WARNING ❗❗
Zehra tersedar. Mata dicelik dan dikerdip beberapa kali. Lampu yang terang menyimbahi seluruh ruang bilik menusuk ke mata zehra membuatkan zehra menutup matanya dengan tapak tangan.
Kepalanya masih terasa sakit. Berdenyut bagaikan mahu pecah. Digagahkan juga dirinya untuk bangun dari pembaringan. Anak matanya melilau ke seluruh ruang bilik itu.
Ini bukan biliknya. Di mana dia sekarang? Zehra tertanya-tanya sendiran. Dirasakan sungguh asing kawasan sekitar itu.
Perkara terakhir yang dia ingat adalah semasa di tempat kerja. Dia berjalan kaki untuk pulang je rumah. Dan tiba-tiba ada seseorang menarik dan menekup mulutnya dan selepas itu semuanya gelap gelita.
"Aku di culik ke?" Gumam zehra sendirian.
Lantas tudung dan pakaiannya diperiksa. Zehra menghela nafas lega. Mujur sahaja dia masih lengkap berpakaian kerja. Tudungnya masih terletak elok di atas kepala.
Zehra bingkas bangun dan mahu ke pintu. Namun belum sempat dia berbuat demikian pintu dibuka dari arah luar. Terpacul seseorang yang sedang tersenyum ke arahnya.
Zehra bungkam. Dia terkejut. Matanya terbuntang luas memandang tepat ke wajah itu.
"Princess abang dah bangun? Kenapa tak tidur? Awal lagi ni. Baru pukul 3 pagi." Ujar lelaki itu. Suaranya saja dapat meremangkan bulu roma zehra.
"Terkejut?" Sinis saja suaranya. Perlahan dia menapak ke arah zehra yang berdiri di tepi katil. Gadis itu kelihatan sangat terkejut dengan kehadirannya.
"Me..megat nabhan."
Nama itu meniti di bibir zehra. Megat nabhan tersenyum sinis. Tangan disilang di dada memeluk tubuh.
"Ma..macam mana.."
"Macam mana aku ada kat sini?"
Megat nabhan memotong bicara zehra. Dia tahu gadis itu akan menanyakan soalan tersebut.
"Sepatutnya aku yang tanya macam mana kau boleh ada di rumah aku?" Megat nabhan berteka -teki. Seronok melihat wajah cuak zehra.
Comel !
Zehra buntu.
"Kau culik aku?" Tanya zehra.
"Aku rindukan kau." Balas megat nabhan.
Dia semakin merapati zehra. Zehra mengundurkan diri. Dia takut melihat tingkah megat nabhan. Air mata bergenang di tubir mata.
"Jangan dekat !"
Zehra menghulur kedua belah tangannya ke depan. Isyarat seperti menghalang supaya megat nabhan tidak menghampirinya.
"Dah lama aku tunggu masa ni zehra.. Sangat lama !" Megat nabhan mula membuka butang baju kemejanya. Zehra menggeleng.
"Tolong jangan buat aku macam ni.." Rayu zehra. Dia sudah jatuh terduduk ke atas katil. Kejadian malam itu kembali terlayar di ruang mata.
Beginilah saat yang dia perlu hadap sebelum dengan kejam megat nabhan merampas segala yang ada pada dirinya.
"Jangan takut.. Aku cuma nak bermanja dengan kau.." Megat nabhan bertindak mengusap pipi mulus zehra.
Tangan kasar itu ditepis zehra kuat. Dia jijik !
"Apa kau nak dari aku lagi? Aku tak pernah ganggu hidup kau megat !" Marah zehra. Megat nabhan berdecit.
"Kau dah lupa agaknya. Kau berhutang dengan aku zehra !" Megat nabhan mencengkam pipi zehra. Berkerut dahi gadis itu menahan perit.
YOU ARE READING
ZEHRA WIDURI ✔
Romans✅ COMPLETE STORY ✅ Kehilangan ibu bapa tercinta di usia yang muda menjadikan zehra seorang yang sangat cekal. Membesarkan seorang adik yang berusia 5 tahun bukanlah mudah baginya yang ketika itu masih belasan tahun. Satu tragedi mempertemukannya de...