SEJAK kejadian petang tadi, Aisya hanya berkurung di dalam bilik manakala Ilhan pula berada di dalam bilik kerjanya.
10 malam, Ilhan memasuki bilik tidur mereka. Dia membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua. Setelah membuka pintu, Ilhan terpandang wajah isterinya, Aisya yang sedang tidur. Dia menghampiri isterinya.
'Kenapa semua ni terjadi pada kita berdua? Abang tahu abang salah. Abang tak tahu apa yang abang perlu buat sekarang ni. Abang tersepit antara Aisya dan Nur. Akram cakap abg tamak. Mesti Aisya kecewa dengan abang kan? Maafkan abang. Abg salah! Abg sayangkan Aisya tapi abang cintakan dia.' bisik hati Ilhan sambil merenung wajah isterinya yg tidur.
Setelah puas merenung wajah Aisya, Ilhan berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
Seusai membersihkan diri, Ilhan kembali ke bilik kerjanya. Dia mengambil bantalnya untuk tidur di dalam bilik kerjanya itu. Buat masa sekarang, lebih elok mereka tidur berasingan. Dia tidak mahu masalah mereka bertambah rumit. Dia perlu beri ruang pada dirinya dan juga isterinya.
Keesokan harinya....
"Kring! Kringg!"
Ilhan tersedar kerana bunyi alarm dari telefon bimbitnya berbunyi. Ilhan bangun dan berlalu ke bilik untuk membersihkan diri dan menunaikan solat subuh.
Sampai sahaja di bilik, Ilhan melihat Aisya tiada disitu. Biliknya kosong. Ilhan pergi ke bilik air tetapi isterinya tiada. Ilhan cuba menenangkan hatinya. Kemudin, dia berlalu ke almari dimana tempat letaknya pakaian Aisya. Kosong. Ilhan gelisah. Ilhan meraup mukanya.
"Aisya." Ilhan cuba memanggil isterinya.
"Aisya." panggil Ilhan sekali lagi.
Ilhan mencari isterinya di dalam rumah tetapi tiada.
Ilhan kembali ke bilik, tiba-tiba matanya tertumpu pada kertas di atas katil. Ilhan mengambil kertas tersebut dan dibukanya.
Assalamualaikum...
Maaf. Aisya kena pergi. Izinkan Aisya pergi sementara waktu untuk tenangkan diri. Beri masa pada Aisya. Bila Aisya dah bersedia, Aisya akan balik semula untuk bincangkan tentang hal kita.Ilhan meraup mukanya. Dia tidak menyangka Aisya bertindak seperti ini. Ilhan mencapai telefon bimbitnya dan cuba menelefon isterinya tetapi hampa. Aisya mematikan telefonnya seperti tidak mahu menganggu.
'Mana Aisya pergi. Tolong jangan buat abang macam ni. Dengan Aisya larikan diri, takkan selesaikan masalah kita. Maafkan abang.' Ilhan rasa bersalah kerana tidak mendapat mengawal kemarahannya semalam.
💔💔💔
Aisya membawa keretanya tanpa hala-tuju. Dia pun tidak pasti mahu kemana.
'Mungkin ini yang terbaik. Bagi Aisya masa untuk semua ni. Kalau betul kita tiada jodoh, bagi Aisya masa untuk betul-betul bersedia sebelum abang lepaskan Aisya. Aisya minta maaf pergi tanpa pengetahuan abang. Hati Aisya sakit dengan apa yang terjadi. Bagi Aisya masa untuk rawat hati yang sakit ni.' desis Aisya dihatinya.
Setelah beberapa jam Aisya memandu, akhirnya dia sampai di destinasi. Aisya melihat signboard "Port Dickson".
Kini dia berada di PD. Aisya menempah bilik di sebuah hotel untuk beberapa hari. Selepas itu, dia akan pulang ke kampungnya.
Aisya memasuki bilik yang ditempahnya. Dia mengambil keputusan untuk berehat bagi menghilangkan penat setelah beberapa jam memandu. Esok baru dia akan bersiar-aiar di pantai Port Dickson.
Keesokannnya,
Aisya bersiar-siar di tepi pantai. Dia berasa tenang sekali. Melihat pemandangan yang indah beserta angin sepoi-sepoi seperti menghilangkan masalah yang melanda dirinya.
Sedang dia berjalan di gigi pantai, Aisya merasakan ingin termuntah. Kemudian, dengan cepat dia kembali ke bilik hotelnya.
Pada malam itu, Aisya tidak keluar kemana-mana memandangkan kepalanya yang sakit selepas saja muntah pada siang tadi. Dia juga pelik dengan keadaannya. Takkan dia mabuk laut? Getus hatinya. Aisya membuat keputusan untuk pergi ke klinik pada keesokannya bagi memeriksa keadaannya.
Di klinik...
Selepas sahaja doktor yang bernama Anisah memeriksa keadaan Aisya, dia langsung bertanyakan soalan kepada doktor.
"Doktor, macam mana keadaan saya? Saya demam je kan?" tanya Aisya dengan nada yang risau.
"Sebelum tu saya nak tanya puan, bila kali terakhir puan datang bulan ye?" Doktor Anisah menjawab dengan soalan.
Aisya terus mengira bila kali terakhirnya datang bulan.
'Alamak, bulan lepas aku tak period lagi. Takkan hormon aku tak stabil' bisik hatinya.
"Err, doktor.. Sebenarnya period saya yang last 2 bulan lepas. Tapi, ini kali pertama hormon saya tak stabil. Selalunya, every month saya akan datang bulan. Ada kena mengena dengan sakit kepala dan muntah-muntah yang saya alami ke doktor?" Tanya Aisya dengan hati yang berdebar. Dia risau jika dia ada penyakit yang tidak diketahui.
Doktor Anisah hanya menganggukkan kepalanya.
Aisya pula sudah berdebar. Tidak senang duduk dibuatnya.
"Beginilah Puan Aisya.. Saya nak beritahu yang sebenarnyaa..."
"Sebenarnya apa, doktor?"
"Sebenarnya, puan....... "
--------------------------
Jeng jeng jeng.... I'm back setelah sekian lama hehehhehe... Sorryy dh lama tak update.. Sya akan try update sampai habis citer ni okay.. Tq pada yg baca...

YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
Roman d'amourAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...