23

2.7K 65 0
                                    

ILHAN kini berada di rumah sahabat karibnya, Hariz. Hariz sudah tahu apa yang terjadi kepada Ilhan dan Nur, itupun Ilmie yang memberitahunya. Hariz berasa simpati dengan apa yang berlaku terhadap sahabat baiknya itu.

"Minumlah.. Bagi tenang sikit hati kau tu." jemput Haris sambil menghulurkan secawan air kepada Ilhan.

Ilhan mengambil huluran itu dan menyisip air yang telah dibuat oleh Hariz.

"Kau okay tak ni?"

"Tipulah kalau aku cakap aku okay kan." balas Ilhan pula.

Hariz memandang Ilhan lalu berkata...

"Kau sabar eh.. Aku yakin apa yang terjadi ni, mesti ada hikmah disebaliknya. Aku tak sangka Nur sanggup tinggalkan kau semata-mata untuk sambung belajar."

Ilhan hanya berdiam sahaja.

"Habis sekarang ni kau nak buat apa?" tanya Ilhan lagi.

"Aku tetap nak teruskan perkahwinan ni."

Hariz terkejut.

"Kau gila ke? Kau nak kahwin dengan siapa? Kau jangan macam-macam An. Kau fikir kahwin ni perkara main-main?"

"Aku tak nak batalkan majlis tu. Semua persediaan dah dibuat. Aku tak nak family aku dapat malu."

"Habis, kalau kau teruskan perkahwinan ni, kau bahagia ke?"

Ilhan hanya diam.

"Lagi satu, kau nak kahwin dengan siapa? Kau fikir ada ke orang nak kahwin dengan kau untuk gantikan tempat pengantin perempuan? Kau fikir ni drama tiap-tiap petang kat Tv tu?" kata Hariz lagi.

Ilhan mengeluh...

"An, aku tahu aku takde kat tempat kau. Aku tak boleh rasa apa yang kau rasa sekarang ni. Tapi, aku taknak kau bertindak tanpa berfikir baik buruknya. Aku cuma nak terbaik untuk kau. Kalau kau nak teruskan perkahwinan ni, kau nak kahwin dengan siapa? Ada ke perempuan yang sanggup kahwin ekspres untuk gantikan pengantin perempuan yang dah lari? Ada? Cuba kau bagitahu aku?"

Ilhan berdiam lagi. Dia pun terfikir apa yang dikatakan oleh Hariz. Siapa yang mahu menggantikan tempat Nur. Dia tidak pernah rapat dengan mana-mana wanita selain Nur dan....setelah beberapa minit berfikir, tiba-tiba Ilhan teringat seseorang. Aisya!

'Aisya bukan dah ada someone special ke tapi lelaki tu pun dah nak kahwin kan?'desis hati Ilhan sambil terfikir akan Aisya.

"Aku dah tahu dah siapa yang boleh gantikan tempat Nur." ujar Ilhan setelah lama berdiam dan berfikir.

"Siapa?" tanya Hariz pelik.

"Aisya."

"Aisya?" tanya Hariz lagi.

"Aisya tu anak jiran Opah aku masa aku mengajar dekat kampung. Dia juga yang buat baju nikah aku dengan Nur. So, aku rasa dia lah orang yang sesuai." terang Ilhan kepada Hariz.

"Jap. Kau nak dia gantikan tempat Nur?"

Ilhan menganggukkan kepalanya.

"Aku nak tanya kau.. Kau cintakan Aisya tu?"

Ilhan menggeleng dan berkata...

"Aku cuma anggap dia sebagai adik je."

Giliran Hariz ketawa sinis lalu berkata...

"Kau tak cintakan dia An, tapi kau nak dia kahwin dengan kau. Kau nak seksa perasaan dia ke? Kau kahwin dengan dia semata-mata untuk family kau. Itu namanya selfish bro! Cuba kau fikir, kalau dia tahu sebab kau kahwin dengan dia, kau fikir dia suka ke? Dia akan terluka An dan dalam masa yang sama kau dah sakitkan hati dia. Cuba kau fikir lagi, kalau korang berdua kahwin, sampai mana perjalanan rumahtangga korang? Ke kau akan ceraikan dia nanti?"

Giliran Ilhan terdiam pula. Dia pun tak yakin dengan keputusannya. Dia hanya anggap Aisya sebagai adik sahaja. Dia takut dia tak mampu cintakan Aisya sepertimana dia cintakan Nur. Tetapi hanya Aisya seorang sahaja yang dia fikirkan sekarang ini. Ilhan menghembuskan nafasnya dan berkata...

"Aku nak balik kampung. Aku akan jumpa keluarga dia dan aku akan berterus terang dengan mereka apa yang terjadi."

"Tapi kau pentingkan diri An."

"Tak cuba, tak tahu lagi Riz. Dia terima atau tak, itu belakang kira. Kalau dia terima, kami akan kahwin tapi kalau dia tak terima, aku akan batalkan majlis ni. Aku balik dulu. Tq for your advice bro!" kata Ilhan lalu keluar dari rumah Hariz untuk pulang ke rumah. Dia perlu berbincang dengan keluarganya.

Hariz menggelengkan kepalanya sambil memandang Ilhan. Dia tetap tidak bersetuju dengan keputusan sahabat baiknya itu.

💕💕💕

Di rumah, Ilhan dan keluarganya sedang berbincang. Ilhan sudah memberitahu akan keputusannya kepada Umi dan Abahnya. Ilhan juga sudah menceritakan pasal Aisya dan keluarganya. Mereka pada mulanya tidak bersetuju kerana tidak mahu Ilhan mementingkan diri hanya kerana ingin Aisya menggantikan tempat Nur semata untuk keluarga. Tetap itu keputusan yang dibuat oleh Ilhan. Mereka yakin Ilhan dah cukup besar untuk fikir mana yang baik dan buruk. Mungkin keputusan yang dibuat adalah yang terbaik untuk anak mereka.

"An dah fikir masak-masak?" tanya Encik Azli setelah mereka berbincang.

"Ye abah."

"Kami tiada masalah untuk batalkan majlis ni. Umi tak nak An sakiti hati Aisya. An tak cintakan dia, nak." kata Puan Aznah pula.

"An akan berterus-terang dengan keluarga Aisya. Esok An akan pulang ke kampung untuk selesaikan hal ni."

"Kalau mereka sekeluarga menolak?" tanya Encik Azli lagi.

"Kalau mereka menolak, An akan batalkan majlis ni. Tapi kalau sebaliknya, An akan berkahwin dengan Aisya."

"Tapi An tak cintakan Aisya. An cakap An anggap dia sebagai adik je." ujar Puan Aznah lagi.

"Kami boleh bercinta selepas kahwin. An yakin pasti ada hikmah dengan apa yang dah jadi. Kenapa Allah gerakkan hati An untuk jadikan Aisya sebagai isteri pasti ada sebabnya. An nak Umi dan Abah doakan yang terbaik untuk An."

Umi dan Abah Ilhan hanya mengangguk lemah. Hendak dilarang tidak boleh kerana Ilhan nekad untuk teruskan majlis perkahwinannya. Ilhan merupakan anak mereka yang keras kepala terhadap keputusannya berbanding adik-beradiknya yang lain. A katanya, maka A lah. Mereka hanya mampu berdoa yang terbaik buat Ilhan.

.....
Done update ✔️🌌

Hanya Kamu ©Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang