ZW 51

8.8K 181 10
                                        

Zehra menatap cermin di dalam biliknya lama. Matanya terpaku pada lehernya yang ungu kebiruan. Terdapat cop mohor di situ. Bukannya kecil tetapi agak besar.

Zehra berdecit.

Seketika dia tersenyum. Malu apabila teringatkan adegan itu.

"Boleh abang gigit?"  Terngiang-ngiang permintaan luar batas itu di telinganya.

"Kenapa kau tak halang dia. Tengok ! Dah ada cop mohor dah." Gumam zehra sendirian. Ditepuk-tepuk dahinya sambil menggeleng.

Entah kenapa dia bersikap begitu pun dia tidak tahu. Dirinya seakan rela apabila khairul 'menjamah' lehernya. Tidak berupaya untuk menghalang bahkan untuk menolak tubuh kekar itu.

Tapak tangan dilekapkan pada dadanya. Debaran kencang itu seakan tidak mahu berhenti. Kakinya masih lagi terasa lembik untuk berdiri.

"Kenapa dengan aku ni? Takkan aku dah jatuh cinta?" Bicara zehra perlahan.

"Jatuh cinta pada abang ke?" Suara khairul yang menegurnya di belakang membuatkan zehra pantas menoleh.

Terbuntang luas mata bundar itu dengan penampilan khairul yang hanya bertuala. Cepat-cepat dia menunduk sambil memejamkan mata.

Khairul yang melihat teletah zehra itu tersenyum sumbing. Perlahan dia menapak ke arah isterinya yang kaku berdiri di tepi katil. Rambut zehra yang masih bersanggul menarik perhatian mata khairul untuk meliar ke sekitar leher zehra.

Kini dia berdiri setentang dengan zehra. Dirapatkan wajahnya ke telinga zehra.

"Abang tanya ni.. sayang dah jatuh cinta pada abang?" Bisikkan khairul ditelinganya membuatkan zehra gugup. Dia tahu khairul sekarang berada di hadapannya. Dapat dirasa haba tubuh suaminya itu.

Bauan sabun mandi menerjah ke hidung zehra apabila pinggangnya ditarik tangan kekar milik khairul. Zehra pantas mencelik matanya.

Dada bidang khairul yang tidak berbaju ditahan dengan kedua tapak tangan. Jarak antara mereka sangat rapat. Jika zehra bergerak sedikit pasti bibir khairul akan mendarat diwajahnya.

"Cantik isteri abang.."

Anak rambut yang terjuntai di dahi zehra diselit ke celah telinga. Kemudian mata bundar itu ditatap sedalam mungkin. Seakan mencari sesuatu. Jari telunjuk khairul meliar ke sekitar wajah zehra.

Zehra menahan nafas yang sedikit mengah. Dadanya berdebar kencang dengan kedudukkan mereka sekarang. Dia tahu sikit masa lagi dia pasti akan 'tumbang' dalam pelukan khairul.

Jari kasar itu meliar pula ke sekitar mata dan hidung zehra. Zehra memejam matanya dengan bibir yang sedikit terbuka. Sentuhan khairul sangat membuai perasaanya saat ini. Belum pernah dia merasa sentuhan yang sebegitu meskipun dengan megat nabhan. Khairul mempunyai auranya yang tersendiri dalam menggoda dirinya.

Khairul menelan liur.

Pertama kali dalam hidupnya dia berkeadaan begini dengan seorang wanita. Rapat dan serapatnya. Terasa lekukkan tubuh zehra. Bahagian bawahnya menegang. Digesel bahagian itu ke tubuh zehra. Bagaikan memberitahu dia inginkan sesuatu.

Bibir zehra yang terbuka menarik perhatian khairul. Tanpa membuang masa ditekap bibirnya dan diurut lembut lapisan atas bibir zehra.

Zehra tersentak.

Dirinya mahu menolak tetapi akalnya menghalang. Akhirnya dia hanya membiarkan sahaja. Ciuman itu kian beralih arah. Menjalar ke sekitar lehernya. Berdecup bunyi hisapan khairul di situ. Terkeluar desahan manja dari bibir zehra membuatkan khairul memperdalamkan lagi hisapannya. Zehra mengenggam batang lengan khairul. Menahan diri dari tumbang.

ZEHRA WIDURI ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang