HARIZ memandang rakan baiknya, Ilhan. Ilhan hanya termenung memandang telefon bimbitnya.
"Sampai bila kau nak tenung phone tu? Sampai phone tu pecah ke?" tanya Hariz kepada Ilhan.
Ilhan hanya menjeling lalu mengeluh.
"A.. Aku tak tahu nak cari dia kat mana dah Hariz. Hari-hari aku call, tapi Aisya tak angkat." balas Ilhan dengan wajah yang muram.
Hariz turut bersimpati dengan apa yang terjadi dengan rakan baiknya itu.
"Sabarlah An, bagi masa dekat Aisya. Dia perlukan ruang."
"Sampai bila? Aku cuma nak tahu dia dekat mana je. Selagi aku tak tahu, selagi tu lah hati aku ni tak tenang, Riz." ujar Ilhan.
"Kau dah try call family dia? Kawan dia ke?"
"Aku ada call Zara, tapi dia pun tak tahu Aisya dekat mana. Last-last aku yang kena bebel."
Hariz hanya tersengih.
"Memang padan pun." ujar Hariz perlahan.
"Apa kau cakap?" tanya Ilhan.
"Ha? Takde. Aku cakap, patutlah sampai sekarang kau tak jumpa Aisya lagi." cover Hariz. Tahu takut..
"Macam ni la An, kau doa banyak-banyak. Aku yakin Aisya selamat. Dia tengah tenangkan diri dia je tu. Family dia, kau tak call? Mana tahu diorang tahu Aisya dekat mana?"
"Buat masa sekarang ni aku tak beritahu apa-apa lagi dekat family kitorang. Aku taknak masalah bertambah rumit."
Hariz hanya mengangguk.
"Kau sabar je lah. InsyaAllah kita akan tahu juga mana Aisya." ujar Hariz mengusap bahu Ilhan.
...
"Assalamualaikum. Ibu.. Ayah.. Aisya balik ni.."
"Waalaikumsalam. Aisya. Ya Allah, anak ibu." ujar Puan Yati lalu memeluk anaknya.
"Kenapa tak call dulu nak balik sini? Terkejut ibu."
"Saja.. Aisya nak buat suprise dekat semua."
Puan Yati hanya tersenyum.
"Mana ayah dengan Faris, ibu?" tanya Aisya.
"Diorang dekat restoran."
"Ouh." ujar Aisya.
"Eh jap, Aisya balik sorang je ke? Ilhan mana? Dia tak balik skali?" tanya Puan Yati.
"Ermmmm.."
"Aisya.. Kenapa ni?"
"Tak ada lah, bu.. Jom kita masuk. Aisya lama tak makan masakan ibu."
Ujar Aisya lalu memegang tangan ibunya untuk masuk ke dalam rumah.Puan Yati pula berasa ada sesuatu yang berlaku di dalam rumahtangga anaknya. Naluri seorang ibu kan.
❤❤❤
Selepas sahaja makan malam, Aisya dan ibu ayahnya berada di ruang tamu.
"Kenapa Aisya balik sorang? Ilhan mana?" tanya Encik Yazid.
Aisya hanya diam menunduk.
"Aisya, ayah tanya tu." ujar Pn Yati pula.
"Ermm..."
"Korang ada masalah ke?" En Yazid bertanya.
"Ka... Kami bergaduh." jawab Aisya yg masih menunduk bermain dengan jari-jemarinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...