Selepas peristiwa itu hubungan antara zehra dan megat nabhan semakin renggang. Suaminya itu langsung tidak mempedulikannya. Serumah tapi tidak bertegur sapa. Masing-masing buat hal sendiri.
Puan halijah pula semakin galak mencemuh dan menghina. Adakala dijemput rakan-rakannya ke rumah semata-mata mahu mengutuk dan mengata zehra.
Telinganya sudah lali dengan perkataan 'perempuan murah , menantu hantu dan betina tak sedar diri'. Megat nabhan pula tidak habis-habis mengungkit perkara lama. Asalkan bertembung empat mata pasti cerita tentang kecurangan zehra diungkit kembali. Suaminya itu seolah-olah masih tidak berpuas hati dengannya.
Pernah satu hari megat nabhan menampar zehra hanya kerana dia meminta lelaki itu untuk melepaskannya. Buat apa disimpan andai hati dan perasaannya sebagai isteri tidak dijaga. Zehra tidak mahu megat nabhan digelar dayus walau hakikatnya gelaran itu amat sesuai untuk megat nabhan yang tidak habis-habis naikkan tangan ke tubuh zehra.
Zehra kini berada di hadapan sebuah bangunan. Tertera papan tanda Klinik Mutiara. Hatinya mencongak sama ada mahu masuk ke dalam ataupun tidak. Pada masa yang sama rasa risau kian mencengkam dalam diri.
Dia tidaklah bodoh untuk menilai apa yang dialami dirinya sekarang. Adakala selera makannya tidak menentu. Kepalanya yang sering pening ditambah mual yang asyik menggasak kerongkongnya menyukarkan kerja sehariannya.
"Bila last tarikh period?" Soal wanita yang memakai tanda nama shuhada.
"10 hb" jawab zehra. Dr shuhada mencatat sesuatu. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita berpakaian baju kurung menghulur sesuatu kepada dr shuhada.
"Thank syifa.." Bekas stainless steel yang dihulur syifa dicapai. Alat ujian kehamilan diteliti. Segaris senyuman menghiasi wajah manis Dr shuhada.
"Congrats puan zehra.. You are pregnant". Ujar Dr shuhada. Zehra tidak beriak. Sudah diagak itu yang akan diberitahu Dr shuhada. Melihatkan zehra yang hanya diam Dr shuhada mencuit lengan zehra.
"Are you okay?".
Zehra berdehem. Menutup sejuta rasa yang menghimpit perasaannya.
"Berapa minggu?"
"Almost 1 month. Saya akan bekalkan puan dengan beberapa jenis ubat. Acid folid dan lain-lain. Sebelum pulang puan boleh ambil ubat di kaunter." Ujar dr shuhada. Tangannya ligat menulis sesuatu di atas kertas.
Zehra mengangguk faham.
🌹
Zehra tiba di rumahnya tepat jam 3 petang. Hari ini dia pulang kerja lebih awal dari hari biasa. Mujur saja pemilik tadika tempatnya bekerja izinkan dia pulang awal memandangkan pagi tadi dia hampir pitam di dalam kelas ketika sedang mengajar.
Kelihatan kereta megat nabhan terparking elok di garaj rumah. Awal pula dia pulang kerja hari ni , getus hati kecil zehra. Dia merapati pintu rumah yang terbuka luas. Dari luar dapat didengar dengan jelas suara gelak ketawa seseorang. Bila diamati seperti suara perempuan. Diselangi dengan suara megat nabhan dan puan halijah.
"Assalamualaikum.." Zehra memberi salam. Suasana yang tadinya riuh dengan suara gelak ketawa kini senyap. Masing-masing memandang zehra dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Zehra hanya tersenyum. Pandangannya tertarik kepada wanita yang berada tidak jauh dari megat nabhan.
"Awal balik.." Tegur megat nabhan tanpa menjawab salam. Matanya tertancap pada plastik kecil di tangan zehra.
"Saya kerja sekerat hari. Tak sihat." Jawab zehra. Puan halijah mencebik.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romance✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...