"Hanya kamu yang ku inginkan,"
SUDAH dua minggu Ilhan berada di kampung opahnya. Bermakna sudah dua minggu jugalah dia mengajar di sini. Guru-guru yang berada di sekolah baharunya melayan dia dengan baik sekali. Ilhan berasa selesa dengan sekolah baharunya. Pada malam itu, Ilhan dan opahnya serta keluarga maksunya berbual-bual di ruang tamu.
"Abang An, esok boleh tak hantar Laila pergi butik?" tanya Laila.
"Aik, esok bukan cuti ke?"
"Esok Laila kena kerja sebab kena siapkan tempahan client. Kereta Laila pula rosak." terang Laila.
Ilhan mengangguk lalu bertanya...
"Kereta Laila kenapa?"
"Entah lah tapi Laila dah hantar workshop petang tadi." jawab Laila.
"Nasib baik ada Aisya tolong hantarkan Laila balik. Kalau tak jalan kaki lah jawabnya." ujar Maksu.
Patutlah siang tadi, Ilhan melihat Laila dihantar oleh sebuah kereta.
"Abang An boleh je hantar Laila. Pukul berapa?"
"Pukul 8 pagi boleh?"
Ilhan mengangguk.
Keesokan harinya...
"Ni ke butik tempat kerja Laila?" tanya Ilhan sebaik sahaja sampai di hadapan sebuah butik yang bernama 'AiZara's Boutique'.
"Haah." jawab Laila.
"Takde orang pun."
"Tak sampai lagi la kot."
Ilhan mengangguk lalu keluar daripada kereta sambil menunggu rakan sekerja Laila sampai.
"Eh, abang An balik lah dulu. Laila boleh je tunggu sorang." kata Laila sebaik sahaja keluar daripada kereta Ilhan.
"Bahaya lah kalau Laila sorang-sorang dekat sini. Lagipun abang bukannya rushing pun. Abang boleh je tunggu."
Tak sampai 5 minit...
"Ha tu kak Aisya dah sampai." kata Laila sambil menunjukkan kereta Aisya di tempat parking.
Setelah meletakkan keretanya di tempat parking, Aisya keluar dari kereta dan menuju ke butiknya.
"Laila kenapa tak tumpang akak je nak pergi butik. Tadi akak singgah rumah Nek Mah. Mak Laila kata, Laila dah pergi kerja dah." kata Aisya sambil mencari kunci butiknya tanpa memandang orang yang sedang memandangnya.
"Ehmm." Ilhan berdehem.
Aisya memandang ke arah orang yang berdehem itu.
Zup! Aisya terpaku. Muka yang sudah lama tidak dia lihat secara depan-depan. Ilhan Shah. Aisya cepat-cepat tersedar. Takut kantoi pandang anak teruna orang.
"Akak, kenalkan abang saudara Laila. Abang Ilhan."
Aisya menundukkan kepalanya tanda berkenalan. Mana boleh salam. Haram.
"Ke...kenapa Laila tak tumpang akak je?"
"Laila tak nak susahkan akak. Lagipun Laila saja je suruh abang An hantar, boleh lah abang An usyar baju pengantin dekat sini. Mana tahukan berkenan ke. Lagipun kan tak lama lagi abang An nak kahwin." kata Laila sambil memandang ke arah Ilhan. Ilhan hanya tersenyum.
Aisya juga tersenyum pahit lalu dia membuka pintu butiknya. Ilhan langsung tak bercakap apa-apa. Tapi dia ralit memandang wajah Aisya. Ilhan perasaan yang Aisya seperti gugup.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...