"Macam mana kerja tempat baru. Okey?" Pertanyaan zehra memecah kesunyian antara mereka.
"Boleh laa.. Kerja tempat lama best lagi." Jawab aira.
"Pulak ! Dah tu kenapa kau berhenti. Kenapa tak teruskan."
"Cari pengalaman sis.. "Balas aira sambil tersenyum. Matanya tertancap pada skrin telefon bimbitnya. Laju jarinya menaip sesuatu. Zehra hanya memerhati.
Banyak kesenangan yang ada pada diri aira. Telefon mahal , kereta mewah dan rumah besar. Bagi zehra aira memang insan yang bertuah. Dikelilingi dengan kemewahan dan keluarga yang penyayang.
Manakan tidak , ibu dan bapa aira pun berkerja jawatan besar. Lihat sahaja dirinya. Mampu pakai telefon bimbit 3310 sahaja. Bukan zehra tidak mampu untuk membeli telefon yang baru seperti yang diguna budak zaman sekarang. Tapi zehra lebih memikirkan masa hadapannya kelak.
Duit gaji nya banyak disimpan di dalam bank untuk kemudahannya di kemudian hari. Takkan lah sampai ke mati hanya mampu mengharap ehsan orang lain.
"Lupa aku nak beritahu kau. Hujung minggu ni aku nak balik rumah ibu ayah. Kau nak ikut?" Tanya aira.
Zehra berfikir sejenak.
"Ermm ... Tak kot.. "
"Betul ni tak nak ikut? Aku tidur sana tau satu malam. Risau pulak tinggal kau sorang-sorang." Ujar aira .
"Tak apa lah kau balik sorang je la. Nanti kirim salam dekat ibu ayah. Lagi pun hujung minggu ni aku ingat nak rehat ja kat rumah."
"Yelah. Ikut kau la. Tapi kalau ubah fikiran beritahu aku ea. "
"Aip-aip chip". Balas zehra sambil membuat tabik hormat. Aira hanya ketawa melihat tingkah zehra itu.
****
"Zehra.. Nanti susun barang dekat sana ya." Arah madam suzie yang merupakan supervisor di situ. Zehra mengangguk faham. Tanpa membuang masa zehra terus memulakan kerja seperti yang diarahkan.
Ralit dia menyusun dan mengira stok barang semasa suara seseorang menyapa pendengaran.
"Maaf cik tumpang tanya. Mana bahagian elektrik ya?"
Zehra bingkas berdiri. Ditepuk seluarnya yang jelas tiada sedikit pun kekotoran. Wajahnya bertentang dengan si empunya suara.
Deg !!
Degupan jantung seakan mahu terhenti. Kelu lidahnya untuk bersuara. Liur yang ditelan terasa seperti pasir. Perit melalui laluan kerongkongnya.
Begitu juga dengan insan dihadapan zehra. Jelas riak terkejut terpancar dari wajahnya. Diamati zehra dari atas dan ke bawah tanpa berkelip.
Zehra menundukkan wajah. Segan apabila diperhatikan sebegitu. Zehra berdehem sebelum bersuara.
"De..dekat sa.. sana encik." Tersekat-sekat zehra menjawab.
"Terima kasih." Lelaki itu berlalu begitu sahaja. Zehra memegang dadanya yang tidak berhenti berdegup. Sumpah dia sangat terkejut.
Tidak menyangka wajah itu akan kembali tertayang di ruang mata.
'Kenapa sekarang ?' Getus hati kecil zehra.
Jeng !! Jeng !! Jeng !!
Kemunculan watak baru .. Sorry chapter agak pendek .. Mengantuk sangat² haa 🥱🥱 ..Author tidur dulu .. Byeee ..
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...