AISYA kini berada di Mall. Dia perlu tenangkan fikirannya. Semalam dia makan seorang diri. Ilhan pula, dia tidak pasti pulang ke rumah pukul berapa kerana selepas menunaikan solat Isyak, Aisya terus masuk tidur kerana kepalanya pening. Pening memikirkan tentang suaminya, Ilhan Shah. Ilhan pun tiada tanda-tanda untuk membuka cerita tentang Nur kepadanya.
Sedang dia mengelamun, dia terlanggar seseorang.
"Sorry, sorry... Saya tak perasan." Aisya meminta maaf sambil mengutip barang-barang yang telah terjatuh.
"It's okay... Salah saya juga sebab rushing." ujar seseorang yang telah dilanggarnya.
Aisya mendongakkan kepalanya dan zupp!!
Aisya terkejut dan pada masa yang sama orang yang dilanggarnya juga turut terkejut.
"Aisya! Kak Nur!" kata mereka secara serentak.
"Awak isteri Ilhan kan?" soal Nur.
Aisya teragak-agak mahu mengangguk.
"Ya" jawab Aisya.
"Awak kenal saya siapa?" soal Nur lagi.
Aisya mengangguk perlahan.
"Baguslah. Saya ada benda nak bincang dengan awak." ujar Nur tepat memandang Aisya. Dia perlu berterus-terang dengan Aisya. Dia mahukan haknya kembali.
Aisya merenung wajah wanita itu. Wanita yang menjadi cinta pertama suaminya, Nur.
🍁🍁🍁
Aisya dan Nur duduk berhadapan. Suasana antara mereka sangat senyap.
"Awak bahagia dengan Ilhan?" soal Nur memulakan perbualan.
Aisya tersentak kerana dari tadi dia mengelamun.
"Ap.. Apa akak cakap tadi? Sorry, Aisya mengelamun tadi."
"Awak bahagia dengan Ilhan?" ulang Nur.
Aisya tersenyum lalu menjawab...
"Alhamdulillah. Aisya bahagia."
Nur mengangguk.
"Tapi awak tahu kan saya tunang Ilhan?"
Aisya diam.
"Sorry, I mean bekas tunang Ilhan." Nur membetulkan ayatnya.
Aisya mengangguk perlahan."Tapi untuk pengetahuan awak, Ilhan masih sayang dan cintakan saya. Kami dah kembali seperti dulu." terang Nur. Dia mahu Aisya tahu hubungannya dengan Ilhan.
Aisya terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Nur. Dia sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya.
Aisya cuba mengukirkan senyuman dan menunduk.
"Saya nak minta maaf sebab libatkan awak dengan masalah ni. Kalau saya tak tinggalkan majlis tu, mesti semua ni takkan terjadi dan awak takkan berkahwin dengan An. Saya betul-betul menyesal. And that's why i'm back. Saya balik sini sebab nak Ilhan semula. Tapi saya tak sangka yang dia dah berkahwin. But it's okay, Ilhan cakap dekat saya yang korang berdua kahwin sebab nak tutup malu family dia saja. Bukan sebab cinta. Kan?" terangnya lagi.
Aisya mengenggam tangannya. Mulutnya seperti berkunci tidak betah untuk berkata-kata.
'Jadi, Ilhan memang tak cintakan aku? Dia anggap perkahwinan ni hanya untuk menutup malu keluarga dia. Sampai hati abang. Aisya kecewa.' kesal hati Aisya kerana bertepuk sebelah tangan.
"Saya tahu awak orang yang baik, Aisya. Saya harap awak dapat tunaikan permintaan saya." pinta Nur.
Aisya memandang Nur dengan pelik.
"Permintaan?" soal Aisya.
Nur mengangguk dan berkata...
"Saya minta awak tolong pulangkan Ilhan pada saya."
Aisya berasa sangat terluka dengan permintaan Nur. Bagaimana dia mahu tunaikan permintaan wanita itu bila hati dia masih sayang dan cintakan suaminya. Lelaki yang dia puja dari dulu lagi. Mampukah dia?
🍂🍂🍂
Aisya kini berada di rumahnya. Kepalanya sangat sakit apabila memikirkan kembali pertemuannya dengan Nur sebentar tadi. Nur mahukan Ilhan. Dan dia pasti Ilhan juga mahukan itu cuma lelaki itu tidak berterus-terang dengannya.
*throwback*
"Aisya, say something please?" pinta Nur setelah melihat Aisya hanya berdiam diri.
Satu saat.
Dua saat.
Tiga saat.Aisya mengeluh dan dia berkata...
"Aisya tak janji untuk tunaikan permintaan akak." balas Aisya.
"But why?" soal Nur.
"Abang Ilhan suami Aisya, kak. Mana mungkin seorang isteri lepaskan suaminya pada perempuan lain. Aisya ada perasaan." jawab Aisya.
"Saya tunang dia, Aisya. Sepatutnya saya yang kahwin dengan Ilhan, bukan awak." ujar Nur sedikit bengang.
"Ye, Aisya tahu. Tapi semua yang jadi punca dari akak juga." balas Aisya.
"Yes I know. Saya mengaku semua ni salah saya. Tapi saya dah menyesal. Saya nak Ilhan semula. Saya nak tebus kesalahan yang saya dah buat. Ilhan tak cintakan awak, Aisya. Ilhan sendiri yang cakap dengan saya yang dia anggap awak sebagai adik saja. Sampai bila awak nak seksa diri awak dengan perkahwinan ni? Awak kahwin dengan lelaki yang tak cintakan awak .Awak layak dapat yang lebih baik. Jangan seksa hati awak Aisya. Jangan disebabkan awak, kami sengsara." ujar Nur seperti menyalahkan Aisya.
Aisya mengenggam tangannya. Apa yang dikatakan oleh Nur, benar-benar buat dia kecewa dan terluka. Hatinya sangat sakit dan pedih.
"Please Aisya. Saya merayu. Pulangkan Ilhan pada saya." pinta Nur lagi.
*end throwback*
Aisya terdengar pintu rumahnya dibuka. Ilhan sudah pulang.
'Awal pula dia balik hari ni.' bisik hati Aisya.
"Assalamualaikum." Ilhan memberi salam.
"Waalaikumsalam." jawab Aisya lalu dia terus menaiki tangga menuju ke bilik.
Ilhan pula pelik dengan sikap isterinya. Selalunya Aisya akan menyalami tangannya. Tidak mahu memikirkan apa-apa , Ilhan pun menuju ke biliknya.
🔥🔥🔥
Nur selfish!
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
Любовные романыAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...