04

2.4K 82 0
                                    

"Dirimu satu dalam sejuta"

SETELAH mendapat keizinan dari ayahnya, Aisya pergi ke rumah Zara untuk belajar. Di rumah Zara, mereka menyiapkan kerja sekolah yang telah diberi oleh guru-gurunya semasa cuti persekolahan. Setelah menyiapkan kerja sekolah, mereka berbual-bual.

"Weh Aisya, kau nak tahu satu cerita tak?"

"Cerita apa?"

"Pasal Ilhan."

"Kenapa dengan dia?"

"Tadi, ayah aku jumpa ayah Ilhan. Rupa-rupanya ayah Ilhan tu kawan sekolah ayah aku dulu. So, ayah Ilhan cerita lah yang dia nak bawak Ilhan balik KL lepas je Ilhan tu habis SPM. "

Aisya dengan riak terkejutnya bertanya..

"Betul ke kau ni. Kau tak tipu kan?"

"Buat apa aku nak tipu kau. Betullah. Ayah aku yang cerita. Takkan ayah aku nak tipu pula."

Aisya hanya berdiam sahaja sambil memikirkan tentang Ilhan.

'Dia nak pindah. Lagi 5 bulan je dia dekat sini. Lepastu aku tak boleh tengok dia lagi dah. Hmmm'

"Woi, panjang termenung. Kau fikir apa?"

"Tak de apalah."

"Ye ke? Ke kau risau pasal Ilhan." provok Zara sambil tersengih.

Aisya tertawa kecil.

"Takde masa la aku nak risau pasal dia. Kalau dia nak pindah aku boleh buat apa je. Biar je lah dia pindah pun."

"Eleh, dah kecewa tu mengaku je lah."

"Manaada la.. Lambat lagi nak kecewa. Dah la aku nak balik. Nanti risau pula ibu aku." bidas Aisya.

"Hmm yelah."

Setelah bercerita tentang Ilhan, Aisya mengemas buku-bukunya dan selepas itu dia bersalaman dengan Zara dan ibu rakan baiknya itu sebelum pamit diri untuk pulang ke rumah.

Apabila sampai di rumah, Aisya terdengar namanya dipanggil. Lalu, dia pun pusing ke belakang untuk mencari siapa yang memanggil dirinya. Aisya melihat Nek Mah sedang melambai tangan memanggil namanya. Aisya terus berjalan ke arah rumah Nek Mah.

"Ye, kenapa Nek Mah panggil Aisya?" tanya Aisya sesudah sampai di halaman rumah Nek Mah.

"Kejap ye. Ilhan! An! Ooo An!" laung Nek Mah memanggil cucunya, Ilhan.

"Kejap. Kenapa Opah?" sahut Ilhan dari dalam rumah.

"Tolong ambilkan bekas makanan yang Opah letak lauk tadi. Ada atas meja makan. Tolong ambilkan."

"Baik Opah."

Tak sampai 5 minit, Ilhan keluar sambil membawa bekas makanan yang diminta oleh Opahnya. Lalu dia menghulurkan bekas tersebut kepada Opahnya. Selepas sahaja opahnya menyambut huluran tersebut, Ilhan terus masuk kedalam rumah tanpa memandang Aisya sedikitpun. Malu kut. Husnuzon.

"Maafkan Ilhan ye Aisya. Dia memang macam tu. Pemalu sikit dengan perempuan."

Aisya hanya tersenyum.

'Pemalu konon. Ceh, pandang aku pun tak. Takpelah husnuzon je la.' desis Aisya di dalam hatinya.

"Aisya?"

Aisya tersedar dari lamunannya.

"Err ye Nek Mah?" jawab Aisya gugup. 'Kantoi kau mengelamun Aisya.'

"Ni, Nek Mah nak bagi bekas makanan yang kamu bagi haritu. Ada lauk dalam tu sekali. Nanti kamu makan lah dengan keluarga kamu."

"Buat susah-susah je Nek Mah ni." ujar Aisya sambil mengambil bekas tersebut dari Nek Mah.

"Takde susah mana lah. Lauk-pauk ni anak menantu Nek Mah yang masak. Mak ayah Ilhan balik sini, sekarang kan waktu cuti sekolah. Mereka balik sini 2 hari lepas. Baru je balik KL tengahari tadi. Lauk ni umi An yang masak. Ada lebih, daripada membazir alang-alang tu Nek Mah bagi lah pada kamu sekeluarga."

"Terima kasih Nek Mah."

"Sama-sama." balas Nek Mah.

"Ermmm Nek Mah, Aisya nak tanya satu soalan boleh?" tanya Aisya kepada Nek Mah.

"Tanyalah."

"Betul ke Ilhan nak pindah KL lepas dia habis SPM?"

"Mana Aisya tahu?"

"Ouh errr ni, Aisya tahu dari kawan Aisya. Maaflah kalau Aisya menyibuk pula pasal Nek Mah sekeluarga." kata Aisya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Eh, takdelah. Nek Mah tak cakap pun macam tu. Betul lah apa yang Aisya dengar tu. Lagipun nanti anak bongsu Nek Mah yang jaga Nek Mah pula. Dia dapat kerja dekat sini. Jadi, Ilhan pula lepas SPM nanti dia nak sambung belajar senang lah dekat KL tu."

Aisya hanya menganggukkan kepalanya.

"Okaylah Nek Mah. Aisya balik dulu. Nanti ibu cari pula. Terima kasih sekali lagi untuk lauk ni."

Setelah menyalam Nek Mah, Aisya pun terus pulang ke rumahnya.

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang