ZW 16

11.5K 193 3
                                        

WARNING ❗❗

Plastik berisi telur dan bawang dijinjit penuh berhati-hati. Mujur sahaja kedai pak samad masih lagi buka malam-malam begini. Dapatlah dia membeli serba sedikit barang untuk umi berniaga esok.

Zehra yang ketika itu baru sahaja pulang dari rumah siti yang mengadakan majlis tahlil arwah neneknya. Dia melalui lorong yang agak gelap. Lorong itu merupakan jalan pintas untuk pulang ke rumahnya.

Cahaya lampu yang menyuluh terang membuatkan zehra mengecilkan mata.

"Zehra.." Panggil satu suara dari dalam kereta. Dia kenal akan suara itu. Siapa lagi kalau bukan megat nabhan.

"Cepat zehra.. Umi awak masuk hospital." Ujar megat nabhan resah. Riak wajahnya jelas menunjukkan lelaki itu sangat risau.

"Hah ? Umi masuk hospital?" Soal zehra seakan tidak percaya.

Sebelum dia ke rumah siti uminya sihat saja. Tak mungkin umi masuk hospital.

"Apa awak merepek ni. Umi saya sihat ja kat rumah. "

Megat nabhan berdecit.

"Takkanlah abang nak tipu. Kebetulan tadi abang singgah rumah awak."

"Macam mana awak tahu rumah saya? Dan kenapa awak pergi rumah saya?" Soalan bertubi-tubi dari zehra. Dia tidak berpuas hati. Apa tujuan lelaki ini pergi ke rumahnya.

"Abang ada belikan barang basah sikit untuk umi awak berniaga esok. Tak salahkan abang bantu." Jawapan yang diberi megat nabhan kurang munasabah.

Belikan barang? Ishh ! Lelaki ni tak ada kena mengena langsung dengan keluarganya. Hairan !

"Cepatlah naik.. " Gesa megat nabhan.

"Err.. Kejap saya telefon.." Belum sempat zehra habiskan percakapannya megat nabhan pantas memotong.

"Tak payah telefon siapa-siapa. Umi awak tengah tenat tu."

Zehra diam. Dia buntu saat ini. Perlu ke dia mempercayai megat nabhan? Tapi andai apa yang dikatakan megat nabhan itu betul macam mana?

Nak ikut ke tak? Zehra berkira-kira sendirian. Megat nabhan masih setia menunggu didalam kereta. Telefon di tangan di tilik. Nak dekat pukul 9.30 malam.

Perlahan zehra menapak ke arah pintu kereta megat nabhan. Gagang kereta ditarik dan duduknya di labuhkan di tempat penumpang.

"Insha allah, umi awak selamat." Ujar megat nabhan. Zehra hanya mengangguk. Dia jugak berharap seperti itu. Megat nabhan meneruskan pemanduannya dengan senyuman di bibir.




🌹


Kereta megat nabhan berhenti di hadapan sebuah rumah homestay lantas enjin dimatikan.

"Eh! Kata nak ke hospital?" Tanya zehra hairan.

"Awak tunggu sini abang masuk dalam kejap. Ada barang tertinggal." Jawab megat nabhan.

"Baiklah ! Jangan lama sangat ya.. Saya nak jumpa umi". Pesan zehra. Megat nabhan mengangguk dan terus keluar dari kereta.

15 minit menunggu membuatkan zehra dilanda rasa cemas. Sudahlah enjin kereta dimatikan. Zehra terus keluar dari kereta. Sempat lagi dikerling baju t-shirt yang tersangkut di bahagian belakang.

"Megat nabhan.." Nama itu meniti di mulut zehra.

Kepalanya dijenguk ke dalam rumah. Pintu masih lagi terbuka. Dari luar dapat dilihat ruang tamu yang terang disimbahi cahaya lampu.

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang