08

2.4K 77 1
                                        

"Diriku dari jatuh derita,"

"HAI."

Aisya tersenyum.

"Busy ke tu?"

"Macam biasalah.. Nak kena siapkan tempahan ni."

Akram mengangguk.

"Kenapa kau datang?" Aisya bertanya kepada Akram.

"Saja. Rindu."

Aisya tertawa kecil. Sudah masak dengan perangai Akram yang suka bergurau. Tetapi bagi Akram itu bukan gurauan. Ikhlas dari lubuk hatinya.

"Mengada la kau. Suka sangat bergurau."

Akram tersenyum.

"Aku ingat lepas habis kerja nak ajak kau makan. Tapi tengok kau macam busy je takut mengganggu kau pula."

"Harini ke?"

"Haah."

Aisya seperti berfikir.

"Hmmm.. Boleh lah. Tapi kita makan dekat-dekat sini je. Boleh?"

Akram tersenyum sambil mengangguk.

"Okay. Aku tunggu kau dekat luar lah. Kau buat kerja kau dulu."

"Eh, takpe ke? Kalau kau nak jalan mana-mana pergi lah dulu. Nanti kau bosan pula tunggu aku."

"Takde hal lah."

"Okay" balas Aisya.

Akram pun keluar dari bilik Aisya dan tunggu Aisya di butiknya.

"Eh, Akram bila kau sampai?" tegur Zara baru sahaja keluar dari biliknya pejabatnya.

"Baru je."

"Nak jumpa Aisya ke?"

"Haah, aku tunggu dia nak pergi makan sekali lepas ni. Jom la join kitorang."

"Eh, takpelah. Aku banyak kerja ni. Kau pergi dengan Aisya je lah."

"Kerja tu sampai bila-bila pun banyak."

"Takpe kau pergi je dengan Aisya. Lagipun aku kena hantar mak aku dekat rumah Kak Long aku lepasni."

"Betul ni?"

Zara mengangguk.

"Aku bagi kau peluang keluar berdua dengan Aisya." kata Zara dengan penuh makna.

Akram tertawa kecil.

"Senyum pula dia. Macam lah aku tak tahu yang kau dah lama minat dengan Aisya tu." perli Zara pula.

"Kau ni Zara, nanti Aisya dengar macam mana?" balas Akram sambil memandang kiri kanan kalau-kalau ada yang mendengar.

"Biarlah dia dengar. Biar dia tahu kau minat dia."

"Hish kau ni. Jangan macam-macam. Nanti Aisya tak nak jumpa aku lagi kang."

Zara tersenyum sinis.

"Sampai bila kau nak rahsiakan? Kau nak tengok dia bercinta dengan orang lain dulu baru kau nak bagitahu tentang perasaan kau kat dia?"

"Takde lah macam tu. Cuma, aku perlukan masa untuk bagitahu dia. Ye lah kau tahu kan kita dah lama kawan. Tup tup aku bagitahu dia yang aku suka dia. Tak ke terkejut nanti dia."

"Belum cuba belum tahu, Akram oii."

"InsyaAllah hari itu akan tiba juga. Just follow the flow. Aku tengok dia selesa berkawan dengan aku pun dah cukup bagi aku. Tentang perasaan tu, kalau ditakdirkan kami berjodoh, takkan kemana juga."

Zara mengangguk tanda mengiakan apa yang diperkatakan oleh Akram.

"Hmm.. Ye lah. Tapi jangan nanti kau melepas sudah. Aku bukan apa, kau kawan aku, Aisya pun kawan aku. Aku nak tengok korang bahagia. Itu je."

"Terima kasih. Doakan untuk kitorang okay."

"Always." ujar Zara sambil menggariskan senyumannya.

"Okaylah. Kau duduk la sini dulu. Aku nak sambung buat kerja aku."

Akram mengangguk lalu Zara pun sambung membuat kerjanya yang tergendala.

Ilhan sedang mengemas barang-barangnya untuk dibawa ke sekolah sementaranya nanti. Sedang ralit mengemas, telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello."

'An, kau dekat sekolah lagi ke?'

HARIZ, rakan kepada Ilhan sedang menelefonnya. Hariz juga merupakan seorang guru tetapi berlainan sekolah dengan Ilhan.

"Haah. Aku nak kemas barang nak bawa balik kampung. Minggu depan kan aku start mengajar kat sekolah baru aku tu."

'Ouh. Hmm aku ingatkan nak ajak kau jumpa malam ni.'

"Kenapa kau nak jumpa?"

'Saja. Nanti tak dapat dah jumpa kau.'

"Unfortunately, malam ni aku keluar dengan Nur."

'Dating eh?'

"Salah ke?"

Hariz ketawa dihujung telefon. Ilhan juga turut ketawa.

'Kalau macam tu takpe lah. Hmm esok kita joging kat tempat biasa nak?'

"Aku okay je. Lama juga tak warm up ni."

'Kau gerak kampung opah kau pukul berapa?'

"Hari Ahad."

'Okaylah. Kalau macam tu kita jumpa esok.'

"Okay."

Ilhan mematikan telefonnya setelah bersetuju untuk berjumpa dengan Hariz esok sebelum dia berpindah ke sekolah baharunya.


Hanya Kamu ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang