33

2.6K 74 0
                                    

SITUASI di meja makan sangat senyap. Tiada yang bersuara sama ada Aisya mahupun Ilhan.

"Abang okay?" soal Aisya memulakan perbualannya.

Ilhan hanya menganggukkan kepalanya dan berkata...

"Okay..."

Aisya berasa pelik dengan sikap Ilhan sejak dia pulang dari kerja. Selalunya Ilhan mesti akan berbual dengannya.

"Betul ni abang okay?" soal Aisya lagi mahukan kepastian.

Ilhan mendongakkan kepalanya memandang Aisya dengan wajah yang serius.

"Kan abang cakap abang okay. Tak dengar ke?" kata Ilhan dengan suara yang sedikit tinggi.

Aisya diam tertunduk sambil menguis nasinya. Terkilan kerana Ilhan berkata begitu. Ilhan yang tersedar akan perbuatannya berasa serba salah.

"Aisya, abang minta maaf. Abang...."

"Takpe, Aisya faham. Abang mesti penat kan." pintas Aisya lalu dia menuju ke sinki untuk membasuh tangan. Tiada selera. Setelah membasuh tangan, Aisya terus berlalu mahu naik ke bilik. Sewaktu berlalu ke meja makan, Aisya terasa ada tangan menahan tangannya. Ilhan sedang memegang tangan Aisya.

"Aisya. Abang minta maaf." ujar Ilhan dengan nada kesal.

"Abang makanlah dulu. Nanti habis makan beritahu Aisya. Nanti Aisya kemas." katanya lalu menuju ke tingkat atas. Aisya berasa terkilan dengan sikap Ilhan pada hari ini. Suaminya itu tidak pernah meninggikan suaranya sebelum ini.

🕊🕊🕊

Pada malam itu, Aisya sedang menonton televisyen. Ilhan pula berada di bilik kerjanya. Selepas solat Isyak, Ilhan terus ke bilik kerjanya untuk menanda buku murid-muridnya. Dari petang tadi, Aisya tidak menegur Ilhan. Ilhan menjadi serba salah. Waktu solat pun tadi mereka tidak berjemaah kerana Aisya menunaikan solat terlebih dahulu. Benar-benar terkilan Aisya akan dirinya.

Dengan rasa serba salah, Ilhan menutup buku murid yang ditandanya lalu turun ke bawah mencari Aisya. Ilhan melihat Aisya berada di sofa sambil menonton televisyen. Lalu Ilhan pun terus menuju ke arah isterinya dan melabuhkan punggungnya di sebelah Aisya. Aisya hanya diam. Tidak bersuara. Mogok.

Ilhan memandang Aisya di sebelahnya yang sedang fokus menonton televisyen.

"Aisya marah abang ke?" Ilhan memulakan perbualan.

Aisya hanya diam. Buat Ilhan seperti tidak wujud. Ilhan mengeluh. Lalu remote tv di atas meja dicapainya lalu dia menekan butang off.

Aisya terkejut.

"Kenapa tutup? Aisya nak tengok tv lah." Aisya akhirnya bersuara.

"Abang cakap dengan Aisya, tapi Aisya tak layan. Tu yang abang tutup." jelas Ilhan masih memandang isterinya.

Aisya menjeling suaminya.

"Nak cakap apa?" Soal Aisya dengan berat hati.

"Aisya marah abang ke?"

"Tak."

"Sure?"

"Hmm..." gumam Aisya malas mahu bercakap dengan suaminya.

"Abang serius ni Aisya. Aisya marah abang kan?" soal Ilhan lagi.

Aisya pandang Ilhan.

"Ye... Aisya marah. Kenapa?" luah Aisya.

"Abang minta maaf pasal siang tadi."

Aisya hanya menjeling.

"Sorry.. Abang tak ada niat pun nak marah Aisya. Abang just... serabut masa tu." terang Ilhan lagi.

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang