Hari ini merupakan hari yang paling sibuk buat megat nabhan. Ke hulur ke hilir membawa fail-fail yang bertimbun untuk diselesaikan. Syarikat milik dia bekerja baru sahaja mendapat tender terbesar yang sangat lumayan. Jadi dia sebagai pengurus di situ dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih segala urusan berkaitan tapak pembinaan itu.
Sesekali pelipisnya diurut. Baju disinsing sehingga ke siku menampakan lengannya yang berurat dan berotot. Tekun dia menulis sesuatu di atas kertas sebelum kedengaran pintu diketuk.
"Masuk" arah megat. Suara maskulinnya bergema dan terus sahaja pintu terbuka dari arah luar. Kelihatan seorang wanita berpakain sopan mengatur langkah menghampiri megat.
"Ni fail yang awak minta". Ujar gadis yang bernama ain itu. Fail berwarna putih itu diletakkan berdekatan dengan megat.
Megat dengan pantas mengambil fail itu lalu meniliknya. Diselak helaian demi helaian. Kerutan di dahi jelas kelihatan namun tidak lama.
"Thank you ." Kata megat tanpa langsung memandang ke arah ain.
"Ada apa-apa lagi ?"
Megat hanya menggeleng tanda menjawab. Dia kembali memberi tumpuan pada kerjanya.
"Apa reaksi dia?" Satu pertanyaan membuatkan ain menggeleng. Punggung dilabuhkan. Aida yang sedang menaip kertas kerja segera merapati ain apabila perasan wajah gadis itu berubah muram.
"Langsung tak dipandangnya aku. Asyik dengan kerja saja." Balas ain hampa.
"Serius?" Aida terkejut. Ain mengangguk laju.
"OMG !!" Aida menekup mulut dengan mata sedikit terbeliak.
"Penat ja aku solek , pakai cantik-cantik macam ni!" Ujar ain kesal. Kesal dengan megat nabhan. Lelaki itu sukar untuk didekati. Walaupun mereka sudah bekerja selama 3 tahun tapi megat seperti tidak menghiraukan dirinya sahaja.
Berbeza layanan megat dengan rakan wanita yang lain. Boleh pulak lelaki itu beramah mesra. Siap bergelak ketawa bagai. Tapi bila dengan dia automatik lelaki itu berubah dingin. Malah terkadang megat melayannya seakan dia tidak pernah wujud di hadapan lelaki itu.
Semua ini terjadi selepas sahaja dia beranikan diri meluahkan perasaannya terhadap megat. Dia tahu tindakannya itu ibarat perigi mencari timba. Tapi dia tidak peduli. Hati dan perasaannya penting untuk megat tahu. Dia tidak mahu menyesal di lain hari kerana lambat bertindak.
"Megat , dengar dulu apa ain nak cakap." Ain menyambar pergelangan tangan megat. Ketika itu mereka berada di parking kereta.
"Get off hand of me !" Dengan kasar megat merentap kembali tangannya. Mencerlung mata lelaki itu merenung ain. Berani sungguh gadis itu memegang tangannya.
Dasar perempuan tak tahu malu ! Cemuh megat di dalam hati.
"Apa kurangnya ain? Sampai megat tolak ain macam ni?"
"Kurangnya kau sebab dalam diri kau langsung tak ada sifat malu. Kau confess depan orang yang kau cintakan aku. Kau fikir tak mana aku nak letak muka aku lepas ni?"
Bahasa yang digunakan megat sudah berubah. Ain tersedu menahan tangis. Air mata lebat membasahi pipi. Tak disangka tindakannya hari itu membawa kesan.
"Tapi tak salahkan? Ain cuma beritahu megat tentang perasaan ain. Ain cintakan megat sesungguh hati. Ain tak tipu." Sempat lagi ain membela dirinya. Sedaya upaya dia tidak mahu kalah dalam perbalahan ini.
"Tapi aku tak cintakan kau ain.. Dalam hati aku tak ada walaupun sebaris nama kau."
"Tolong megat.. Tolong terima ain. Ain tak boleh hiduo tanpa megat. Takkan ada lelaki lain yang boleh ganti tempat megat di hati ain. Megat lelaki pertama yang ain cinta." Rayu ain. Dia sekali lagi cuba untuk pegang tangan megat namun lelaki itu pantas menjauhinya.
Megat nabhan mengatur langkah laju tanpa menghiraukan ain yang mengejarnya. Gadis itu sudah gila. Gila dengan cintanya sendiri.
"Ain sanggup buat apa saja demi megat. Yang penting megat terima ain".
Dengar sahaja ayat itu langkah megat nabhan terhenti. Dia berpaling menghadap ain. Ain tersenyum.
Perlahan dia menghampiri megat. Mata lelaki itu ditatapnya dengan penuh rasa cinta.
"Ain sanggup buktikan cinta ain pada megat." Ujar ain perlahan.
"Ain serahkan jiwa dan raga pada megat. Termasuk tubuh ain."
Dia hanya diam. Melihatkan mega begitu ain dengan berani mengusap pipi jejaka idamannya. Lembutnya tapak tangan ain di pipinya membuatkan megat menelan liur.
Ain tersenyum kecil melihat halkum itu bergerak. Dia tahu megat sudah tergoda dengannya. Lelaki kan. Takkan hendak ditolak ikan di depan mata. Tambahan pulak ain sendiri yang meng'offer' diri.
"Betul?" Soal megat. Ain mengangguk.
"Ain sedia. Kalau megat nak sekarang juga kita boleh check in hotel." Jawab ain manja. Wajahnya dirapatkan ke wajah megat. Dia tahu waktu sekarang tempat parking kereta itu sudah kosong. Ramai pekerja sudah pulang ke rumah.
Tidak semena-mena ain terasa tubuhnya ditolak ke belakang berserta dengan tamparan yang sangat kuat.
Pangg !!!
Terteleng wajah ain ke sisi. Pipi itu kian memerah.
"Kau perempuan murah ! Sampai mati pun aku takkan terima kau . tuihhhh !! " jerkah megat. Liurnya diludah tepat di tepi kaki ain. Pantas mega berjalan meninggalkan ain. Ain terkaku dengan linangan air mata.
"Woiii !! "
Ain tersentak.
"Berbuih mulut aku bercakap kau boleh mengelamun. " kata aida tidak puas hati.
Punyalah bersungguh-sungguh dia memberi tips untuk ain memikat hati megat nabhan tapi gadis itu langsung tidak menghiraukannya.
"Sudahlah.. Pergi buat kerja .. Jangan ganggu aku. " halau ain sambil ditolak tubuh aida agar menjauh dari meja kerjanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
ZEHRA WIDURI ✔
Romansa✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...