SUDAH pelbagai cara Ilhan memujuk isterinya tetapi masih sama. Aisya masih lagi dingin dengannya. Mujur sekarang ini cuti panjang bagi cuti persekolahan, dapat lah dia berada di kampung lebih lama. Ilhan mencari kelibat isterinya. Ibu dan ayah mertuanya serta adik iparnya, Faris berada di restoran milik mereka.
Ilhan baru sahaja pulang dari rumah Nek Mah dan Nek Mah ada membekalkan kuih buat isterinya. Dia mencari di dapur tetapi tiada, lalu Ilhan menuju ke dapur. Sampai sahaja di dapur, Ilhan melihat isterinya sedang terbongkok-bongkok di depan sinki. Ilhan terus menuju ke arah isterinya. Dia melihat Aisya sedang termuntah-muntah. Dengan wajah yang risau, Ilhan mengusap belakang isterinya bagi memudahkan isterinya.
Setelah beberapa minit muntah, Aisya membasuh mulutnya. Ilhan pula mengambil air suam dan menghulurkan kepada isterinya. Aisya mengambil dan minum. Tekaknya berasa perit sekali."Aisya okay tak ni? Kenapa sampai muntah-muntah ni? Kita pergi klinik lah macam ni. Abang risau." gusar Ilhan.
Aisya hanya menggelengkan kepalanya.
"Aisya jangan macam ni. Abang risau lah. Muka Aisya pun pucat ni. Ibu pun selalu beritahu abang yang Aisya selalu muntah-muntah." sambung Ilhan lagi dengan nada yang risau.
Aisya menggeleng lagi.
"Tak nak lah. Lepas minum air ni saya okay lah." dalih Aisya.
"Tapi kalau pergi klinik kan lagi bagus. Mana tahu Aisya demam ke?" pujuk Ilhan.
"Saya tak nak, tak nak lah. Tak payah nak paksa boleh tak?" marah Aisya.
"Okay okay. Tapi kalau abang nampak Aisya muntah lagi sekali, kita pergi klinik." bicara Ilhan dengann tegas.
"Whatever lah." ujar Aisya malas mahu melayan suaminya. Dia ingin berlalu tetapi matanya terpandang kuih di dalam bekas. Matanya kembali bersinar. Kuih kegemarannya. Tanpa kata, Aisya duduk di atas kerusi dan terus mengambil kuih tersebut lalu memakannya. Aisya makan dengan penuh perasaan tanpa menghiraukan suaminya. Ilhan mendekati isterinya lalu duduk berhadapan dengan Aisya. Tersenyum dia melihat isterinya makan. Selera benar. Hilang kerisauannya melihat Aisya termuntah tadi.
"Opah yang buat tadi. Ni kan kuih favourite Aisya. Aisya makan lah. Memang opah buat untuk Aisya. Special katanya." ujar Ilhan.
Aisya hanya tersenyum lalu sambung makan. Tidak mahu menganggu Aisya, Ilhan ingin menuju ke bilik untuk menunaikan solat Asar. Baru saja dia ingin bangun, Aisya berkata...
"Terima kasih." ucap Aisya lalu sambung makan kuih.
"Sama-sama kasih, sayang." balas Ilhan tersenyum. Pelik juga dia dengan sikap Aisya. Tadi garang, tapi bila dapat kuih kegemarannya, mood isterinya bertukar menjadi girang. Aisya pula tidak membalas kerana khusyuk makann kuih. Pembawakan budak lah tu, mood bertukar-tukar. Bisik hati author hehe...
🌼🌼🌼
Sudah dijangkakan, sikap Aisya kembali dingin. Petang tadi, isterinya nampak happy walaupun sekejap. Tetapi malam ini, Aisya kembali menjadi dingin.
Ilhan masuk ke dalam bilik. Dia melihat isterinya yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya. Aisya tidak menyedari kedatangan suaminya kerana leka melihat gambar-gambar bayi. Sejak mengandung, Aisya suka melihat gambar bayi-bayi yang comel. Ilhan seperti ingin bermanja dengan isterinya. Bukan selalu, mana tahu hati Aisya lembut sedikit. Ilhan pun berbaring di sebelah Aisya lalu memeluk tubuh kecil isterinya. Aisya yg terkejut terus menepuk tangan suaminya yang sedang melingkari di pinggangnya.
"Tolong ketepikan tangan awak tu." kata Aisya sambil cuba melepaskan tangan suaminya di pinggangnya.
"Tak nak. Abang nak peluk Aisya. Abang rindukan sayang." balas Ilhan.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomantikAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...