ZW 37

7.9K 173 4
                                    

Aira bermain dengan straw minumannya. Sesekali dikerling jam di tangan. Pipinya dikembung dan bibir dimuncung sehingga mengeluarkan bunyi 'Prooottttt'. Diulang beberapa kali bagi menghilangkan bosan yang melanda diri.

"Ishh ! Mana dia ni. Janji pukul 2 sampai sekarang tak sampai lagi. Cakap tak serupa bikin. Geramnya aku !" Bebel aira sendirian. Dihirup air horlick kesukaannya.

Beg dibuka dan telefon dikeluarkan. Nombor seseorang didail lantas telefon ditekap ke telinga.

"Tengok ! Call tak berangkat. Sabar aira.. Kejap lagi 'mangkuk' tu sampai kau 'basuh' dia cukup-cukup." Telefon disimpan kembali dalam beg. Aira menongkat dagu.

"Dah lama sampai?" Tegur seseorang. Aira menjeling bila insan yang menegurnya melabuhkan duduk.

"Tahun lepas lagi dah sampai." Balas aira geram. Matanya dijulingkan ke atas apabila insan itu hanya ketawa.

"Alooo bucuk-bucuk ni.. Merajuk pun cantik." Pipi aira dicubit geram. Kekasihnya itu kalau merajuk macam budak-budak.

"Kenapa lambat? Penat anje tunggu tau." Rajuknya. Bibirnya memuncung.

"Sorry la anje.. Bie bukan saja-saja nak datang lewat. Cousin bie tu la tiba-tiba je nak tumpang kereta bie. Takkan bie nak halang pula". Balas firash panjang lebar. Dia mengerdipkan matanya berkali-kali. Aira sekali lagi menjeling.

Firash tegakkan jari telunjuk dan jari tengahnya ke atas meja. Dan terus digerakkan seperti sedang berlari lalu tangan aira diraihnya lembut.

"I'm sorry.. Bie janji ni last. Bie takkan ulang lagi kesalahan bie yang seratus kali lambat tu. Aduhh!!" Firash mengadu sakit. Digosok lengannya yang pedih akibat dicubit aira.

"Kali ni anje maafkan tapi kalau bie buat lagi anje tak teragak-agak suruh ibu cepatkan tarikh pertunangan kita". Kata aira sambil tersipu malu. Firash membeliakkan matanya terkejut.

"Aummmm .. " Aira ketawa besar dengan tingkah firash itu. Mereka kemudian berjalan menuju ke sebuah kedai pakaian. Ralit aira memilih pakaian tanpa menghiraukan firash yang sedari tadi hanya membuntutinya.

"Anje belikan untuk siapa tu?" Diperhati baju mengandung yang dipegang aira.

"Zehra.." Satu nama yang tak asing lagi bagi firash. Nama yang sering disebut aira 24 jam seminggu 7 hari.

"Kalau zehra pakai ni mesti cantik. Ambik dua la." Terus dicapai sehelai lagi baju namun warna dan corak yang berlainan.

"Bila anje nak jalankan misi kita?" Soal firash selepas aira selesai membuat pembayaran.

"Kita kena pastikan megat ceraikan zehra dulu."

"Anje tak berasa berdosa ke runtuhkan rumahtangga orang. Kawan baik sendiri pula tu." Aira menghentikan langkahnya. Dia menoleh memandang firash sambil mencekak pinggang. Firash menelan liur. Seriau pula dengan reaksi kekasihnya itu.

"Habis tu bie nak tengok zehra selamanya jadi mangsa megat? Ke bie suka zehra asyik kena dera dengan megat? Oppss !! Anje lupa. Bie mesti sebelahkan megat kan. Yela... Nama pun lelaki. Takkanlah tak bela kaum sendiri."

Aira merampas barang yang dijinjit firash. Dia menonong jalan meninggalkan firash.

"Anje tunggu!" Aira langsung tidak menghiraukan panggilan firash itu. Hatinya marah dan sakit dengan sikap firash yang dianggapnya menyebelahi megat nabhan.

"Anjee.." Firash mencapai tangan aira dan mengenggamnya. Lembut suaranya cuba memujuk gadis yang sudah setahun menapak dalam hatinya.

"Bie minta maaf.. Bie tahu anje sayangkan zehra. Anje ambil berat tentang zehra. Tapi.. Takkanlah kita nak runtuhkan rumahtangga orang sayang.. Berdosa tahu."

ZEHRA WIDURI ✔Where stories live. Discover now