09

2.2K 60 0
                                    

"Engkaulah cinta..."

PADA malam itu, Ilhan dan Nur berjumpa. Mereka menikmati makan malam dengan berselera sekali. Malam ini merupakan malam terakhir mereka berjumpa sebelum Ilhan bergerak ke sekolah barunya. Walaupun berat hati untuk berjauhan dengan tunangnya, tetapi Nur harus terima kerana itu tanggungjawab Ilhan. Kerja itu merupakan satu tanggungjawab untuk dilaksanakan.

"Awak." Nur memulakan perbualan setelah menikmatinya makanannya.

Ilhan mengangkat mukanya memandang wajah bersih Nur sambil menghadiahkan senyuman yang amat manis.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Nur pelik dengan sikap Ilhan.

"Saya nak capture muka awak supaya setiap minit saya ingatkan awak. Lepas ni, kita jauh. Waktu hari minggu je kita boleh berjumpa. Itupun kalau kita dapat jumpa."

Nur tertawa kecil.

"Awak ni. Memang la kita jauh. Tapi boleh je kita whatsapp ke call ke video call ke kan."

"Tak sama sayang. Kalau boleh hari-hari saya nak tengok muka awak face to face."

"Awak ni. Segan saya. Awak jangan risau okay? Tak lama pun. Tiga bulan je. Tak lama lepas tu, kita akan kahwin pula. Lepastu awak nak tengok muka saya ni tiap hari pun takpe. Jangan nanti awak bosan sudahlah."

Ilhan pula ketawa mendengar ayat Nur.

"Saya takkan pernah bosan dengan orang yang saya sayang."

Nur hanya tersenyum. Kadang-kadang perangai Ilhan yang terlebih manja ni membuat dia segan juga.

"Awak janji dengan saya boleh?"

"Anything for you."

"Nanti kat sana, jangan lupakan saya. Jangan cari perempuan lain pula."

"Of course not sayang. Saya setia dengan awak sampai bila-bila."

"Boleh percaya ke? Lelaki ni tengok yang dahi licin sikit, terus jatuh cinta."

"But not me. I've always look at you. Awak dah perfect untuk saya. Saya tak perlu pandang yang lain."

"Betul ni?"

"Ye sayang."

"Saya percayakan awak. Saya tahu awak takkan curang dengan saya."

"Takde sebab untuk saya curang dengan awak. Saya janji, saya takkan pandang mana-mana perempuan. Dan bila habis je 3 bulan tu, kita akan uruskan tentang pernikahan kita. I'm promise."

"Okay sayang. Saya tunggu awak." ujar Nur pula.

Mereka pun menikmati hidangan mereka. Setelah habis makan, mereka menonton wayang, dan menghabiskan masa bersama. Mereka sangat-sangat bahagia.

Keesokan harinya, seperti dijanjikan, Ilhan dan Hariz berjumpa di sebuah taman rekreasi untuk berjoging. Setelah berjoging beberapa pusingan, mereka berhenti untuk berehat sebentar.

"Nur dah tahu ke kau gerak esok?" Hariz mulakan perbualan selepas meneguk air botol yang dibawanya.

Ilhan hanya menganggukkan kepalanya.

"Nanti kat sana jangan cari perempuan lain pula."

"You know me right? Aku takkan curang lah dengan Nur. Takpe nanti aku cari seorang calon untuk kau."

Hariz hanya ketawa mendengar ayat terakhir rakan baiknya itu dan berkata...

"Yang tu aku setuju. Aku nak yang lemah lembut, cantik, sopan-santun, bertudung apa lagi, ha pandai masak lepastu aku nak dia....."

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang