19

2.2K 69 1
                                        

SETELAH beberapa jam memandu, Ilhan pun sampai kerumahnya. Ilhan mengangkat barang-barangnya masuk kedalam biliknya.

"An rehatlah dulu. Barang tu nantilah kemas." kata Puan Aznah.

"Ye umi."

"Nanti turun makan tau."

"Okay umi."

Ilhan menuju ke biliknya untuk berehat. Ilhan baring di atas katilnya sambil membelek telefon bimbitnya. Dia membuka whatsapp dan melihat nama Aisya yang tertera lantas membuka conversation tersebut.

Aisya

Assalamualaikum Abang.

Sorry semalam Aisya tak sempat nak bagi baju nikah abang.

Harini Aisya ada meeting mengejut dengan client. So, Aisya suruh Faris bagikan pada abang.

Harap abang dah terima lah baju tu.

Aisya nak minta maaf selama abang ada dekat kampung ni Aisya ada buat salah pada abang terlebih terkurang ke. Maafkan Aisya ye. Aisya happy dapat kenal dengan abang 😁

Ouh ye lagi satu. Aisya doakan abang bahagia dengan yang tersayang. Nak kahwin kan tak lama lagi. Hehehe. Congratulations on your wedding in advance!

Tu je kot nak cakap. Okay la. Jangan lupakan Aisya. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi. Bye.

Ilhan tersenyum melihat mesej yang dihantar oleh Aisya lalu membalas...

Terima kasih Aisya. Abang doakan Aisya jumpa the real one suatu hari nanti. Abg doakan juga Aisya bahagia di samping family Aisya dan juga kawan-kawan. InsyaAllah nanti kita jumpa. Btw, tq for baju nikah tu. Cantik. Nanti abg bank in duit pada Aisya. 🤗

Ok abang 👌

Aisya membalas kerana dia sedang online pada waktu itu.

Ilhan hanya memberikan bluetick kerana dia sudah mengantuk. Dia meletakkan telefon bimbitnya dan tidur. 💤💤

Pada malam itu, Ilhan serta ibu bapanya berbual-bual.

"Macam mana persiapan kahwin An?" tanya Puan Aznah kepada anaknya, Ilhan.

"Nanti An akan bincang dengan Nur. Umi jangan risau ye."

"Umi kamu tu tak sabar nak dapat menantu." ujar Encik Azli pula.

Ilhan dan Encik Azli ketawa.

"Ye lah bang.. Saya sorang je yang excited nak dapat menantu." perli Puan Aznah sambil menjeling ke arah suaminya.

Encik Azli hanya ketawa.

"Nanti persiapan semua tu An akan bincang dengan Nur terlebih dahulu. Untuk baju nikah, An dah tempah dah cuma baju untuk majlis resepsi je belum lagi."

"Kamu tempah baju nikah dekat mana?" tanya Puan Aznah lagi.

"An tempah dekat pekan kampung Opah."

Puan Aznah kelihatan terkejut.

"Nur tahu tak?"

Ilhan menggeleng dah berkata...

"An nak buat suprise dekat Nur."

Puan Aznah mengangguk.

"Umi nak tengok baju nikah tu."

"Kejap, An ambilkan." kata Ilhan lalu naik ke biliknya untuk mengambil baju nikah tersebut.

Beberapa minit kemudian Ilhan turun bersama sebuah beg kertas.

"Ni, umi dengan abah tengok la." kata Ilhan sambil menghulurkan beg kertas itu.

Umi dan abahnya mengambil huluran tersebut dan melihat baju nikah tersebut.

"Wah, cantiknya An. Siapa yang buat baju ni?" ujar uminya.

"Yang buat baju ni anak jiran Opah. Dia ada butik. Laila pun kerja dekat butik dia. Jadi, Ilhan tempah lah baju nikah ni dekat butik dia."

"Cantik kan bang?" ujar Puan Aznah teruja melihat baju nikah anaknya dan bakal menantunya itu.

Encik Azli mengangguk tanda mengiakan apa yang dikatakan oleh isterinya.

"Tapi, Umi dengan Abah jangan beritahu Nur. An nak buat suprise dekat Nur."

Mereka mengangguk tanda setuju.

💕💕💕

Ilhan dan Nur berjumpa di sebuah cafe. Mereka ingin berbincang tentang persiapan perkahwinan mereka.

"So, harini kita nak beli apa je dulu?" tanya Ilhan memulakan perbualan.

"Kita tempah baju nikah dan baju bersanding lah dulu. Nanti minggu depan baru kita beli barang hantaran." cadang Nur.

Ilhan mengangguk.

"Kita tempah baju bersanding je lah." kata Ilhan lagi.

"Kenapa?"

"Sebab saya dah tempah baju nikah untuk kita."

"Bila awak tempah?"

"Masa saya mengajar dekat kampung Opah haritu. Saya nak buat suprise dekat awak. Tapi baju tu cantik. Awak mesti suka. Kalau awak pakai confirm cantik." terang Ilhan lagi.

"Okaylah. Rasa tak sabar pula nak tengok baju nikah tu." balas Nur dengan nada teruja.

"Nanti balik ni saya bagi pada awak."

Nur mengangguk dan tersenyum. Dia sangat bahagia tidak lama lagi dia akan berkahwin dengan seorang lelaki yang dicintainya. Tetapi ada sesuatu benda yang menganggu fikirannya. Dia mahu memberitahu Ilhan, tetapi masa tidak mengizinkan kerana mereka sedang menyiapkan persiapan perkahwinan mereka. Dia benar-benar buntu sekarang ini. Melihat wajah Ilhan dan ahli keluarganya yang sangat gembira tentang perkahwinan ini, membuatkan dia tidak sampai hati untuk memberitahu Ilhan mahupun keluarganya.

.........
Harini Sya update 3 bab.. Tq pada siapa yang baca. Sya nak minta maaf kalau ayat dalam story Sya ni ada yang tak betul ke apa ke. Sya pun masih baru dalam bidang menulis ni. InsyaAllah Sya akan perbetulkan dari masa ke semasa. Tq again. Nah 🌹



Hanya Kamu ©Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang