25

2.5K 53 2
                                    

AISYA benar-benar terkejut dengan apa yang didengarinya dari mulut Ilhan.

"Dia tak jadi kahwin dengan Abang. Dia dah tinggalkan Abang." itu yang dikatakan oleh Ilhan kepada Aisya.

"Kenapa Kak Nur buat macam tu?"

"Dia nak sambung belajar dekat luar negara."

Aisya tercengang.

"Kak Nur tinggalkan majlis perkahwinan semata-mata untuk sambung belajar?"

Ilhan mengangguk dan menundukkan kepalanya.

Aisya mengeluh lalu berkata...

"Abang sabar ye? Aisya yakin Kak Nur mesti ada sebab kenapa dia buat macam tu. "

"Apa sebabnya Aisya? Kami saling mencintai. Kenapa dia perlu tinggalkan abang? 3 tahun dia dekat sana Aisya. Bagi Abang, 3 tahun tu sangat lama berbanding 2 minggu lagi majlis kami." ujar Ilhan penuh emosi.

"Kalau Abang cintakan Kak Nur, mesti Abang sanggup tunggu dia kan?"

Ilhan hanya berdiam dan Aisya juga turut berdiam diri. Melihat Aisya yang berdiam, Ilhan rasa sudah tiba masanya untuk dia memberitahu tentang hajatnya.

"Aisya."

Aisya memandang Ilhan.

"Kahwin dengan Abang."

"Ha?!" balas Aisya terkejut. Membulat matanya kerana tiba-tiba sahaja Ilhan mengajaknya untuk berkahwin.

"Tolong abang, Aisya. Abang merayu pada Aisya."

"Ke.. ken.. kenapa Abang nak kahwin dengan Aisya pula?"

Ilhan pun menceritakan alasannya yang sebenar untuk berkahwin dengan Aisya. Mendengarkan itu, Aisya tertawa sinis lalu berkata...

"Abang gila ke? Abang fikir Aisya ni apa? Aisya ada perasaan, Abang."

"Ya, abang tahu niat abang tu salah tapi abang janji lepas kita kahwin, abang akan jaga Aisya seeloknya sebagai isteri."

"Perkara kahwin tak boleh buat main, abang. Aisya tak nak berkahwin untuk bercerai."

"Abang tak cakap pun abang nak ceraikan Aisya."

"Memanglah. Tapi kita kahwin sebab nak tutup malu keluarga abang. Kita kahwin bukan sebab cinta. Sampai bila perjalanan rumahtangga kita nanti? And, what if suatu hari nanti, Kak Nur balik sini? Mesti Abang pergi dekat Kak Nur kan? Macam mana pula dengan Aisya?" ujar Aisya penuh emosi.

"Aisya, abang janji dengan Aisya yang abang akan jaga Aisya elok-elok. Abang akan cuba sayangkan Aisya sebagai isteri. Kalau Nur balik sini pun, dah terlambat. 3 tahun akan datang baru dia balik sini, dan masa tu mana tahukan kita dah bahagia ke, dah ada anak ke. Dan masatu takde sebab lagi untuk abang kembali pada Nur." terang Ilhan pula.

"Sayang dan cinta dua perkara berbeza, abang. Mungkin abang boleh sayangkan Aisya sebagai isteri abang, tapi boleh ke abang cintakan Aisya sebagaimana seorang suami cintakan isterinya? Sayang, semua kita boleh sayang tapi cinta, hanya orang tertentu saja, abang. Dan Aisya tak yakin yang Abang boleh ubah perasaan cinta tu kepada Aisya sebab Aisya tahu dalam hati abang hanya ada nama Kak Nur."

Ilhan terdiam.

"Macam ni lah abang. Aisya minta maaf, Aisya tak boleh terima Abang. Aisya tak nak kahwin dengan orang yang tak pernah cintakan Aisya. Aisya tak nak perasaan Aisya terluka." ujar Aisya.

"Aisya pernah dengar tak 'bercinta selepas kahwin'?" tanya Ilhan tiba-tiba.

"Apa maksud abang?"

"Kita boleh praktikkan benda tu selepas kita kahwin nanti. Abang akan cuba cintakan Aisya. Itu janji abang."

Aisya ketawa sinis.

"Abang yakin?"

"Ya, Abang ikhlas nak memperisterikan Aisya. Abang yakin semua yang terjadi ni pasti ada hikmahnya. Kenapa Allah gerakkan hati Abang untuk melamar Aisya jadi isteri abang, pasti ada sebabnya. Pasal Nur, Aisya jangan risau. Kalau betullah kami tiada jodoh, mesti abang akan lupakan dia juga akhirnya, tapi abang perlukan masa untuk semua ni. Abang harap Aisya bagi abang peluang tu."

Giliran Aisya pula terdiam. Dia pun keliru dengan perasaannya. Dia cintakan Ilhan dari dulu lagi dan perasaan itu tidak pernah berubah sehingga kini. Walaupun dia menidakkan perasaan itu di depan Zara, tetapi di dalam hatinya masih lagi tersimpan nama Ilhan Shah. Jauh dari sudut hatinya, dia ingin menerima lamaran itu tetapi bila terkenangkan Ilhan yang tidak mencintainya membuatkan dia ragu-ragu.

"Aisya fikirlah masak-masak dulu. Abang tak nak Aisya buat keputusan terburu-buru. Bincang dengan ibu dan ayah Aisya dulu. Bila Aisya dah buat keputusan, baru Aisya jumpa abang. Abang kat sini sampai lusa je. Jadi, abang harap Aisya dapat buat keputusan sebelum abang pulang ke KL nanti. Samaada keputusan Aisya terima atau menolak, Abang tetap hormati keputusan Aisya. Abang tak nak paksa Aisya." ujar Ilhan lagi. Dia tahu bahawa dia tidak boleh memaksa Aisya.

Aisya masih berdiam lagi.

"Abang balik dululah. Apa-apa Aisya call je abang." pamit Ilhan lalu menuju ke rumah Aisya untuk memanggil Opahnya.

Aisya pun menuju ke rumahnya dan melihat Nek Mah yang baru sahaja keluar dari rumahnya.

"Nek Mah balik dulu, Aisya." ramah Nek Mah.

Aisya mengangguk sambil tersenyum lalu menyalam tangan Nek Mah.

Ilhan dan Nek Mah pun pulang ke rumah mereka. Aisya hanya memandang kepergian mereka dari rumahnya. Macam-macam perasaan yang ada sekarang. Malas berfikir tentang itu, Aisya pun berpaling ke belakang untuk memasuki rumahnya. Alangkah terkejut Aisya kerana melihat ibu dan ayahnya berada di muka pintu rumahnya.

"Apa keputusan kamu?" kata Encik Yazid.

"Errr......"

---------
Agak² apa keputusan Aisya ye?

Hanya Kamu ©Where stories live. Discover now