Aira menghempas tubuhnya ke sofa. Nafasnya turun naik menahan sisa amarah kepada megat nabhan dan puan halijah. Beg tangan dibaling ke meja. Dia mendepa tangan menguak lentang. Terasa lega seluruh sendi tulang belakangnya yang lenguh.
Puan haliza yang berada di dapur sedang menyiapkan minum petang merapati aira. Duduknya dilabuhkan.
"Awal balik.. Selalunya hari cuti macam ni tak nampak batang hidung." Aira memandang sekilas puan haliza. Dia hanya diam tidak membalas sepatah kata.
"Mana barang? Kata pergi shopping. Ni dah kenapa muka tu monyok semacam jer.." Ujar puan haliza lagi. Dia pelik dengan tingkah aira. Selalunya anak daranya itu senyum memanjang lepas pulang dari membeli-belah.
"Tak shopping pun.."
"Habis tu? Keluar tadi pergi mana?"
"Adik teman zehra shopping". Balas aira. Puan haliza yang mendengar nama zehra disebut aira kelam kabut bertanya.
"Adik jumpa zehra? Anak ibu macam mana? Dia sihat ke? Baby sihat ke? Ibu lama tak jumpa zehra.. Ibu rindu. Kenapa adik tak beritahu ibu adik nak jumpa zehra?" Bertubi-tubi soalan ditanya puan haliza. Sungguh dia begitu rindu dengan anak angkatnya itu.
"Ibu.. Satu-satu la. Penat adik nak jawab semua soalan ibu. Macam machine gun.." Balas aira selamba. Puan haliza menarik muka masam. Suka sangat membidas cakap orang. Tenyeh mulut dengan cili baru tahu. Tapi semua itu hanya tercetus dalam hatinya sahaja. Memang tak la dia nak buat begitu pada aira. Airalah satu-satunya anak yang dia ada.
"Zehra ada beritahu adik dia nak beli barang baby so adik senyap-senyap la ikut dia. Lagipun adik risau dia keluar sorang-sorang. Zehra kan tengah mengandung. Kang jadi apa-apa tengah jalan siapa nak tolong."
"Megat mana? Takkanlah tak teman isteri beli barang?"
"Megat nak teman zehra? Pffssttt ..." Aira menjulingkan anak mata hitamnya ke atas. Meluat pula dengar nama lelaki keparat tu.
"Kenapa pula? Cuba cerita pada ibu. Ibu kenal anak ibu. Adik takkan bersikap macam ni kalau seseorang tu tak kena di mata adik."
Aira membetulkan duduknya. Bantal kecil yang menjadi perhiasan sofa diambil dan dipeluk kejap. Wajah ibunya dipandang. Nafas ditarik dan dihembus. Puan haliza setia menanti perkhabaran yang ingin diberitahu aira.
"Megat nak kahwin lain." Ujar aira satu nafas. Terbuntang mata puan haliza. Terkejut bukan kepalang dengan perkhabaran itu.
"Apa? Megat nak kahwin lain? Adik biar betul. Mana adik tahu pasal ni? Adik jangan buat cerita."
Aira mengeluh. Sudah diagak ini reaksi yang akan diberi ibunya. Alamatnya kena terang dengan lebih terperinci laa.
"Ibu nampak muka adik ni jenis kaki fitnah ke? Besan ibu boleh la kaki fitnah. Mulut celupar! Tak padan dengan tua nak mampus."
Puan haliza terus menampar lengan aira kuat.
"Ishhh mulut!! Sejak bila pandai mengata orang ni. Ibu tak ajar perangai macam tu."
"Sejak tadi ibu.." Balas aira. Dia ketawa terbahak-bahak apabila lengannya dicubit.
"Cepat cerita kat ibu apa jadi. Kenapa megat nak kahwin lain?" Gesa puan haliza.
"Sebab kenapa megat nak kahwin lain tu adik tak tau. Cuma yang adik tau megat tu memang jantan tak guna. Termasuk la mamanya yang mulut puaka tu. Adik geram bila makcik iblis tu sedap-sedap gelar baby zehra anak haram!"
"Astafirullahal'adzim.." Mengucap panjang puan haliza. Dia mengurut-urut dadanya. Tidak disangka begitu lancang mulut puan halijah.
"Megat tak bela zehra? Takkan dia biar jer.."
Aira menggeleng laju.
"Megat pun sama naik hina zehra bu.. Kalau ikutkan hati adik yang tengah marah ni. Nak jerr adik ganyang megat dan mama dia tu."
"Ibu tak sangka mereka macam tu. Selama ni ibu ingatkan megat dan mamanya tu baik. Rupanya.."
Tanpa sempat puan haliza habiskan percakapannya aira pantas memintas.
"Rupanya syaitan bertopengkan manusia. Itu pun ibu beria-ia nak jodohkan adik dengan si megat tu. Nasib adik jenis tak menurut perintah."
Puan haliza mengeluh berat. Mukanya kelat. Geram pula bila dengar dari aira. Mujur sahaja puan halijah tak ada di depannya sekarang. Kalau tak bukan setakat di ganyang mulut tu tapi sekali pakej tampar, penumbuk semua.
Puan haliza bingkas berdiri. Dia yang bersiap lawa terkocoh-kocoh mahu mengambil beg tangan dan kunci kereta. Dia mahu ke rumah puan halijah. Mahu bersemuka dengan besannya.
"Ehh!! Ibu nak ke mana tu?"
"Ibu nak pergi rumah megat. Nak bersemuka dengan dua ekor malaun tu." Jawab puan haliza.
"Tak payah... Buang masa saja." Tahan aira.
"Tak apa ibu pergi. Ibu tau la macam mana nak ajar si lijah tu." Puan haliza membantah. Aira menepuk dahi. Dia bingkas berdiri menahan ibunya.
"Tak payah bu.. Adik tau apa nak buat."
Puan haliza mengangkat kening ingin tahu.
Aira mengurut dagunya seperti berfikir sesuatu.
"Adik akan pastikan megat ceraikan zehra. Dan lepas tu adik akan jalankan rancangan adik. Wait and see.. Zehra.. Aku yakin kau pasti takkan terlepas lagi kali ni." Kata aira. Senyum sinis terbit di hujung bibirnya.
Please vote and comment
Tq
❤❤

ANDA SEDANG MEMBACA
ZEHRA WIDURI ✔
Roman d'amour✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...