TENGAHARI itu Aisya memasak. Dia memasak untuk suaminya. Dia ingin memujuk Ilhan dan meminta maaf dari suaminya itu.
Selepas solat zohor, Aisya terdengar pintu rumah terbuka menandakan Ilhan sudah pulang dari tempat kerjanya. Aisya menyambut kepulangan suaminya. Aisya memberikan senyuman yang sangat manis kepada Ilhan.
"Abang dah balik. Jom kita makan. Aisya masak lauk kegemaran abang." sapa Aisya dengan wajah yang manis.
"Abang kenyang."
Aisya menarik senyumannya.
"Penat Aisya masak untuk abang." ujar Aisya dengan wajah yang muram.
Ilhan mengeluh lalu dia ingin menuju ke biliknya. Belum sempat dia memulakan langkahnya, Ilhan terasa tangannya dipegang oleh Aisya.
Aisya mengambil tangan suaminya dan mengucup tangan itu lalu berkata...
"Aisya minta maaf. Aisya tahu Aisya salah. Sepatutnya Aisya tak perlu ikutkan perasaan marah Aisya sampai Aisya buat tak endah dengan abang. Aisya minta maaf abang. Aisya tak suka kita berdua bergaduh, bermasam muka macam ni. Aisya tak nak kita berjauhan macam ni. Aisya nak kita yang dulu." kata aisya merayu.
Ilhan masih diam. Ego!
"Abang.. Maafkanlah Aisya. Aisya tahu Aisya dah buat abang marah, kata-kata Aisya banyak menyakitkan hati abang. Aisya minta maaf. Aisya tak sanggup dengan keadaan kita macam ni." rintih aisya. Airmatanya sudah banyak mengalir.
Ilhan terasa air mata Aisya di tangannya lalu dia mendongakkan kepala isterinya dan mengesat airmata isterinya. Dia memandang muka isterinya. Dia tidak boleh melihat airmata yang keluar daripada Aisya. Dia tak sanggup melihat isterinya menangis.
"Dah, jangan nangis. Abang tak suka tengok Aisya nangis." pujuk Ilhan ingin meredakan tangisan isterinya.
Aisya masih lagi dengan sedu-sedannya.
"Abang maafkan Aisya. Abang pun nak minta maaf dengan Aisya. Kita berdua ada salah. Semua orang buat silap. Kita jadikan kesilapan kita ni untuk kita perbaiki diri kita. Untuk kita belajar dari kesilapan kita. Ok? Dah jangan nangis. Abang maafkan Aisya." ujar Ilhan lagi mengusap belakang isterinya.
"Be... Be.. Betul ni?"
Ilhan mengangguk sambil tersenyum. Dia sudah memaafkan Aisya. Tidak guna juga dia memarahi Aisya. Nobody perfect. Semua orang buat kesilapan termasuk dirinya sendiri. Mungkin ini dugaan yang mereka perlu lalui.
"Jangan nangis okay? Muka dah merah dah tu. Jom makan, abang lapar."
Aisya mengangguk lalu mereka makan bersama. Aisya bersyukur akhirnya mereka sudah berbaik.
🌹🌹🌹
Malam itu mereka berada di dalam bilik untuk tidur.
"Aisya tak nak anak ke?" Ilhan memulakan perbualannya.
Aisya yang sedang menyelimuti dirinya tersentak dengan pertanyaan suaminya. Aisya berdehem.
"Tipulah kalau Aisya kata tak nak. Perasaan nak jadi ibu tu mesti ada pada setiap wanita, abang. Kenapa abang tanya?" jawab Aisya dengan tenang sambil memandang suaminya.
Ilhan tersenyum.
"Takdelah. Umi selalu tanya. Abang takut Aisya tak selesa je."
"Aisya okay je lah. Umi mesti nak cucu kan. Samalah dengan ibu.. Tiap kali call asyik tanya Aisya dah ada isi ke. Jenuh nak jawab." ujar Aisya sedikit ketawa mengingati ibunya di kampung.
"Aisya dah sedia ke?" tanya Ilhan.
"Sedia apa?" tanya Aisya pula dengan blur.
"Sedia nak ada anak. Sedia nak jadi ibu." kata Ilhan sambil matanya redup memandang isterinya.
Gulp!! Aisya terdiam.
"Abang tanya ni." soal Ilhan separuh berbisik mendekati isterinya. Mahu tergelak melihat reaksi isterinya tetapi dia menahan ketawa itu dari keluar. Nanti potong mood nak beromantis dengan isterinya. Dia juga keliru dengan perasaannya sekarang. Adakah dia sudah mula mencintai isterinya atau dia hanya mahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami?
"Ka.. Kalau Aisya dah ready pun, abang dah ready ke?" soal Aisya kembali kepada suaminya.
Ilhan tertawa kecil.
"I'm always ready." bisik Ilhan di telinga Aisya dengan nada yang nakal dan penuh kelembutan. Mukanya sudah menghampiri Aisya. Aisya terkaku. Wajah mereka sangat dekat.
'Apa yg aku perlu buat ni? Tapi semua ni tak salah pun kan. Kami dah halal kot. Lagipun itu tanggungjawab aku sebagai isteri. Ilhan suami aku.' desis hati Aisya.
Dia memandang wajah Ilhan yang ralit memerhatikannya dari jarak yang paling dekat.
Aisya menarik nafasnya dan menghembuskannya lalu tangannya merangkul leher suaminya. Mulutnya didekatkan di telinga suaminya seperti mahu berbisik.
"I'm yours..." bisik Aisya dengan penuh menggoda.
Ilhan apa lagi. Dia hanyalah seorang lelaki. Apabila Aisya berkelakuan seperti ini, lagilah keinginannya itu semakin bertambah.
"Izinkan abang."
Aisya mengangguk sambil tersenyum kepada suaminya.
Setelah mendapat greenlight dari isterinya, Ilhan pun membaca sepotong doa sebelum memulakan langkah yang seterusnya.
"Bismillahirrahmanirrahim..."
Maka dengan itu, Aisya dan Ilhan telah menjadi suami isteri dalam kata erti yang sebenar. Cuma satu harapan Aisya, agar Ilhan ikhlas melakukan semua ini.
...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...