SETELAH berbual-bual dengan Nur, tidak lama selepas itu Ilhan masuk ke dalam bilik. Aisya hanya memandang suaminya. Dia rindu ingin memeluk suaminya. Baru sekarang rindu. Ceh!
"Ni phone abang." ujar Aisya sambil menghulurkan telefon bimbit suaminya.
"Nur cakap apa dengan sayang?" tanya Ilhan lalu duduk disebelah isterinya. Tanpa kata Aisya terus memeluk suaminya. Ilhan terkejut dengan sikap isterinya yang tiba-tiba sahajaa memeluk dirinya. Ilhan membalas pelukan itu. Aisya memandang suaminya.
"Maafkan Aisya, abang." ujar Aisya sambil menatap mata suaminya. Dia melepaskan pelukan lalu mengambil tangan suaminya dan menyalam tangan itu.
"Maafkan Aisya. Aisya banyak buat salah dengan abang. Aisya marah-marah abang tanpa dengar penjelasan abang. Aisya minta maaf sangat-sangat. Aisya banyak dosa dengan abang. Aisya minta maaf abang." rintih Aisya sambil menangis.
Ilhan pula menyentuh dagu isterinya dan mendongakkan kepala Aisya untuk memandangnya. Ilhan mengusap airmata yang keluar dari mata isterinya. Tidak sanggup dia melihat isterinya yang menangis.
"Abang dah lama maafkan sayang. Sayang jangan nangis lagi ye." balas Ilhan dengan senyuman.
"Tapi Aisya banyak buat abang terasa hati dengan Aisya. Aisya keluar rumah tanpa izin abang. Aisya tinggikan suara pada abang. Aisya kejam dengan abang." tangis Aisya lagi.
"Hey hey sayang. Look at me. Abang dah maafkan. Abang pun ada salah abang juga. Dah, jangan nangis. Meh sini abang peluk." ujar Ilhan sambil memeluk isterinya dengan erat. Dia bersyukur kerana Allah telah melembutkan hati isterinya untuk memaafkannya.
"Abang sayang Aisya tak?" tanya Aisya sambil mengelap airmatanya. Malu pula dengan Ilhan yamg melihatnya menangis.
"Sayang sangat-sangat. Abang sayang dan cintakan Aisya." balas Ilhan dengan senyuman lalu mengeratkan lagi pelukannya.
"Aisya pun sayang dan cintakan abang."
"Yes, I know that."
Mereka berdua senyum.
"Maafkan abang ye." ujar Ilhan lagi.
"Aisya maafkan. Kita kosong kosong ye."
Ilhan hanya mengangguk sambil tersenyum. Lega hatinya kerana hubungannya bersama isterinya sudah pun pulih.
Setelah sesi bermaafan mereka pun tidur. Sebelum melelapkan mata, Aisya tiba-tiba teringat akan sesuatu. Dia memandang suaminya.
"Abang, abang dah tidur ke?" tanya Aisya.
"Kenapa sayang?"
"Aisya nak cakap sesuatu dengan abang."
"Cakap apa? Cakap je la." ujar Ilhan.
Aisya mengambil tangan suaminya lalu diletakkan di atas perutnya.
Ilhan memandang iaterinya aneh."Kenapa sayang? Sayang lapar ke?" soal Ilhan polos.
Aisya ketawa mendengar pertanyaan suaminya.
"Bukanlah abang. Aisya nak beritahu, yang tak lama lagi kita akan jadi ibu dan ayah.
"Mm... Maksud Aisya?" soal Ilhan blur.
"I'm pregnant, abang." jawab Aisya dengan senyuman penuh makna. Dia teruja mahu lihat reaksi suaminya.
"Be.. Betul ke? Aisya tak main-main kan?" soal Ilhan lagi untuk dapatkan kepastian.
"Betul abang. Aisya dapat tahu masa Aisya keluar rumah tanpa izin abang hari tu. Masa tu Aisya dekat PD kononnya nak tenangkan fikiran. Esoknya Aisya rasa tak sedap badan, so Aisya pergi klinik and then doktor beritahu Aisya pregnant." terang Aisya kepada suaminya.
"Alhamdulillah. Rezeki kita, sayang. Family kita dah tahu ke yang sayang pregnant?" soal Ilhan pula.
"Belum lagi. Aisya nak abang jadi orang yang pertama tahu Aisya mengandung." jawab Aisya.
Ilhan tersenyum mendengar bicara isterinya. Dia sangat-sangat bersyukur dan teruja kerana tidak lama lagi dia akan bergelar seorang ayah. Dahi isterinya dikucup lama.
"Terima kasih, sayang. Abang happy sangat. Tak lama lagi kita akan jadi parents. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah." ujar Ilhan sambil mengusap perut isterinya. Aisya hanya tersenyum. Senang dia dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Ilhan. Nampak benar suaminya itu gembira mendengar khabar bahawa dia sedang berbadan dua.
"Patutlah Aisya selalu muntah-muntah, rupa-rupanya anak ayah dah ada dalam perut ibu ni." ujar Ilhan seperti berbual dengan anaknya.
Aisya hanya ketawa.
"Patutlah sayang garang semacam je dengan abang, selalu merajuk, selalu marah-marah, kadang-kadang tu manja terlebih, rupa-rupanya pembawakan budak." sambung Ilhan lagi.
"Sorry abang. Aisya tak patut buat abang macam tu." ujar Aisya dengan nada yang kesal.
"It's okay lah sayang. Janji kita dah berbaik semula dan yang paling penting Aisya dan bakal anak kita ni sihat. Itu dah cukup bagi abang.
Aisya hanya tersenyum. Dia sangat bersyukur kerana hubungannya dengan Ilhan sudah kembali pulih.
"Esok kita beritahu family kita ye. Mesti diorang happy dengar berita gembira ni." kata Ilhan.
Aisya hanya mengangguk.
"Jom lah tidur. Aisya dah mengantuk." ujar Aisya.
"Abang tak nak tidur. Hilang ngantuk abang tiba-tiba." ujar Ilhan sambil memeluk isterinya dengan erat.
Aisya ketawa. Alhamdulillah mereka sudah berbaik.
✨✨✨
Ilhan dan Aisya telah memberitahu berita gembira kepada kedua belah ahli keluarga mereka. Mereka sangat gembira mendapat tahu bahawa Aisya kini sedang berbadan dua. Nek Mah yang dari awal sudah mengesyaki bahawa Aisya mengandung juga turut berasa gembira.
Keluarga Ilhan bercadang untuk pulang ke kampung dan ingin membuat kenduri doa selamat. Aisya juga tidak lupa untuk beritahu khabar gembira ini kepada rakan baiknya, Zara. Zara juga ada memaklumkan bahawa dia akan bergelar tunangan orang tidak lama lagi. Dengan siapa? Hariz lah.
"Tak sangka kan bang, Zara dan Hariz dah nak bertunang." kata Aisya.
"Tu lah. Abang pun tak tahu macam mana diorang kenal tup tup dah nak bertunang dah pun."
"Dah jodoh diorang, abang. Kita doakan yang terbaik je untuk diorang."
Ilhan mengangguk lalu tersenyum.
"Abang." panggil Aisya.
"Ye sayang?"
"Aisya rasa nak buka butik dekat KL lah nanti. Boleh tak, abang." soal Aisya kepada suaminya.
"Boleh sayang. Tapi lepas Aisya bersalin, boleh? Sekarang ni abang nak Aisya fokus pada pregnancy sayang dulu, boleh?" jawab Ilhan.
Aisya tersenyum.
"Ok abang. Terima kasih sebab izinkan Aisya buka butik."
"Sama-sama kasih." balas Ilhan sambil mencuit manja hidung isterinya.
"Abang." panggil Aisya lagi.
"Ye sayang." balas Ilhan.
"Hanya kamu yang aku cintai dari dulu."
Ilhan senyum sebaik saja mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya.
"Terima kasih kerana setia mencintai abang dari dulu lagi." balas Ilhan.
Mereka pun berpelukan. Moga bahagia milik mereka.
...

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
عاطفيةAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...