41

3K 75 3
                                    

Ilhan dan Hariz berjumpa. Ilhan ingin memberitahu rakannya itu tentang kepulangan Nur ke Malaysia.

"Aku jumpa Nur."

Hariz tersedak mendengar berita itu dari Ilhan.

"Serius la? Bila dia balik sini?" soal Hariz.

Ilhan menjongket bahu tanda tidak tahu.

"Habis tu apa yang jadi?" soal Hariz lagi.

"Dia nak kahwin dengan aku." jawab Ilhan sambil mengacau minumannya dengan straw.

"What? Dia tahu tak yang kau dah kahwin?"

Ilhan menganggukkan kepalanya.

"Takkan kau biarkan je?"

"Entahlah.. Aku pun tak tahu apa yang patut aku buat. Dia minta aku beri dia peluang untuk tebus semula kesilapan dia."

"Peluang? Kau bagi ke?"

Ilhan mengangguk dan berkata...

"Aku masih sayangkan Nur, Riz."

"Kau gila ke, An? Kau tu suami orang. Kalau kau bagi peluang dekat Nur, Aisya macam mana?" ujar Hariz sedikit marah.

Ilhan hanya senyap. Dia juga buntu.

"Aisya tahu tak pasal Nur dah balik sini?"

Ilhan menggeleng.

Hariz menepuk dahinya. Sakit kepala dengan sikap rakannya itu.

"Kau kena beritahu Aisya, An. Dia isteri kau. Kau kena jaga hati dia. Kau kena lupakan Nur." nasihat Hariz kepada Ilhan.

"Susah Riz. Ak.. Aku masih sayangkan Nur. Susah untuk aku lupakan dia."

"Then, selama ni kau kahwin dengan Aisya takkan sikit pun hati kau tak beralih pada isteri kau. Kau tak cintakan dia? 6 bulan korang kahwin, takkan tak ada rasa cinta even sikit pun?"

"Aku sayangkan Aisya, tapi untuk cintakan dia, aku tak boleh." luah Ilhan.

"Kau kena bagi peluang pada diri kau untuk cintakan dia, An. Kau lupa janji kau pada ayah mertua kau untuk jaga Aisya dengan baik?"

"Aku jaga dia dengan baik, Riz."

"Memanglah. Tapi itu bukan lesen untuk kau kembali pada Nur. Kau lupa apa yang Nur dah buat? Dan Aisya yang korbankan masa depan dia untuk kahwin dengan kau. Kau lupa ke? Bila Nur balik sini, senang-senang je kau bagi peluang dekat dia kan? Aku tak faham lah dengan kau ni?"

Ilhan mengeluh. Dia tersepit antara isterinya dan bekas tunangnya.

🍂🍂🍂

Akram dan Zara berada di sebuah restoran.

"Kenapa tiba-tiba kau ajak aku lunch ni?" tanya Zara kepada Akram.

"Saja. Lama tak jumpa kau."

"Eleh. Aku ada je dekat butik. Kau je yang tak cari aku." perli Zara.

Ilhan tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku nak tanya kau sikit boleh?" ujar Akram.

"Apa dia?"

"Aisya macam mana? Dia okay?"

"Jap. Kenapa kau tanya aku? Kalau kau nak tahu, kau contact lah dia."

"Dia kan dah kahwin. Tak manis lah aku contact dia. Nanti suami dia fikir lain pula." terang Akram.

"Kau ni negatif sangatlah, Am. Suami Aisya tu okay je."

"Itu kata kau."

"Hmmm... Kau masih ada perasaan pada Aisya ke?"

Akram hanya diam.

"Macam ni, Akram. Kalau kau ada perasaan tu, aku harap sangat kau lupakan. Aisya dah kahwin. Aku taknak lah kau terus berharap pada dia. Kau kawan aku, Aisya pun kawan aku. Aku tak nak kau mahupun Aisya terluka. Kau faham kan?" nasihat Zara kepada Akram.

"Susah, Zara. Tapi kau jangan risau, aku akan cuba cuma aku perlukan masa." ujar Akram.

Zara hanya mengangguk dan sambung makan. Dia berharap agar Akram dapat melupakan perasaannya itu.

🍁🍁🍁

Aisya sedang menunggu seseorang. Semalam, Akram ada menghubunginya untuk berjumpa. Katanya ada hal penting untuk beritahu.

Bagi Akram pula, dia perlu berterus-terang tentang perasaannya kepada Aisya. Dia sudah tak sanggup untuk memendamnya lagi. Samaada Aisya terima atau menolak, itu belakang kira. Dia cuma mahu Aisya tahu bahawa dia suka pada Aisya.

"Kau cakap ada perkara penting nak beritahu aku. Apa dia?" soal Aisya.

Akram berdehem untuk menghilangkan gusarnya.

"Aisya, ak.. aku..."

Aisya memandang pelik pada Akram.

"Cakaplah, sejak bila kau gagap ni?" gurau Aisya.

"Aku. Sukakan. Kau." ujar Akram sepatah demi sepatah.

Aisya ketawa sedikit.

"Aku pun sukakan kau. Kau baik, kau banyak tolong aku. Kau kawan yang baik, Akram. Aku suka berkawan dengan kau." balas Aisya.

"Bu.. Bukan tu maksud aku. Aku dah lama sukakan kau. Perasaan suka dan cinta pada kau, Aisya." jelas Akram.

Aisya mengendurkan senyumannya.

"Apa maksud kau ni?" soal Aisya.

"Aku tak boleh nak pendam perasaan ni. Aku betul-betul cintakan kau. Dari dulu lagi, Aisya. Cuma, aku tak beritahu kau awal-awal sebab aku tak nak hubungan kita sebagai kawan jadi renggang. Dan, perasaan tu tak berubah sampai sekarang." luah Akram pada Aisya.

Aisya mengeluh. Terkejut dengan apa yang didengarinya. Dia tahu bahawa Akram simpan perasaannya pada dirinya, itupun dia dengar dari Zara tetapi dia tidak menyangka bahawa Akram masih ada perasaan itu lagi. Mana mungkin dia boleh balas perasaan itu kerana dia sudah berkahwin.

"Akram, aku hargai kau ada perasaan tu. Tapi, aku isteri orang. Aku dah kahwin, Am. Kau lupakan perasaan tu. Sejujurnya, aku selesa berkawan dengan kau tapi untuk ada perasaaan tu, aku minta maaf. Aku anggap kau sebagai kawan saja."

"Aku fikir aku ada peluang untuk luahkan perasaan ni lebih awal, tapi tak sangka tahu-tahu je yang kau akan berkahwin. Aku terlambat untuk beritahu semua ni. Aku menyesal, Aisya."

"Akram, kau anggap je lah yang kita tak ada jodoh. Kita hanya boleh berkawan saja. Aku yakin, suatu hari nanti kau akan jumpa wanita yang lebih baik dari aku. Aku dah berkahwin, aku harap kau faham. Kalau kau terus nak kita berkawan, kau lupakan perasaan tu. Boleh?"

Akram mengangguk. Ya, dia sudah di'reject' oleh Aisya. Dia sangat kecewa.

"Mesti kau bahagia kan dengan perkahwinan kau sekarang ni? Aku tumpang bahagia, Aisya. Dapat berkawan dengan kau pun aku bahagia sangat. Kalau kau perlukan apa-apa, aku sentiasa ada untuk kau. Aku akan cuba untuk lupakan perasaan ni, tapi aku perlukan masa. At least aku lega, aku dah luahkan apa yang aku pendam selama ni pada kau."

Giliran Aisya pula mengangguk.

"Terima kasih sebab terima aku jadi kawan kau." ujar Akram lagi.

Aisya mengangguk dan tersenyum. Dia tahu sukar untuk lupakan perasaan pada orang yang kita suka, sayang, dan cinta. Macam dirinya juga, mulut kata lain tapi hati? Tapi dia bersyukur kerana dijodohkan dengan Ilhan. Seseorang yang dia cintai dari dulu lagi. Dia tidak menyalahkan Akram untuk ada perasaan suka padanya tetapi dia berharap agar Akram cepat-cepat lupakan perasaan itu.

...
Update 2 bab harini. Sya nak habiskan story ni secepat mungkin sebab Sya nak publish story baru after HK. Apa² pun doakan Sya dpt idea utk habiskan HK ni. Tq sudi baca HK. Nah 🌹.



Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang