KINI ilhan sudah tiba di kampung Opahnya. Dia berada di kampung itu selama 3 hari untuk berbincang mengenai hasratnya kepada keluarga Aisya.
"An rehatlah dulu. Lepas Asar nanti kita pergi ke rumah Aisya." kata Nek Mah.
Ilhan mengangguk.
"An pasti dengan keputusan An?"
Ilhan mengangguk lagi.
"Opah nak minta sesuatu dari An boleh?"
"Apa dia Opah?"
"Satu je Opah minta, kalau Aisya sekeluarga terima lamaran ni, Opah nak An jaga hati Aisya dan jangan sakiti dia. Aisya anak yang baik, dari keluarga yang baik. Opah tak nak An permainkan perasaan orang yang baik macam Aisya."
Ilhan terdiam.
"Lagi satu, kalau An tak mampu buat apa yang Opah minta tu, batalkan niat An untuk memperisterikan Aisya."
Ilhan terkedu.
"An... An betul-betul ikhlas nak memperisterikan Aisya, Opah. An akan cuba untuk penuhi permintaan Opah tu. Opah bagi An peluang dan masa ye?"
"Bukan cuba tapi kena. Opah tak nak Aisya anggap An mempermainkan perasaan dia."
Ilhan mengangguk lalu berkata...
"InsyaAllah."
Nek Mah mengangguk. Dia sudah sedia maklum apa yang terjadi kepada cucunya. Tidak sangka Ilhan diduga sebegini sebelum hari perkahwinannya yang akan menjelang tidak lama lagi. Dia juga terkejut apabila mengetahui Ilhan mahu memperisterikan Aisya. Dia tahu Ilhan dan Aisya sangat rapat tetapi hanya sebagai adik abang sahaja. Dia takut Ilhan tidak mampu untuk cintakan Aisya. Aisya seorang yang baik. Dia juga anggap Aisya sebagai cucunya. Sebagai Opah, dia hanya mampu berdoa yang terbaik untuk mereka berdua. Dua-dua yang dia sayangi, Ilhan dan Aisya.
______
Selepas Asar, seperti yang dirancang Ilhan dan Nek Mah ke rumah keluarga Aisya. Keluarga Aisya juga terkejut dengan kedatangan mereka berdua. Pada waktu itu pula, Aisya tiada di rumah kerana masih di butiknya lagi."Kenapa Cik Mah dan Ilhan datang ke sini?" tanya Encik Yazid.
"Maaflah kalau kami menganggu." ujar Nek Mah pula.
"Bukan macam tu, cuma kami terkejut sahaja." kata Encik Yazid lagi tidak mahu Nek Mah dan Ilhan salah faham.
"Pakcik, saya dan Opah datang ke sini ada benda yang kami ingin bincangkan." Ilhan mula bersuara.
"Kamu nak bincangkan apa?
"Macam ni,...................." Ilhan pun menceritakan apa yang terjadi kepada dirinya. Dia berterus terang dan tiada apa yang tinggal, semua diberitahunya dari A sampai Z. Jelas kelihatan wajah terkejut mereka sekeluarga. Setelah habis memberitahu semuanya, Encik Yazid bertanya....
"Jadi, apa yang kamu mahu?"
Ilhan memandang Opahnya. Faham akan pandangan itu, Nek Mah pun berkata...
"Kami mahu memperisterikan Aisya untuk Ilhan."
Encik Yazid dan Puan Yati sangat terkejut dengan apa yang didengarinya. Tidak menyangka yang Ilhan dan Nek Mah kesini untuk meminang anak perempuannya.
"Cik Mah tak bergurau kan?" tanya Puan Yati pula.
"Perkara kahwin tak boleh dibuat main, Yati."
"An, kamu nak Aisya jadi isteri kamu untuk gantikan pengantin perempuan kamu yang dah lari tu?" tanya Encik Yazid pula berwajah tegang.
"Pakcik saya tahu hajat saya nak memperisterikan Aisya itu salah, tapi selepas kahwin saya janji yang sangat akan jaga Aisya elok-elok, Pakcik. Saya takkan sakiti dia, saya akan jaga perasaan dia dan... dan saya akan cuba untuk cintai Aisya. Itu janji saya Pakcik."
"Perkara kahwin tak boleh dibuat main, An. Aisya tu anak Pakcik. Pakcik nak terbaik untuk dia. An tak cintakan Aisya dan An nak kahwin dengan anak Pakcik sebab tak nak keluarga An dapat malu. Pakcik tak nak Aisya dipermainkan."
"Saya akan berterus-terang dengan Aisya tentang hal ni."
"Sebagai ayah, Pakcik tak benarkan anak Pakcik kahwin semata-mata untuk kepentingan orang lain."
"Pakcik, saya merayu pada Pakcik. Ya, mungkin sekarang saya tak ada perasaan tu pada Aisya, tapi selepas berkahwin mungkin perasaan tu muncul. Saya janji akan jaga Aisya macam isteri saya. Saya nak Pakcik dan Makcik bagi restu pada kami."
"Maaf An, Pakcik tak boleh terima." tolak Encik Yazid.
Wajah Ilhan serta-merta sugul. Kecewa kerana ditolak.
"Abang, jangan buat keputusan melulu. Aisya tak ada kat sini. Kita kena berbincang dengan Aisya juga." kata Puan Yati pula.
"Bincang apanya Yati, jelas-jelas Ilhan nak kahwin dengan Aisya untuk gantikan tunang dia yang dah lari supaya keluarga dia tak dapat malu. Habis, Aisya? Aisya tu anak kita. Abang tak nak Aisya terluka di kemudian hari." ujar Encik Yazid dengan nada marah.
"Ya, saya tahu abang. Tapi kita kena berbincang dengan Aisya juga. Abang juga kata Aisya tu anak kita, jadi benda macam ni kita tak boleh belakangkan dia. Aisya kena tahu. Aisya juga berhak untuk buat keputusan. Bila Aisya dah buat keputusan, samaada dia terima atau tolak, kita kenalah hormat dengan keputusan dia." ujar Puan Yati dengan lembut.
Ilhan dan Nek Mah hanya berdiam.
"Pin!"
"Ha, tu pun Aisya dah balik." ujar Puan Yati pula.
Mereka yang lain hanya memandang kereta Aisya yang sudah memasuki halaman rumah.
"An, pergi berbincang dengan Aisya dekat pangkin luar tu. Kami tunggu disini." kata Puan Yati lagi.
Encik Yazid memandang wajah isterinya. Puan Yati membalas pandangan suaminya dan berkata...
"Bagi Ilhan peluang, Abang."
Encik Yazid mengeluh dan dia memandang wajah Ilhan. Ilhan hanya menunduk. Takut barangkali.
"An!" panggil Encik Yazid dan Ilhan mendongak.
"Pakcik bagi kamu peluang berbincang dengan Aisya, tapi tak bermakna Pakcik boleh terima lamaran kamu."
Ilhan mengangguk dan senyum segaris tanda lega kerana diberi peluang itu.
"Terima kasih, Pakcik."
Encik Yazid mengangguk tanpa senyuman.
"Yati, bila mereka dah habis berbincang panggil Abang dekat bilik. Abang nak solat Asar kejap." kata Encik Yazid dan berlalu ke biliknya.
Puan Yati mengangguk.
"Minumlah Cik Mah. Maaflah bagi pihak suami saya." ujar Puan Yati dengan segan.
"Takpe, Cik Mah faham. Setiap ayah mesti nakkan yang terbaik untuk anaknya." kata Nek pula lalu menyisip air yang dihidang oleh Puan Yati.
✨✨✨
Aisya baru sahaja keluar dari keretanya terkejut apabila ternampak Ilhan yang keluar dari rumahnya.
"Eh, Abang?!"
Ilhan senyum dan mendekati Aisya.
"Bila abang balik sini? Abang buat apa kat rumah Aisya ni?" tanya Aisya.
"Abang ada benda nak bincang dengan Aisya."
"Bincang? Kenapa? Ada masalah ke? Pasal baju nikah yang Aisya buat tu ke? Ada masalah ke dengan baju tu?" tanya Aisya lagi bertubi-tubi.
"Banyaknya soalan Aisya tapi bukan tu yang abang nak cakap."
"Habistu?"
"Kita bincang dekat pangkin tu lah." kata Ilhan mengajak Aisya ke pangkin.
Aisya mengangguk kemudian mereka pun menuju ke pangkin tersebut. Mereka pun duduk di pangkin itu.
"Abang nak bincang pasal apa?" tanya Aisya.
"Nur." jawab Ilhan sepatah
"Kenapa dengan Kak Nur?"
"Dia......"
-----------
Pakcik Yazid mengamuk, tahu Ilhan takut.. Hehehehe..Agak² Aisya terima tak lamaran tu?
YOU ARE READING
Hanya Kamu ©
RomansaAisya sangat meminati Ilhan ketika zaman persekolahnnya tanpa diketahui oleh Ilhan. Mereka satu sekolah. Jadinya, Aisya selalu melihat Ilhan dari jauh secara diam-diam. Ilhan tua 2 tahun daripada Aisya. Apabila Ilhan tamat sahaja SPM, Aisya nekad un...