Televisyen yang menayang drama 7 Hari Mencintaiku langsung tidak menarik minat zehra. Matanya tepat memandang skrin televisyen itu namun otaknya jauh menerawang mengingatkan perbualannya dengan khairul petang tadi.
"Siapa lelaki tu zehra?" Soal khairul. Suaranya kedengaran agak dingin. Zehra yang ralit membelek lengannya yang lebam akibat dicengkam megat nabhan menoleh sekilas ke arah khairul.
"Tak ada siapa-siapa." Balas zehra ringkas. Lebuhraya yang tidak sesak dengan kenderaan menjadi tumpuan mata zehra.
"Atau awak saja tak nak mengaku lelaki tu kekasih awak." Bidas khairul.
"kawan saya." Ujar zehra acuh tak acuh.
Khairul berdecit.
"Kalau kawan takkanlah dia mengaku awak ni bakal isteri dia." Kata khairul tidak puas hati.
Zehra mengeluh.
"Terserah awak la nak percaya atau tak. Yang penting sekarang awak dah tahu jawapan saya."
Mereka berdua diam untuk seketika. Masing-masing melayan perasaan. Halwa telinga didendangkan lagu jiwang yang menyentuh hati.
"Kenapa awak buat saya macam ni?"
Zehra mengerut kening. Hairan dengan soalan khairul itu.
"Saya buat apa?"
"Awak tahukan perasaan saya pada awak. Saya sayangkan awak dan saya masih lagi berharap." Ujar khairul perlahan. Kereta membelok masuk kawasan perumahan itu dan berhenti di perkarangan rumah zehra.
Zehra mengeluh.
"Saya rasa tak perlu kot saya ulang banyak kali. Awak sendiri dah tahu dan jelas dengan apa yang saya cakap tempoh hari. Saya anggap tak lebih dari seorang kawan khairul."
"Apa kurangnya saya berbanding lelaki tu. Sampaikan awak tak nampak langsung keihklasan saya."
"Awak tak ada kurang pun. Cumanya buat masa sekarang hati saya tak terbuka untuk terima mana-mana lelaki."
"Termasuk lelaki tu?" Khairul pantas memotong percakapan zehra. Zehra menoleh ke sisi. Wajah khairul direnung sedalam mungkin.
"Ya ! Termasuk lelaki tu. Please khairul.. Jangan timbulkan hal ni lagi. Awak sendiri dah tahu jawapan saya. Dan lagi satu tolong berhenti berharap dengan saya. Awak layak untuk dapat perempuan jauh lebih baik dari saya."
"Maafkan saya khairul... Maaf sebab tak cuba untuk bukakan hati saya. Malah bukan pada awak seorang tapi lelaki lain juga. Saya buang jauh-jauh 'kunci' hati saya. Sebab saya tahu saya tak layak untuk berdampingan dengan insan bernama lelaki." Ujar zehra sayu.
Sedaya upaya di tahan rasa sebak yang kian menghimpit. Zehra lantas keluar dari kereta khairul.
"Awak baik.. Dan saya tak nak awak terluka kemudian hari kerana saya."
Tok !
Tok !
Tok !
Zehra tersentak. Segera dia menoleh ke arah pintu. Kedengaran ketukan dari luar. Zehra melihat jam di dinding yang sudah berganjak ke angka 9.45 malam. Mungkin aira sudah pulang fikirnya. Zehra memulas tombol pintu dan terus membukanya.
"Ha ! Baru balik !" Sergah zehra di depan pintu bersama sengihan. Sudah menjadi kebiasaanya baginya apabila aira pulang dari kerja rakannya itu akan disergah terlebih dahulu di muka pintu. Kononnya mahu buatkan aira terkejut.
Namun sengihannya mati serta merta. Diganti dengan rasa terkejut. Di hadapannya sekarang bukanlah aira tetapi megat nabhan. Pakaian lelaki itu sedikit selekeh. Butang kemejanya terbuka dari atas sehingga menampakkan dadanya yang bidang. Rambutnya berserabut.
"Apa kau buat kat sini? Pergi balik la!" Marah zehra. Dia berura-ura mahu menutup pintu namun pantas megat nabhan menghalangnya. Tubuh kecik zehra ditolak sehingga ke dalam rumah lantas pintu ditutup. Megat nabhan tersenyum sinis memandang zehra.
"Siapa benarkan kau masuk rumah aku? Kau keluar sekarang !" Jerkah zehra. Perasaanya sekarang tidak keruan. Tambahan lagi megat nabhan semakin mendekatinya.
"Berani kau tampar aku siang tadi." Kata megat nabhan. Dia mula mencengkam kedua belah bahu zehra. Mata lelaki itu mula menunjukkan api kemarahan.
"Kau fikir kau siapa?! Perempuan murah !"
Pangggg !!!
Satu tamparan kuat hinggap ke muka zehra sehingga membuatkan zehra terjelopok ke lantai. Megat nabhan yang sudah dikuasai rasa amarah terus merentap baju di tubuh zehra sehingga terkoyak menampakkan bahu zehra yang putih. Rambut zehra yang berikat di tarik. Memaksa gadis itu berdiri.
"Aku dah lama tahan rasa marah aku zehra. Kau memang cari nahas dengan aku." Pipi zehra yang berbirat dicengkam.
"Kau gila megat nabhan !! Kau gilaa !!! " jerit zehra kuat.
"Arghhhh !! " Kulit kepalanya terasa seperti mahu tercabut. Sakitnya saat itu hanya tuhan saja yang tahu. Dalam hatinya tidak berhenti berdoa agar ada orang membantunya di saat genting begini.
"Aku gila sebab kau !! Kau tahu aku cintakan kau, aku sayangkan kau. Kenapa kau tak pernah balas cinta aku hah !! Kenapa?! "Suara megat nabhan naik seoktaf.
"Kalau kau cintakan aku, sayangkan aku kau takkan layan aku macam perempuan murah! Kau takkan sentuh aku sesuka hati. Mana akal kau megat nabhan? Kata cinta dan sayang kau tu tak cukup andai kau terus menerus sakitkan hati aku. Cederakan jasad aku !" Balas zehra. Lengan megat nabhan dipegang bagi menahan rasa sakit di kulit kepalanya.
Megat nabhan terdiam. Ada betulnya juga apa yang dikatakan zehra. Jika dia cinta dan sayang zehra kenapa mesti dia bertindak menyakiti gadis itu. Adakah dia ego? Adakah dia mementingkan diri? Megat nabhan menatap wajah zehra yang penuh dengan lelehan air mata.
"Aku mohon pada kau megat.. Tolong lepaskan aku. Tolong jangan ganggu aku. Terima hakikat yang aku takkan pernah cintakan kau. Jangan buat aku macam anak patung megat.. Aku mohon.." Rayu zehra bersama tangisan yang kuat. Dia tersedu-sedan.
Sekali lagi dia mengalirkan air mata kerana lelaki ini. Sungguh dia tidak mampu melawan kesakitan yang diberikan megat nabhan. Sakit zahir dan batin.
"Aku dah berjanji dengan diri aku untuk miliki kau. Hanya kau yang berhak ada dalam hati aku. Bukan perempuan lain. Maafkan aku zehra.. Jika ini dapat buatkan kau tunduk pada aku, aku akan buat." Seusai berkata megat nabhan terus mengheret zehra ke sofa.
Ditolak tubuh zehra kuat. Tali pinggang dan butang seluar dibuka. Megat nabhan terus melompat menindih paha zehra.
"Lepaskan aku !! Tolong !! " jerit zehra kuat. Tangannya menolak-nolak dada megat nabhan. Tubuhnya meronta-ronta minta dilepaskan. Namun megat nabhan tidak menghiraukan jeritan zehra.
Hatinya kian beku. Beku dengan cinta dan kasih pada zehra. Namun belum sempat megat nabhan bertindak di luar batasan pintu rumah zehra dibuka dari luar.
Terpacul dua orang yang menyaksikan perbuatan itu.
"Zehraa !!! "
Enjoy your reading guys 🌹
Vote and comment
Tq ❤❤❤
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...