ZW 42

8.8K 196 9
                                        

Zehra widuri.."

Suara itu seperti dikenalnya. Malah selalu menjengah ke pendengarannya dahulu. Pantas zehra menoleh. Dia tergamam. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sekarang. Lidahnya kelu. Jantungnya berdegup laju apabila insan itu mengukir senyuman.

'khairul.' nama itu hanya terbias dalam hati kecil zehra.

Matanya bertentang dengan anak mata hitam itu. Mereka diam membisu. Mereka bagaikan berteletapi sesama sendiri. Berbicara secara batin.

"Cinta pandang pertama berputik semula ke tu?" Teguran dari aira membuatkan zehra lantas menundukkan pandangan. Dilarikan matanya dari terus-menerus bertentang dengan anak mata khairul.

Khairul berdehem.

"Firash mana?" Soal khairul menutup rasa malu.

Aira mengambil tempat bersebelahan zehra. Senyuman tersungging di bibir.

"Ubah topik nampak.." balas aira. Ketawa kecilnya meletus melihat tingkah khairul yang menggaru kepala itu.

"Ada dekat luar tu. Awak dah makan belum ni?" Ramah pula aira berbicara dengan khairul. Zehra hanya diam tidak bersuara.

"Dah makan tadi. Orang sebelah awak tu kenapa diam jer? Terkejut tengok saya kot.." Perli khairul cuba memancing zehra untuk berbicara dengannya namun wanita itu masih diam seribu bahasa.

"Brooo !!" Muncul firash dari belakang. Satu tumbukan lembut dihadiakan ke lengan khairul. Mereka bersalaman sesama sendiri.

"Perghhh !! Handsome bergaya mamat sengal ni. Tak sangka sungguh". Kutuk khairul selamba. Firash ketawa besar. Sudah terbiasa dengan ayat 'mamat sengal' itu.

"Sengal-sengal tu la yang saya suka." Jampuk aira. Khairul hanya ketawa manakala firash membuat muka seperti marah.

"Sengal aku pun dah bertunang. Kau sampai bila nak solo molo ni?" Balas firash.

Khairul diam untuk seketika.

"Sampai kekasih pujaan hati aku bagi greenlight." Ujar khairul sambil dia melirik mata memandang ke arah zehra. Zehra yang tidak betah berlama di situ segera meminta diri.

Zehra menutup pintu dan badannya disandarkan. Tangannya dilekap ke dada. Menahan debaran jantung yang mengetuk kencang.

'kenapa dengan aku ni? Ya Allah redakanlah degup jantung ku ini ..' doa zehra dalam hati.

Dia mendekati aydan yang masih lena diulit mimpi. Direnung wajah aydan sedalam mungkin.

'Apa yang jadi dengan diri aku? Kenapa setiap kali aku bertentang mata dengan dia diri aku rasa tak keruan. Bagaikan ada sesuatu yang aku sendiri tak tahu' getus hati kecil zehra.

Tok ! Tok ! Tok !

Bunyi ketukan pintu mematikan lamunan zehra.

"Aydan tidur lagi? Ibu dengar macam suara dia menangis sebab tu ibu datang nak tengok." Muncul puan halijah bertanyakan soal aydan.

Zehra mengerut dahi.

"Aydan elok jer tidur ibu.. tak pula dia menangis."

"Kalau macam tu tak apalah. Lega ibu dengar. Zehra dah makan belum ni? Kalau belum pergi makan biar ibu tengokkan aydan."

"Tak pa bu.. kejap lagi zehra makan ya. Lagi pun tetamu masih ramai tu. Segan la pula." Dalih zehra. Sebenarnya dia sengaja tidak mahu turun ke bawah. Risau akan bertembung dengan khairul lagi.

"Tak payah sekejap lagi sangat. Dah ! Pergi turun makan. Ibu jagakan aydan." Puan haliza terus melangkah masuk merapati katil tempat aydan tidur. Diusap wajah comel itu lembut.

Zehra menggaru kepalanya yang tidak gatal.

'aduhh .. macam mana ni?'

Puan haliza yang perasan kelibat zehra masih berdiri tidak jauh darinya lantas bersuara.

"kenapa tercegat depan pintu lagi tu? Pergilah turun makan. Jangan dibiar perut tu kosong. Kang jatuh sakit siapa susah. Pergi!" Gesa puan haliza menghalau.

Mahu tidak mahu zehra terpaksa ikut. Matanya meliar memerhati sekeliling. Khemah yang terhidang pelbagai jenis makanan dihampiri. Pinggan dicapai dan disenduk sedikit nasi berserta seketul ayam masak merah. Tidak ketinggalan juga seketul daging kambing masak kurma. Buah oren yang siap dipotong diambil.

Meja kosong dihampiri lantas duduknya dilabuhkan. Dikuis-kuis nasi menggunakan sudu dan disuap ke dalam mulutnya. Zehra mengunyah perlahan. Matanya tunak memandang ke arah aira yang sibuk melayan tetamu yang datang.

Sedang zehra ralit menjamah makanan terasa kerusi di sampingnya ditarik dan satu susuk tubuh kekar mendarat duduk bersebelahan dengannya.

Zehra terkaku.

Terasa kelat nasi yang ditelannya saat itu. Wajah khairul menghiasi penglihatannya. Lelaki itu memegang segelas air anggur.

"Air.." Gelas itu dihulurkan kepada zehra.

"Minumlah." Terkulat-kulat tingkah zehra saat itu. Perlahan dia mencapai gelas yang dihulur khairul. Disisip hujung gelas ke bibir dan diteguk air anggur itu.

"Terima kasih.." Ujar zehra. Pandangannya dihala ke arah lain. Tidak berani bertembung pandang dengan khairul. 'Rasa' itu menyerang dirinya kembali.

"Awak sihat?" Khairul mulakan bicara. Mahu memancing wanita itu untuk bercakap dengannya. Rindu mahu mendengar suara lunak itu.

Zehra berdehem. Cuba menutup debaran yang menghentak dada.

"Err.. sihat." Sepatah ditanya sepatah dijawab. Khairul tergelak kecil dengan tingkah laku zehra. Dirasakan seperti wanita itu berasa janggal dengan kehadirannya.

"Aydan sihat?" Soalan itu membuatkan dahi zehra berkerut. Bagaimana khairul tahu tentang anaknya. Sedangkan dia belum memberitahu lelaki itu tentang aydan.

"Aira cerita pada saya tentang aydan." Ujar khairul seakan memahami apa yang terdetik dalam hati zehra. Zehra hanya mengangguk.

Cepat-cepat dihabiskan nasi yang dimakannya. Mujur sahaja ketika itu dia makan menggunakan sudu kalau tidak jenuh menahan malu ditambah dengan khairul yang asyik memerhati tingkah lakunya.

Zehra bingkas berdiri diikuti khairul. Tanpa sepatah kata terkocoh-kocoh dia berjalan meninggalkan khairul. Khairul hanya memerhati dengan satu tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

"I like the 'new' zehra widuri.."




















Enjoy your reading guys 🌹

Please vote and comment ..

Tq

❤️❤️

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang