"Hanya kamu mampu buat ku terlena"
AISYA berasa lega kerana kerja-kerjanya sudah selesai. Dalam bulan ini sahaja, banyak tempahan yang masuk. Nasib baiklah dia mempunyai pekerja yang sangat membantu dan sanggup untuk overtime walaupun hari cuti. Sekarang ini semua tempahan telahpun siap dan sudah diambil oleh pelanggannya. Aisya dan Zara juga membuat keputusan menutup butik mereka selama 3 hari untuk merehatkan diri.
Aisya kini berada di dalam biliknya sambil berehat. Ibu ayahnya serta Faris berada di kedai makan. Adiknya, Faris kini telah menjadi pengurus di dalam perniagaan kedai makan ibu bapa mereka dalam usia yang muda. Faris tidak berminat untuk sambung belajar. Jadinya, selepas sahaja tamat SPM, Faris terus menolong ibu bapanya. Dia berminat untuk berniaga. Aisya juga ada menolong adiknya menguruskan perniagaan tersebut. Kini, perniagaan mereka bertambah maju.
Dalam leka bermain telefon bimbitnya, Aisya terdengar suara orang memberi salam.
"Assalamualaikum."
"Siapa pula yang datang ni?" bicara Aisya sendirian.
"Kejap." sahut Aisya lalu memakai tudung sarungnya untuk melihat siapa yang datang.
Aisya membuka pintu rumahnya dan menjawab...
"Waalaikumsalam."
Alangkah terkejut apabila melihat muka Laila dan Ilhan berada di hadapan pintu rumahnya.
"Eh, Laila buat apa dekat sini?"
Laila tersenyum lalu berkata...
"Laila nak ajak akak pusing satu kampung. Nak tak?"
Aisya tergamam. 'Pusing satu kampung dengan diorang. Dengan Ilhan?' desis hati Aisya. Kalau dengan Laila tak mengapa lagi. Ni dengan Ilhan. Segan lah dia.
"Aaa...errr...Kenapa Laila ajak akak?"
"Saja.. Lagipun akak tak buat apa pun kan? Boleh release tension. Jomlah." ajak Laila lagi. Ilhan disebelah Laila hanya diam sahaja. Aisya juga sempat melihat reaksi Ilhan. No reaction!
Seperti tahu yang Aisya agak keberatan, lalu Ilhan bersuara...
"Jom lah.. The more the merrier." ujar Ilhan sambil tersenyum. Mungkin Aisya tidak selesa dengan dia. Sejak hari pertama dia berjumpa dengan Aisya, Ilhan perasan yang Aisya seperti tidak selesa dengannya. Laila juga pernah memberitahunya bahawa Aisya susah sikit untuk rapat dengan mana-mana lelaki. Mungkin itu sebab kenapa Aisya nampak seperti keberatan untuk mengikut kerana ada Ilhan. Ilhan kan lelaki.
Setelah beberapa saat berfikir, akhirnya Aisya membuat keputusan.
"Okay lah. Akak ikut. Akak pergi tukar baju kejap."
Laila dan Ilhan menganggukkan kepala mereka serentak.
Aisya menelefon ayahnya untuk meminta izin untuk keluar dengan Laila. Setelah bersiap, Aisya pun keluar dan mengunci pintu rumahnya.
"Jom."
"Kita jalan kaki je tau. Baru best sikit ambil angin kampung waktu-waktu macam ni." ujar Laila.
Aisya dan Ilhan mengangguk. Mereka pun berjalan-jalan di kampung. Kebanyakan Laila yang banyak bercakap. Aisya pula bercakap bila perlu sahaja.
Sampai sahaja di padang, mereka mengambil keputusan untuk berehat sebentar sebelum menyambung aktiviti mereka. Mereka duduk di pangkin yang tersedia di situ.
"Abang An dengan Kak Aisya duduk sini kejap. Laila nak beli air. Akak dengan Abang An nak apa-apa tak?" tanya Laila.
Kedua-duanya menggeleng. Laila pun pergi ke kedai runcit tersebut.
![](https://img.wattpad.com/cover/233250351-288-k586543.jpg)
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...