ZW 59

6.9K 145 16
                                    

P/S : Author lainkan sikit perkataan CORNDOG tu ya .. bukan typo ..


Diperhati aira yang sedang berada di dalam sebuah kedai menjual corndok's sambil jari jemarinya bermain dengan tali beg.

Ting !!

Telefon bimbit berbunyi menandakan satu mesej diterima. Pantas dibaca mesej yang dihantar oleh khairul.

'sayang dekat mana?'

'mall.. kejap lagi sayang balik. Sayang tunggu aira beli corndok's'.

Laju jarinya menaip mesej tersebut.

Ting !!

'corndok's?? Apa tu?🤷. Tak pernah dengar pun.'

Zehra mengeluh. Corndok's pun tak tahu. Terpaksalah dia terang satu persatu kepada khairul.

'corndok's tu sosej dan cheese yang dibalut dengan bancuhan tepung. Lepas tu goreng dan siap. Boleh la makan'.

Balas zehra laju. Siap dihantar sekali dengan gambar lagi dekat khairul. Tidak mahu suaminya itu hairan dengan makanan viral orang Malaysia sekarang.

 Tidak mahu suaminya itu hairan dengan makanan viral orang Malaysia sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'ouhh.. ni la corndok's . Kenapa tak cakap awal² nak makan. Di rumah pun ada. Sayang tak payah susah² beli dekat mall tu'.

Zehra membulatkan mata. Dahinya berkerut. Laju jarinya membalas.

'iyeke ada? 🤨'

'ada! Abang spare banyak untuk sayang. Sayang jer tak perasan.'

"Ish ! Biar betul laki aku ni. Semalam aku buka peti ais tak ada pula." Ngomel zehra seorang diri.

'abang tipu erkk?'

'Ya Allah.. tipu apanya. Betul la! Corndok's ni special tau. Ada mayonis. Sekali rasa pasti nak lagi 😋.' balas khairul.

Zehra berfikir sejenak. Puas diperah otaknya untuk mengingat kembali makanan itu.

Zehra berdecit.

'abang tak pernah beli pun corndok's tu. So jangan nak tipu sayang! 😠'

'kenapa perlu beli sedangkan ada yang free 😂'

Zehra terdiam sejenak. Seketika wajahnya berona merah. Diketap bibirnya menahan geram.

Lawak double meaning apakah ini? Terus disimpan telefonya ke dalam beg. Langsung tidak dibalas mesej khairul itu.

"Nah ! Untuk kau." Aira menghulur satu bekas yang terisi dua biji corndok's kepada zehra. Dilabuhkan duduknya bersebelahan dengan zehra.

"Thanks.."

"Lepas ni kita nak ke mana?" Tanya aira. Dikunyah perlahan makanan yang dibelinya itu. Sesekali matanya memerhati gelagat manusia yang berada di situ.

"Balik la. Lama sangat ni kita keluar. Kesian pula dekat aydan". Balas zehra.

Aira mencebik.

"Kesian aydan ke rindu papa aydan?"

Zehra menjeling.

Ish! Macam tahu-tahu jer kita ni rindu papa aydan. Aira ketawa sambil ditolak pipi zehra.

"Aku kenal kau dah lama tau. So jangan tipu aku". Kata aira. Jelas kelihatan wajah zehra yang memerah. Malu la tu!

"Dah la! Malas layan kau. Jom balik". Zehra bingkas berdiri dan terus ditarik tangan aira. Mereka berdua berjalan sambil berpegangan tangan. Bestfriend katakan.

"Eh jap! Aku lupa la". Aira menghentikan langkahnya. Ketika itu mereka sudah pun berada di bahagian parking kereta.

"Lupa apa?" Soal zehra. Beg yang sudah terlurut dari bahu dibetulkan.

"Aku lupa.. nak beli.. pad". Jawab aira perlahan-lahan. Dia kemudian menayang wajah innocence nya pada zehra.

Zehra mengecilkan matanya. Bibirnya diketap.

"Kau ni.. punya lama kita kat dalam tu baru sekarang kau ingat!" Nada suaranya sudah bertukar.

Sudahlah dia hangin dengan mesej khairul yang kenakannya tadi. Sekarang aira pula buat hal terlupa bagai.

"Aloo... Soryy la. Tak sengaja." Balas aira sambil tersengih.

"Aku tak larat jalan la makcik. Lenguh tahu tak!" Ujar zehra sambil mengurut-urut pahanya yang dilindungi kain kembang berwarna hitam.

"Itu la kau! Aku dah pesan jangan pakai heels. Degil! Nak pakai juga. Acah-acah diva la konon. Last-last kau juga yang sakit. Padan muka!" Bidas aira sekali pakej mengata.

"Eee.. kau ni!" Jerit zehra. Turun naik nafasnya menahan marah dengan mulut laser  aira itu.

"Janganlah marah.. kau kan tahu mulut aku ni tak ada insurans. So jangan nak sentap". Kata aira sambil dihulur kunci kereta kepada zehra.

"Tunggu aku dalam kereta. Aku janji sekejap ja."

"Promise?" Disua jari kelingkingnya kepada aira.

"Promise!" Aira mencakuk jari kelingkingnya pada jari zehra. Dia kemudian berjalan meninggalkan zehra di kawasan parking kereta itu.

Zehra menekan punat kunci kereta. Langkahnya dilajukan sedikit memandangkan kawasan situ agak sunyi. Seriau pula jalan sorang-sorang dengan waktu yang remang-remang senja begini.

Pintu kereta bahagian penumpang dibuka. Belum sempat zehra memboloskan diri masuk ke dalam kereta terasa tubuhnya bagaikan dipeluk dari arah belakang sebelum sesuatu ditekup menutupi hidung dan mulutnya.

Dia meronta-ronta mahu melepaskan diri. Secara tidak sengaja kunci yang dipegangnya terlepas. Semakin kuat dia meronta semakin kuat pelukan itu mencengkam seluruh tubuhnya.

"Diam!" Satu suara menyinggah ke pendengaran zehra sebelum segalanya perlahan-lahan bertukar menjadi gelap gelita.
















❤️ Please vote and comment ❤️

Tq

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now