14

2.1K 70 1
                                    

"Hanya kamu selamanya..."

"SERIOUS LAH?" tanya Zara dengan riak terkejut.

Aisya pula mengangguk. Aisya menceritakan kepada Zara bahawa Laila dan Ilhan mengajaknya pusing-pusing satu kampung bersamanya. Mereka berbual-bual. Semuanya diceritakan oleh Aisya termasuklah Ilhan meminta nombor telefonnya.

"Kau biar betul weh?" tanua Zara lagi.

"Kalau kau tak percaya pergi tanya Laila." ujar Aisya tenang.

Zara diam dan bertanya...

"Ilhan ada contact kau tak?"

Aisya pula terdiam sambil menggelengkan kepalanya.

"Takde.."

"Tapi kan kenapa dia suruh panggil kau abang?" tanya Zara lagi.

Aisya hanya menjungkit bahunya tanda tidak tahu.

"So, kau panggil dia 'abang Ilhan' la?"

Aisya mengangguk.

Zara pula tergelak tetapi ketawanya mati apabila mengingatkan sesuatu.

"Tapi dia kan dah bertunang?"

"Kan.." jawab Aisya.

"Kejap.. Baru semalam dia post gambar dia dengan tunang dia dekat ig dia. Aku tunjukkan dekat kau."

"Ada eh?"

"Ada semalam. Aku cari jap." Zara pun mencari nama Ilhan di instagram.

"Haa ni." Zara menghulurkan telefon bimbitnya kepada Aisya.

* contoh gambar ilhan dan nur*

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

* contoh gambar ilhan dan nur*

ilhanshah Still countings 💍💕

____________________________________

hxrizz_ Can't wait for your wedding bro!
nur.rrr 🌹💖💍👰
iermaa Soon @nur.rrr @ilhanshah🤗
lailerr_ taksabarnyaa

Aisya hanya memandang gambar tersebut sambil membaca antara komen-komen yang baik di instagram itu. Kebanyakannya mendoakan yang terbaik buat mereka.

Zara melihat reaksi rakan baiknya itu. Aisya kelihatan muram.

"Aku bukan nak buat kau sedih. Cuma aku nak ingatkan kau. Ilhan tu dah bertunang. Aku tak nak lah kau terlalu berharap pada dia."

"Aku anggap dia sebagai abang je lah. Aku tak berharap pun."

"Aku dah lama kenal kau. Persahabatan kita ni dah nak masuk 15 tahun tau. Mulut cakap lain, tapi hati kau? Tak banyak pun sikit mesti ada kan rasa suka tu?"

"Kan aku dah kata yang aku dah lama move on dari dia?" ujar Aisya pertahankan dirinya.

"Are you sure?" tanya Zara sambil merenung mata Aisya. Aisya pula mengalihkan pandangannya dari Zara.

"Kau tak pandai menipu Aisya."

Aisya menunduk. Ye, dia memang tak pandai menipu. Salah ke kalau dia masih berharap pada Ilhan? Apa yang diperkatakan oleh Zara memang betul. Ilhan dah bertunang. Dia je yang terlalu berharap. Aisya mengeluh.

"Why not kau bagi peluang dekat Akram. Daripada kau berharap pada tunang orang, better kau bagi peluang dekat Akram. Dia tu dah lama sukakan kau."

Aisya mengeluh lagi. 'Tak habis-habis pasal Akram.'

"Aku dengan dia kawan je lah."

Giliran Zara pula mengeluh.

"Macam ni lah. Bagi aku, lebih baik kau pilih orang yang sayang dan cintakan kau daripada pilih orang yang kau sayang sebab tak semestinya orang yang kau sayang dan cinta tu ada perasaan tu pada kau balik."

"Kalau macam tu. Kau pergi lah dekat Akram tu." ujar Aisya malas.

"Hish kau ni. Malas la aku cakap dengan kau. Membazir air liur aku je membebel." berkerut dahi Zara sebal dengan sikap Aisya acuh tidak acuh.

"Ye, aku hargai apa yang kau cakap tadi tu. Semua advice kau tu semuanya betul. Kau jangan risau ye, aku akan cuba hilangkan perasaan tu." ujar Aisya senyum.

"Aku cakap bukan sebab aku cemburu ke apa ke. Aku nasihat kau sebab aku sayang kau. Aku tak nak tengok kau sedih." ujar Zara bergenang air matanya. Dia memang sayangkan persahabatan mereka. Gembira Aisya, gembiralah dia. Sedih Aisya, sedihlah dia. Begitu juga Aisya. Dia sangat beruntung mempunyai rakan baik seperti Zara.

"Ye aku tahu kau sayang dekat aku. Aku pun sayang kau. Tapi pasal Akram tu aku tak nak lah kau cakap lagi. Cukup aku anggap dia sebagai kawan itu je. Kalau ada jodoh tu adalah." ujar Aisya sebak.

Mereka pun berpelukan. Bagi Aisya, Zara memang banyak menasihatinya. Zara juga banyak memyedarkan dia jika dia terlalu berharap pada Ilhan. Zara satu-satunya rakan baik yang dia ada. Thanks Zara.
......
Rajin update pagi ni. Hehehe. Btw untung Aisya dapat bff macam Zara kan. Tq for reading this story. Nah 🌹Don't forget to voting my story too. Thanks ✨

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang