. Apa keputusan Aisya?" tanya Ilhan dengan perasaan berdebar.

"Aisya...."

"Aisya?" tanya Ilhan mahu Aisya meneruskan kata-katanya.

Aisya menarik nafas lalu menghembuskannya.

"Aisya terima."

Membulat mata Ilhan sebaik mendengar ayat yang keluar dari mulut Aisya.

"Beb.. Betul ke ni? Aisya tak bergurau kan?" tanya Ilhan lagi untuk mendapat kepastian.

Aisya mengangguk lalu berkata...

"Betul.. Aisya tak bergurau. Aisya terima lamaran abang."

"Alhamdulillah..." ucap Ilhan sambil meraup tangannya ke mukanya.

"Terima kasih, Aisya." ucap Ilhan lagi sambil tersenyum ke arah Aisya.

Aisya membalas senyuman itu.

"Tapi, Aisya nak abang pegang janji-janji abang tu."

"Yup, abang janji." ujar Ilhan sambil mengangkat tangannya seperti berikrar.

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang