SEJAK dua menjak ini, Aisya semakin pelik dengan sikap Ilhan. Selalunya suaminya itu akan pulang dari tempat kerjanya paling lewat pun selepas Asar. Tetapi sekarang ini, selepas Maghrib baru suaminya itu akan pulang. Bila ditanya, 'banyak kerja yang perlu dibuat' katanya. Hari ini, Ilhan masih lagi pulang lewat. Aisya menegur suaminya yang baru pulang.
"Lambat abang balik. Dah dekat 3 minggu dah abang selalu sangat balik lambat." ujar Aisya sambil menyalam tangan suaminya.
"Kan abang cakap abang banyak kerja." jawab Ilhan senada.
"Takkanlah sampai Maghrib baru nak balik."
"Lepas habis kerja, abang pergi makan dengan kawan abang."
"Habis Aisya masak untuk abang, nak makan sama-sama dengan abang. Abang tak fikir pula?" bidas Aisya berjauh hati dengan suaminya.
"Dah kawan abang yang ajak, takkan abang nak tolak. Aisya ni kenapa? Boleh tak jangan buat abang gaduh dengan Aisya." pinta Ilhan bengang dengan sikap isterinya.
"Aisya pun tak inginlah nak gaduh dengan abang, tapi sikap abang ni buat Aisya pelik. Boleh kira berapa kali je kita makan sama sejak abang kata abg 'busy'. Abang ada sorokkan sesuatu dari Aisya ke?" duga Aisya sambil menekankan perkataan busy itu.
Ilhan mengeluh. Dia tidak bersedia lagi untuk berterus-terang dengan Aisya tentang Nur. Dia perlukan masa.
"Abang tak nak marah Aisya, tak nak gaduh dengan Aisya. Cakaplah apa yang Aisya nak cakap. Abang penat." kata Ilhan lalu berlalu ke bilik.
Aisya mengeluh. Dia pasti ada sesuatu yang Ilhan sembunyikan darinya. Dia memandang lauk-pauk yang sudah dimasak olehnya di meja makan. Dia memegang perutnya yang berbunyi tetapi seleranya sudah tiada. Lantas Aisya memasukkan semua lauk-pauk itu kedalam peti sejuk tanpa menghiraukan perutnya yang kelaparan.
🌼🌼🌼
Ilhan terasa di sebelahnya bergerak-gerak. Dia kemudian membuka matanya dan melihat di sebelah. Ilhan melihat isterinya sedang mengerengkot membelakanginya. Dia membuka lampu tidur dan melihat jam. Pukul 2.30 pagi. Ilhan mengejutkan isterinya.
"Aisya. Kenapa ni?" soal Ilhan dengan risau.
Aisya diam tidak bersuara. Hanya kedengaran suara esakan sahaja.
"Aisya, abang tanya ni. Kenapa?"
Aisya masih lagi diam.
Ilhan sudah hilang sabar. 'Orang tengah risaukan dia, bukannya nak jawab pun.' desis hati Ilhan geram dengan kebisuan Aisya.
"Aisya Nadhirah! Boleh tak jangan menyusahkan abang? Abang tanya kan, jawablah." marah Ilhan dengan suara sedikit meninggi.
Airmata Aisya keluar. Semakin lebat esakannya.
"So.. Sorry kalau Aisya menyusahkan abang." kata Aisya dan berlalu keluar dari bilik.
Ilhan meraup mukanya. Dia menyesal dengan kata-kata yang keluar dari mulutnya itu. Ilhan pun berlalu keluar dari bilik itu dan mencari isterinya. Dia melihat Aisya sedang berbaring di atas sofa sambil memegang perutnya.
Tanpa kata Ilhan terus berlalu ke dapur untuk mengambil air untuk Aisya. Saat dia membuka peti sejuk, dia ternampak lauk-pauk kegemarannya di dalam peti sejuk.'Aisya tak makan lagi ke? Lauk ni tak berusik pun.' Ilhan mengeluh lagi.
Ilhan mengeluarkan lauk-pauk itu lalu dipanaskannya. Dia yakin isterinya itu kena gastrik. Dia menjadi serba salah. Sambil menunggu lauk-pauk itu dipanaskan, Ilhan mengambil air lalu menuju ke isterinya. Ilhan menggoncangkan bahu isterinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hanya Kamu ©
RomanceAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...