01

4.8K 129 2
                                        

"Andai hati ini mampu bersuara,"

ENAM TAHUN LEPAS...

Seorang gadis yang berpakaian sekolah dan ayu bertudung sedang asyik memerhati seorang budak lelaki yang sedang belajar di bangku sekolah. Disebalik tiang yang menghalang wajahnya dilihat oleh budak lelaki itu. Tersenyum-senyum gadis itu melihat crushnya yang sedang tekun belajar. Walaupun tidak disedari oleh lelaki tersebut, namun hanya melihat lelaki itu sahaja dapat membuatkan si gadis itu tersenyum hingga ke telinga.

Ya. Dia lah Aisya Nadhira bt Yazid. Seorang pelajar tingkatan 3. Dia meminati seorang pelajar lelaki yang bernama Ilhan Shah b Azli. Ilhan merupakan pelajar tingkatan 5. Umur mereka beza hanya 2 tahun.

Tak puas memerhati lelaki itu di sekolah, Aisya akan stalk pula lelaki itu di rumahnya. Almaklumlah lelaki itu tinggal bersama opahnya di kampung ini. Dan jarak rumah Aisya dengan rumah opah lelaki itu hanya selang 2 buah rumah sahaja. Walaupun begitu, Aisya tidak pernah bertegur sapa dengan lelaki tu kerana malu.

Dengarnya, lelaki itu pindah sekolah ke kampung itu kerana perlu menjaga opahnya di kampung sejak kematian arwah atuknya. Lagipun opahnya hanya tinggal berseorangan. Jadi, memang wajarlah dia menemani opahnya.

Lelaki itu mempunyai aura yang boleh menarik minat Aisya terhadap lelaki itu. Walaupun Ilhan tidak tahu bahawa Aisya sedang meminati dirinya dalam diam.

Selepas sahaja melihat 'energy booster'nya, Aisya kembali ke dalam kelas.

"Amboi-amboi senyum sorang-sorang nampak kawan aku ni."

"Kau ni Zara, terkejut aku."

"Kau tu. Jalan masuk kelas senyum tersengih-sengih. Ni kalau ada katak kat depan kau pun, kau tak perasan." Perli Zara.

Zara. Rakan baik Aisya. 'Best friend forever' la katakan. Persahabatan mereka terjalin lebih kurang 8 tahun. Tiada rahsia antara mereka berdua. Termasuklah Ilhan Shah. Hanya Zara sahaja tahu yang Aisya meminati Ilhan. Jadi, kalau dah tengok kawan baiknya tersenyum-senyum dia tahulah sebab apa. Tak lain tak bukan, Ilhan Shah la jawabnya.

Aisya hanya mencebik mendengar perlian Zara. Dah biasa sangat dengar perlian sebegitu.

"Dah dapat ke energy booster kau tu?"

"Dah!"

"Tengok muka pun dah tahu. Mentang-mentanglah cikgu tak masuk sekarang ni. Kau gi sekodeng anak orang ye?" perli Zara lagi.

Aisya hanya ketawa mendengar perlian Zara. Mereka berdua pun bercerita tentang 'energy booster' Aisya sampailah cikgu masuk ke dalam kelas. Crush, crush juga. Fokus belajar pun penting juga.

Pulang sahaja dari sekolah, Aisya terus ke biliknya untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor.

Usai sahaja solat, Aisya ke dapur untuk makan tengahari. Perutnya berkeroncong meminta untuk diisi. Waktu sekolah tadi dia hanya makan roti dan minum air sahaja.

"Ibu!"

"Hish kamu ni. Terkejut ibu." kata Puan Yati sambil menepuk manja bahu Aisya. Aisya terkekek ketawa kerana dapat memeranjatkan ibunya.

"Ibu ni. Sakit tau bahu Aisya. Aisya bagitahu ayah nanti." ugut Aisya.

"Bagitahu lah. Ibu tak takut pun."

Aisya hanya ketawa. Ibunya pula sedang menyediakan lauk-pauk untuk makan tengahari. Waktu-waktu macam ini, anak daranya dan anak bujangnya akan kelaparan. Baru balik sekolah la katakan.

"Banyaknya ibu masak."

"Ni, sebelum kamu makan, ibu nak minta tolong."

"Tolong apa bu?" Soalnya.

"Tolong hantarkan makanan yang ibu bungkus ni dekat rumah Nek Mah."

"Alah ibu, suruh lah Faris."

"Takde, ibu suruh akak kan." celah Faris yang tiba-tiba muncul di dapur.

Aisya menjeling ke arah satu-satunya adik yang dia ada, Faris.

"Tak baik tau tolak permintaan ibu." kata ibunya.

"Ye lah. Tapi tunggu Aisya hantar makanan dekat rumah Nek Mah dulu baru kita makan sama-sama."

"Baik bos!" kata Puan Yati dan Faris serentak.

Tiba di rumah Nek Mah...

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam. Eh, Aisya masuklah."

Nek Mah membuka pintu setelah mendengar orang memberi salam lalu menjemput Aisya masuk ke dalam rumahnya.

"Takpelah Nek Mah, kat sini je dah cukup." balas Aisya dengan sopan.

"Nek Mah, ni ibu ada kirimkan lauk untuk Nek Mah dan cucu Nek Mah." Ujarnya lagi.

"Laa, buat susah-susah je ibu kamu ni. Selalu sangat bagi Nek Mah lauk."

Aisya menghulurkan lauk yang dibungkus oleh ibunya kepada Nek Mah.

"Terima Kasih ye Aisya. Kirim salam dekat ibu kamu ye."

"Baiklah Nek Mah. Saya balik dulu ye."

'Kirim salam dekat abang Ilhan sekali ye.' Ujar Aisya hanya di dalam hati sahaja. Mahu terkejut Nek Mah kalau dengar Aisya cakap macam tu terang-terangan.

Sebaik sahaja hantar lauk kepada Nek Mah, Aisya terus pulang ke rumahnya untuk makan. Perutnya sudah memanggil-manggil untuk diisi.
...........

Tq baca. Don't forget to vote and comment. Thanks ✨

Hanya Kamu ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang