ZW 45

7.8K 174 10
                                    

Usai makan malam mereka berkumpul di ruang tamu. Puan haliza dan encik azman begitu leka menonton televisyen drama bertajuk Madu 3.

Manakala aira pula sibuk ber'wasap' dengan bakal suaminya. Sesekali dicuit pipi gebu milik aydan yang berada di dalam walker di sampingnya.

Zehra memerhati setiap wajah yang banyak menghulurkan bantuan kepadanya. Semenjak ketiadaan arwah umi dan abah, mereka bertigalah insan yang banyak memberi semangat dan pertolongan kepadanya.

Zehra menghela nafas.

Jari-jemari diramas sesama sendiri. Berfikir dengan tepat tindakan yang akan diambil. Sudah lama dia membuat keputusan. Malam ini dia harus bersuara.

Tidak akan berdiam diri lagi.

"Ibu.. ayah.. aira.." zehra memanggil nama itu satu persatu.

Puan haliza dan encik azman yang mendengar panggilan zehra segera mengalihkan pandangan. Aira menjongket kening kepada zehra apabila mata mereka bertentang.

"Zehra ada perkara nak bincang dengan ibu dan ayah."

"Tentang apa?" Soal puan haliza.

Dia membetulkan duduknya di samping encik azman. Berminat untuk mengetahui tentang perkara yang ingin dibincangkan zehra.

Zehra menelan liur.

Berat pula hatinya untuk berterus terang.

"Sebenarnya.. zehra.."

Lambat-lambat zehra memulakan bicara. Entah kenapa rasa sebak menyerang dirinya kala itu. Dipandang wajah aydan yang asyik bergelak ketawa dengan aira. Bagaikan meminta kekuatan dari anaknya.

"Zehra nak pindah rumah."

Diucap kata-kata itu dengan sekali nafas dan mata yang terpejam.

"Apa? Pindah?" Serentak suara dua beranak itu bergabung. Tercelik kembali mata zehra yang terpejam.

Terkejut bukan kepalang puan haliza dan aira. Mereka merenung tajam zehra yang tersengih.

"Kenapa nak pindah?"

"Kenapa tiba-tiba?"

"Kenapa tak nak tinggal sini?"

"Kenapa zehra?"

Bertubi-tubi soalan meluncur keluar dari bibir puan haliza dan aira. Mereka berdua seperti tidak berpuas hati dengan keputusan zehra. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba saja mahu pindah.

"Cuba cakap dengan ibu. Kenapa tiba-tiba nak pindah? Zehra tak suka tinggal dekat sini?"

"Zehra nak berdikari. Lagi pun zehra banyak susahkan ibu sekeluarga." Cepat zehra membalas pertanyaan puan haliza.

"Alasan la kau!" Ujar aira marah. Dia mengangkat aydan dari walker dan dipangku di ribaannya. Dijeling zehra yang terkulat-kulat diam.

"Atau kau dah tak sukakan kami? Sebab tu kau nak pindah sangat kan."

Zehra menggeleng. Aira sudah salah sangka. Bukan itu niat sebenarnya.

"Tak aira.. tak pernah terlintas dalam hati kecil aku perasaan tu. Aku hargai sangat segala pengorbanan kau, ibu dan ayah. Aku cuma nak berdikari ra.. aku tak nak bebankan kau dan ibu ayah lagi." Balas zehra lembut.

Dia berharap aira faham isi hatinya. Namun semuanya hampa apabila aira membidasnya kembali.

"Kalau betul tak terlintas rasa tu dalam hati kau, kau takkan timbulkan hasrat kau tu. Perlu ke kau keluar dari rumah ni zehra? Kau sendiri tahu kami semua tak pernah anggap kau membebankan. Tak pernah! Kau keluarga kami. Takkan ada istilah menyusahkan zehra..

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now